Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Archive for 2009-02-01

default

MB Perak ke 11 - Datuk Zambry Abd Kadir

on Friday, February 6, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 12 Comments


Terkini -Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr Zambry Abdul Kadir, 47, baharu sahaja selesai mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perak ke-11 di hadapan Sultan Perak, Sultan Azlan Shah di Balai Istiadat Istana Iskandariah, di sini. - Utusan

Akhirnya selesai sudah majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang baru ke 11 dihadapan Sultan Perak di Istana Iskandariah .Walaupun kita mengetahui terdapat usaha menghalang majlis itu sejak dari semalam oleh penyokong Pakatan rakyat yang kebanyakannya datang dari luar negeri Perak bagi mengganggu dan berhimpun di jalanraya





Menurut sumber berita, walaupun pihak FRU telah menyuraikan bantahan dengan menggunakan gas pemedih mata kerana enggan bersurai dan menghalang jalaraya , Sebahagian besar penunjuk perasaan yang berhimpun di pekarangan Masjid Ubudiah masih enggan bersurai walaupun diarahkan berbuat demikian oleh salah seorang ahli jawatankuasa Pas Perak.



Sebahagian besar daripada mereka masih berkumpul di kawasan itu sambil melaungkan protes terhadap majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak di Istana Iskandariah. Kita dapat lihat inilah politik Anwar Ibrahim , PAS ,dan DAP apabila mereka terdesak maka melalui cara demontrasi inilah cara mereka sehingga menghasut rakyat menderhaka kepada keputusan Sultan yang menjadi payung kepada bangsa Melayu .



Reaksi Yb Khairy Jamaluddin

"Datuk Seri Nizar dan Pakatan Rakyat perlu akur kepada keputusan Tuanku, sepertimana yang telah mereka janjikan sebelum ini. Namun, aksi mereka kini melihatkan seolah-olah tidak langsung menghormati titah Tuanku - malah tidak keterlaluan untuk saya mengatakan pihak Pakatan Rakyat Perak sudah ingkar dan derhaka kepada Tuanku. Jika Pakatan Rakyat ingin dilihat sebagai sebuah pakatan politik yang matang, ia harus cepat berundur diri sejajar dengan kewajipan menghormati keputusan Tuanku selagi ianya mengikut peruntukan undang-undang yang sah "



Reaksi Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi

"Kereta saya dibaling batu, ditendang. Mereka berbaring di jalan seolah-olah di Timur Tengah dan Pakistan," katanya ketika ditemubual TV1.

"Adakah itu cara Islam dan orang beriman?" katanya lagi.

Menurutnya, penunjuk perasaan terbabit telah memberi gambaran yang buruk terhadap Islam.

'Raja saya dihina'

"Perkara itu amat memalukan dan tidak pernah berlaku di negeri Perak," tambahnya.

"Saya sedih Raja saya dihina begitu.

"Kalau itu rakyat negeri Perak, itu adalah rakyat yang derhaka kepada Sultannya," tambahnya.


NIZAR DIJADIKAN KAMBING HITAM UNTUK DERHAKA KEPADA SULTAN PERAK


JIKA KARPAL MAHU SAMAN SULTAN YANG MENJADI PAYUNG KEPADA BANGSA MELAYU SEJAK DARI DAHULU LAGI INI BERERTI MEMALUKAN BANGSA MELAYU DAN AGAMA ISLAM ..DAP SUDAH TIDAK TAKUT LAGI KERANA ADA MELAYU DI PAS DAN PKR YANG MENYOKONG MEREKA ..





Adakah benar Nizar terus lagi menggunakan sembah derhaka nya lagi untuk menyaman Sultan Perak Sultan Azlan Shah di Mahkamah Tinggi Ipoh pada Selasa ini. Menurut Karpal Singh , Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan menyaman Sultan Perak, Sultan Azlan Shah jika Barisan Nasional (BN) mengambil alih kuasa dengan Menteri Besar baru mengangkat sumpah hari ini.

Karpal berkata, Pakatan tidak mempunyai pilihan bagi mengambil tindakan itu kerana pelucutan jawatan Nizar oleh Sultan Azlan Shah, yang dikatakan mengikut Artikel 16 (6) Undang-undang Tubuh Negeri, adalah jelas di luar batas kuasa dalam peruntukan artikel itu.

"Dalam undang-undang, keputusan Sultan Perak boleh dipersoal di mahkamah undang-undang. Saya meminta Sultan menghentikan dan berhenti daripada melantik seorang MB BN baru dan ahli majlis mesyuarat selepas tengah hari ini," katanya.

Karpal berkata, tindakan ini tidak boleh, dalam apa jua cara, dilihat sebagai ancaman kepada sultan tetapi merupakan peringatan tegas bahawa pemerintah diperlukan untuk bertindak di dalam lingkungan had dan batas perlembagaan Undangundang Tubuh Negeri Perak yang merupakan undangundang tertinggi di negeri itu.

Bagaimanapun Nizar ketika dihubungi menafikan dakwaan tersebut.

"Saya tak tahu mengenai perkara (saman) itu, saya akan hubungi Karpal sendiri untuk tahu apa yang sebenarnya beliau lakukan.

"Saya memang tak tahu mengenai saman-saman ini, nanti saya dapatkan kedudukan sebenar," katanya kepada mStar Online.


Adakah Nizar dijadikan kambing Hitam oleh bangsa lain untuk menderhaka kepada Sultan Perak yang menjadi payung kepada bangsa Melayu ?Inilah bahaya dan risiko bila bergelumang dan kawan dengan kafir harbi yang penentang Melayu, Islam dan penentang raja-raja Melayu. Kafir yang tidak layak untuk dijadikan kawan dan tinggal di bumi naungan Sultan Melayu ..

Kafir ini suka melaga-lagakan orang Islam dan menyeru ,menghasut orang Islam melawan raja mereka. Dan malang sekali, sesetengah orang Islam terutama taksub kepada PAS dan Anwar Ibrahim , lebih percayakan kafir-kafir laknat ini.

Apa yang dilakukan oleh Karpal Singh membawa mudarat besar ke atas bangsa Melayu Islam itu sendiri..

lihat ini video orang Melayu yang tidak cerdik dan percayakan kafir2 ini sehingga sanggup menjadi Penderhaka Sultan !!!






pautan

Anwar sundal politik pakatan

default

ADUN Pangkor MB Perak Datuk Dr Zambri Abdul Kadir

on Thursday, February 5, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 13 Comments


ADUN Pangkor MB Perak baru

Oleh G. MANIMARAN, ARIFFUDDIN ISHAK dan ZANARIAH ABD. MUTALIB

[DIKEMAS KINI, 8.05 MALAM] PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pangkor, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir dilantik menjadi Menteri Besar Perak yang baru.

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Subang sebentar tadi.

Beliau berkata Sultan Perak Sultan Azlan Shah telah memperkenan pemilihan Zambry sebagai Menteri Besar.

Upacara mengangkat sumpah Menteri Besar baru itu akan diadakan di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar pada 3.30 petang, esok.

Upacara mengangkat sumpah Exco pula akan diadakan pada 10 Feb pukul 10 pagi di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar.

Dalam pada itu, Setiausaha Umno Negeri Perak, Datuk Ramly Zahari ketika dihubungi mengucapkan tahniah diatas perlantikan Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru.

"Tahniah kepada ADUN Pangkor, kami (Umno Perak) menyambut baik keputusan yang dibuat Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri yang juga mendapat perkenan Sultan Perak berhubung lantikan itu," katanya.

Beliau berharap semua pihak sama-sama berganding bahu mentadbir Perak dengan baik demi kepentingan rakyat.

"Selepas ini semua pihak kena bekerja keras untuk memastikan pembangunan untuk rakyat dilaksanakan dengan segera.

"Tambahan pula keadaan kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak ketika ini hampir sama sewaktu Pakatan Rakyat dahulu kerana kelebihan majoriti yang kecil.

"Jadi tumpuan kepada pembangunan serta kebajikan rakyat harus diutamakan bagi memastikan Perak terus kekal mentadbir Perak," katanya.

Bagaimanapun petang tadi, Zamry ketika duhubungi memaklumkan calon bagi Menteri Besar baru masih belum diputuskan.

"Setakat sekarang kita belum putuskan siapa calonnya dan saya fikir paling cepat kemungkinan esok pagi untuk Menteri Besar baru angkat sumpah," katanya.

TAHNIAH DATUK DR ZAMBRY KADIR YANG DILANTIK SEBAGAI MENTERI BESAR BARU KERAJAAN BN DI PERAK SETELAH DIPEERKENAKAN OLEH SULTAN PERAK ..SEMOGA BELIAU DAPAT MENJALANKAN AMANAH DAN TANGGUNGJAWAB INI DENGAN SEBAIK MUNGKIN DENGAN ADIL DAN MEMBELA SELURUH RAKYAT NEGERI PERAK ..KITA AKAN SAKSIKAN HARI BERSEJARAH INI PADA ESOK HARI DAN BERMULANYA PEMERINTAHAN KERAJAAN BARU BN DI PERAK


Ya Allah, kami memanjatkan kesyukuran kepada MU, dengan nikmat dan kebesaranMU. Kami bersyukur kerana Engkau Ya Allah telah menyelamatkan agamaMu dan Bangsa Melayu di bumibertuahMu ini dari kemunafikan umatMU yang sombong. Amin

default

Keruntuhan Kerajaan Nizar .

on Wednesday, February 4, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 12 Comments




TERKINI – Ketika kerajaan campuran di Perak kelam kabut menggunakan ‘talian hayat’ terakhir bagi memohon perkenan Sultan Perak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan Barisan Nasional (BN) Perak mempunyai bilangan majoriti yang cukup untuk tubuh kerajaan baru di negeri itu. Ini kerana empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) iaitu Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Mohd Osman Jailu (Changkat Jering),Hee Yet Fong (Jelapang) serta Datuk Nasarudin Hashim (Bota) (gambar bawah- yang turut hadir) sudah memaklumkan kepada Sultan Perak bahawa mereka menyokong BN tubuh kerajaan baru. Menurut Najib, tiga ADUN berkenaan kekal sebagai wakil rakyat Bebas manakala Nasarudin akan kembali kepada UMNO selepas sertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) minggu lalu. Dalam sidang medianya itu, Najib memaklumkan beliau akan menghadap Sultan Perak esok bagi menyembah cadangan penubuhan kerajaan baru dan calon Menteri Besar yang baru di negeri itu. Katanya, hanya Sultan Perak sahaja mempunyai kuasa muthlak membubarkan DUN. Terdahulu di Perak, Menteri Besar Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin dilaporkan sudah membubarkan DUN sebelum menghadap dan memohon perkenan Sultan Perak.Bagaimanapun,selepas keluar Istana Kinta, beliau memberitahu wartawan yang menunggu, 'terserah kepada tuanku'.- 4/2/2009

Komen ADUN

Bagi Nasarudin (Bota), beliau mengambil beberapa pertimbangan untuk kembali menyertai BN iaitu berdasarkan keadaan politik yang tidak menentu dan bercelaru sehingga wujud satu kerajaan yang tidak kukuh di Perak.

"Saya juga mengambil kira dan menghormati pengundi-pengundi di kawasan pilihan raya Bota serta menghormati prinsip-prinsip amalan demokrasi.

"Selain itu saya juga mengambil kira nasihat dan pandangan rakan-rakan politik dan orang-orang perseorangan yang ingin melihat wujudnya keadaan dan suasana politik dan kerajaan yang kukuh di Perak.

"Maka saya dengan penuh perasaan dan kesedaran serta tanggungjawab akan kembali semula menyertai Umno dan BN hari ini
.

Sementara itu Jamaluddin (Behrang) berkata, beliau mengambil keputusan keluar daripada PKR dan menjadi ADUN Bebas kerana ada usaha dalam parti itu yang seolah-olah menghalaunya dari parti itu.

"Sebenarnya saya tak ada cadangan pun untuk sertai mana-mana parti, tapi seperti ada usaha seolah-seolah menghalau saya dari PKR, jadi saya ambil keputusan jadi calon Bebas," katanya.

Ditanya mengapa beliau tidak terus menyertai BN, beliau berkata: "Sebab saya tidak fikir apa yang akan berlaku, saya terkejut dengan tindakan (PKR negeri) yang dilakukan terhadap saya," katanya.






KERAJAAN BARU PERAK HAMPIR PASTI… Tiga Ahli Dewan Undangan Negeri Perak sah telah meninggalkan parti masing-masing meletakkan kerajaan campuran negeri Perak kini ibarat telur di hujung tanduk.

ADUN Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi dan Changkat Jering, Osman Jailu dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan ADUN Jelapang Hee Yit Foong yang juga Timbalan Speaker DUN Perak hari Rabu telah menghantar surat kepada parti masing-masing memaklumkan keputusan keluar parti.



Agendadaily yang mendapat salinan surat ketiga-tiga ADUN berkenaan daripada sumber dalaman PKR dan DAP, mengesahkan surat berkenaan telah diterima oleh parti masing-masing berdasarkan cop tanda terima PKR dan DAP pada surat berkenaan.

Dalam surat tersebut ketiga-tiga mereka menjelaskan telah hilang kepercayaan kepada parti masing-masing dan keluar dari parti yang diwakili. Namun surat itu menegaskan, perisytiharan keluar parti itu tidak bermakna mereka meletakkan jawatan sebagai ADUN.

“Sila ambil maklum bahawa perisytiharan saya keluar parti/tidak lagi menjadi ahli DAP tidak bermaksud saya meletakan jawatan selaku Ahli Dewan Undangan Negeri dan apa jua notis perletakan jawatan sebagai Ahli Dewan Negeri yang ditandatangani secara “undated” dan tidak cop rasmi saya adalah dengan ini terbatal secara ab initio ,” demikian tegas Yit Foong dalam suratnya yang dialamatkan kepada Setiausaha Agung DAP, Lim Guang Eng.

Begitu jugalah kandungan surat Jamaluddin dan Osman yang ditujukan kepada Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Difahamkan surat tersebut telah sampai kepada pengetahuan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Ekoran itu Nizar dijadual membuat sidang media jam 1.00 petang yang dikatakan akan membuat pengumuman pembubuaran DUN Perak tetapi telah ditangguhkan.

Difahamkan pihak Istana Perak telah dimaklumkan mengenai perkembangan yang berlaku dan ketiga-tiga ADUN berkenaan telah mengutuskan surat kepada pihak Istana menyatakan sokongan kepada Barisan nasional (BN) untuk membentuk kerajaan yang baru.

Perkembangan lanjut mengenai kemelut politik Perak akan dilaporkan dari semasa ke semasa. – 4/12/2009

default

Tabika Kemas di Balik Pulau ditutup - tindakan zalim

on Tuesday, February 3, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 14 Comments



Bangunan Tabika Ditutup Dipercayai Bermotif Politik

BALIK PULAU, 2 Feb (Bernama) -- Dua puluh dua pelajar Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Balik Pulau terpaksa belajar di bawah pokok dengan beralaskan tikar selepas tabika itu ditutup hari ini.

Tabika yang beroperasi di bangunan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung Negeri (JKKKN) sejak 2003 dilaporkan telah ditutup dua kali sebelum ini atas alasan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) mempunyai kuasa terhadap bangunan itu.

Tindakan kali ketiga pihak berkuasa JKKKN itu dipercayai bermotif politik yang secara tidak langsung mengganggu proses pembelajaran kanak-kanak yang datang daripada keluarga susah.

Penyelia Kanan Kemas Balik Pulau, Rozhan Che Din berkata kebanyakan kanak-kanak yang belajar di tabika itu merupakan anak nelayan dan petani.

Beliau berkata JKKKN tidak mempunyai hak menutup bangunan itu kerana terdapat arahan daripada pegawai daerah melalui Pejabat Ketua Menteri bahawa tabika kemas di seluruh negeri ini tidak boleh diganggu.

"JKKKN ada hantar notis supaya mengosongkan bangunan ini pada 31 Jan lepas, notis dihantar melalui JKKK Kuala Sungai Pinang, kedua-dua notis itu bagaimanapun diabaikan," katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Selain dijadikan sebagai tabika, bangunan itu juga menjadi pusat aktiviti penduduk. Atas nasihat polis bangunan itu dibuka semula selepas dua kali ditutup sebelum ini.

-- BERNAMA

komen PB

Terkejut juga apabila membaca suratkhabar metro hari ini Tabika Kemas di Kuala Sg Pinang ditutup siap dengan rantai motor .. APA KEJADAHNYA SEMUA INI ?? SELEPAS DI PERAK KINI DI PULAU PINANG PULAK ?? adakah ini politik balas dendam kerana BN dikaitkan keluarnya 2 Adun PKR itu ..

Notis mengosongkan bangunan itu, yang dikeluarkan pada 21 Jan lepas ditandatangani oleh pengerusi JKKK Kuala Sungai Pinang, Lim Ah Lai @ Lim Choo Lai, timbalannya Abdul Rahim Md Isa dan semua anggota jawatankuasanya.


Jangan pulak Harakah dok ulangi berita seperti di Kedah dahulu yang mengatakan ada orang menyamar pulak pergi kunci Tabika . Lim Guan Eng dalam sidang medianya mengatakan ada salah faham ..lawak la jawapan khalifah yang diagungkan oleh PAS ini hehe. Ingat la Guan Eng ,tanah tabika itu adalah dibina di tanah Perda dan bukan kerajaan negeri punya ..Mat Taib siap turun padang lagi tengok ..

"Ini tanah PERDA yang diberikan sebagai tapak untuk membina tabika bagi kemudahan kanak-kanak mendapat pendidikan awal di kawasan ini. Kalau mengikut geran, hanya kawasan padang permainan sahaja yang diserahkan kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk diuruskan tetapi tapak bangunan ini tidak. Jadi apa hak mereka nak mengambil bangunan ini?," katanya yang kesal dengan perkara itu

dan yang paling hebat JKKKN ini siap pasang bendera PKR lagi di Tabika mungkin untuk dijadikan markas dan menunjukkan mereka telah berjaya menawan Tabika itu ..hehe tindakan bodoh rupanya ..

Tapi mengapa ia membenarkan JKKK yang dilantiknya berbuat begitu dan tabika ini juga tidak terlepas daripada dipasang bendera parti politik (Parti Keadilan Rakyat).

"Sepatutnya tidak ada bendera parti dipasang pada tabika, sekolah atau hospital kerana kemudahan ini untuk umum kerana semua orang tanpa mengira parti akan menggunakan kemudahan yang sama. Kerajaan negeri kena lihat dan jaga sikit jenteranyai," katanya kepada pemberita ketika meninjau keadaan kanak-kanak Tabika Kemas itu di sini, Selasa.


terima kasih kepada Tan Sri Muhammad Taib kerana pantas untuk turun padang dan menyelesaikan masalah jabatan di bawah kementerian beliau . Jika tidak , sudah tentu tabika ini tidak dibuka lagi hari ini.

default

MACC and UMNO Disciplinary Board Conspiracies?

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


The arrest and questioning of UMNO Supreme Council member Datuk Norza Zakaria by the newly set-up Malaysian Anti Corruption Commission (MACC)has sent shockwaves throughout the entire party, as it prepares for the most important and closely fought party elections in decades.

Norza and over ten other delegates from Pahang were picked up by MACC officers armed with recorded conversations and printed receipts from meals paid in for during various meetings between Norza – and his agents – with delegates, in Kuala Terengganu during the recent by-election, to Temerloh where cold hard cash was allegedly exchanged.

I will leave the debate about whether simply paying for meals should be considered ‘money politics’ – it is worth remembering that corporate individuals often treat clients to lunches and dinners – for another day. But the burning question now is why Norza and who is behind the whole headhunt; it is an open secret that practically everyone involved in the contests spend a fair sum of money for campaigning purposes, and certain individuals spend far more than average, with the purpose of buying votes and causing the effect of ’spoiling the market’. Norza is not one of those individuals.

Even before the blame game started, there would have been no surprises as to who would be blamed – Khairy Jamaluddin and the Prime Minister Pak Lah. On the ground, a preposterous story about how Pak Lah and KJ purposely set Norza and the delegates from Pahang to be caught in the state of incoming Prime Minister Dato’ Seri Najib has already been spread by agents of parties unfriendly to Pak Lah and KJ. The story goes, Pak Lah is trying to position himself to stay on past March and
this is just the beginning of an elaborate strategy to undermine Najib.

What these individuals conveniently left out of the story is that Norza is a close associate of Pak Lah, and especially KJ. Much of the anti-KJ sentiment began when he was accused of having assisted Norza in clinching government projects worth millions. KJ has never admitted to actively helping Norza to secure such deals, but the general public knows of their close association that goes back to the days before KJ won the Deputy UMNO Youth Head post uncontested. So whilst the anti-KJ bunch so readily tried to paint KJ and Norza as being the closest of cronies, they are now blaming KJ for framing Norza. Clearly their story does not stand the test of logic and transitivity.

If one were to closely study the facts of the matter, a general picture emerges that places rivals of both Pak Lah and KJ -– with Tun Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz and Tan Sri Muhyiddin Yassin as heads – as the masterminds behind this campaign to disqualify KJ/PL associates. It especially significant that Norza was ‘chosen’, since he has no government position nor a member of the legislature – there is little widespread political fallout beyond the effect on KJ and PL.

Shockingly, this extreme interference is rampant even within the UMNO Disciplinary Board, that although headed by Tengku Ahmad Rithaudeen – a man with impeccable integrity – is now being hijacked by former Kuala Pilah Division Head and Muhyiddin associate, Tan Sri Abu Zahar Andika Ujang who handles all money politics cases, at times even before files reach Rithaudeen’s table.

What evidence do I have to say that Abu Zahar is part of this Mahathir-Mukhriz-Muhyiddin team? First of all, is also the Chairman of Mubarak, the body of former elected representatives that in September openly called for Pak Lah to speed up the transition process (this was before it eventually happened). Secondly, he is the Chairman of Lembaga Pertubuhan Peladang, a post handed to him by Muhyiddin when the latter was Minister of Agriculture. Rewind just a few days ago, Abu Zahar was the man who appeared in newspapers suggesting that there be ‘compromise’ in the contest of Deputy President – essentially putting pressure on Datuk Seri Ali Rustam and Tan Sri Muhammad Muhammad Taib to withdraw so that Muhyiddin can be Deputy President and Deputy Prime Minister uncontested. How can a man like this to be expected to be impartial?

The wolves are lining up outside the door or Pak Lah and KJ. Even disqualifications of candidates due to money politics are being blamed on them. In truth, all the evidence in the world show that the real culprits only want three things:

1) Pak Lah to be humiliated.
2) Muhyiddin to win as Deputy President.
3) Mukhriz to win as Youth Head.


And they will use all tools at their disposal to ensure the three targets are achieved, including concocting cases and framing candidates to ensure that Mukhriz and Muhyiddin win their respective contests ‘free’. Najib, on this matter, is quite powerless since these are the individuals who ‘installed’ him as Prime Minister-in waiting to begin with. You’ve got to ask, who’s the one selling the party now? KJ?

default

Adun Behrang dan Changkat Jering kini BEBAS..tiada pilihanraya kecil

by Pejuang Bangsa
 - No Comments

hli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PKR kawasan Behrang dan Changkat Jering hari Selasa secara rasmi mengumumkan keluar daripada parti itu dan menjadi ADUN Bebas.

Bercakap kepada Agendadaily sejurus keputusan tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering dibuat oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), kedua-dua ADUN berkenaan, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu berkata, tiada sebab untuk mereka terus berada dalam parti itu.

Menurut Jamaluddin, beliau membuat keputusan berkenaan seteleh meneliti sikap dan keputusan PKR berhubung dengan surat perletakan jawatannya yang ditandatangani Mac lalu.

“Surat itu disimpan oleh PKR negeri Perak. Mana mungkin surat perletakan jawatan itu boleh disampaikan kepada Speaker DUN Perak jika bukan dihantar sendiri oleh PKR negeri.

“Bagi saya ini membuktikan sikap sebenar PKR. Dengan menghantar surat itu kepada Speaker Dewan ia juga boleh ditafsirkan mereka telah membuka pintu dan meminta…Jamal kamu keluarlah,” katanya.klik di sini

Tiada pilihan raya kecil di DUN Behrang dan Changkat Jering

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) putuskan tiada pilihan raya kecil di DUN Changkat Jering dan Behrang kerana wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan dan juga surat penafian letak jawatan yang diterima dari Speaker DUN Perak pada hari yang sama.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof ketika mengumumkan perkara itu berkata, keputuan itu dibuat kerana SPR tidak dapat menggunakan kuasa di bawah Perkara 36 (5) bagi mengesahkan berlakunya kekosongan luar jangka di kedua-dua kerusi Dewan Undangan Negeri berkenaan.

Menurut beliau, SPR memutuskan tiada pilihan raya di kedua-dua kawasan tersebut kerana menerima dua surat daripada Speaker DUN Perak iaitu memaklumkan surat perletakan jawatan kedua-dua ADUN berkenaan dan juga surat penafian perletakan jawatan dua ADUN tersebut.

“Mesyuarat hari ini telah meneliti dariapda segi perundangan, wujud keraguan dalam surat perletakan jawatan penyandang kerusi berkenaan memandangkan kedua-dua penyandang kerusi terbabit secara sedar telah mengesahkan surat berkenaan tidak berkuatkuasa. Jadi mereka kekal sebagai ADUN,” katanya. klik disini


Nampaknya harapan PKR musnah untuk bertanding dalam PRK bagi merampas semula kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering apabila SPR memutuskan tiada piliharaya di DUN tersebut . kini DUN Pakatan sudah berkurangan dan mengikuti perkembangan terkini kerajaan Nizar semakin goyah dan sedang menanti Retak Menanti belah

default

Prepare for battle- pilihanraya kecil bakal berlaku ..

by Pejuang Bangsa
 - 5 Comments

PKR, PAKATAN BERSEDIA

"Mereka bukan lagi ADUN PKR. Speaker Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh PKR, DAP dan PAS telah pun menyerahkan surat secara rasmi memaklumkan kepada Pejabat Pilihan Raya Negeri Perak mengenai kekosongan kerusi tersebut," katanya ketika dihubungi mStar Online hari ini.Pengerusi PKR Perak, Osman Abdul Rahman


Jadi apa yang ditunggu lagi Barisan Nasional Perak ,PREPARE FOR BATTLE !!! Semboyan sudah dilaungkan oleh pihak musuh yang mereka bersedia untuk bertempur semula . Kerajaan baru dalam penantian bakal menjelma di Perak dan kita akan tumbangkan Nizar yang angkuh dan sombong itu .




Saya berasa satu berita kelakar yang direkacipta terpelihara oleh Ketua PKR Bahagian Ipoh Barat, Fauzi Muda dalam surat akuan bersumpah yang dibuatnya di hadapan pesuruhjaya sumpah Yong Yoke Thye di sini hari ini mendakwa beliau menerima tawaran daripada BN sebanyak RM50 juta untuk membawa masuk sekurangkurangnya dua ADUN dari Perak, terutama daripada PKR untuk menyertai Umno atau menjadi wakil bebas selepas pilihan raya umum Mac 2008.

Tak logik dan masuk akal langsung duit sebanyak itu nak hulur kat hang semata-mata nak dua Adun lompat .Lebih baik duit itu bina sekolah ,jalan kampung @ bagi subsidi untuk gula yang nak naik lagi baik dari hulur buta free kat orang PKR.

Dakwaan PKR biasalah yang cukup sinonim dengan akuan bersumpah yang diperkenalkan oleh RPK sudah naik jelak aku tengok dan itu menunjukkan mereka tidak bersedia untuk menerima hakikat bahawa dalam kelompok mereka sendiri ada yang ingin berubah parti.

Wahai Nizar dan Anwar ,anda harus terima hakikat bahawa jika anda boleh menarik ADUN BN menyertai PKR maka BN pun boleh juga menarik ADUN PR menyertai BN !!! jangan dok bersilat lagi dan kelentong rakyat kerana rakyat bukan bodoh melihat laporan dalam semua media pro pembangkang semuanya lain cerita..


MB Perak: Surat letak jawatan 2 ADUN memang wujud

Oleh ZANARIAH ABD. MUTALIB

PETALING JAYA: Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, surat peletakan jawatan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari Parti Keadilan Rakyat memang wujud berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan Speaker Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perak.

"Surat itu memang ada dan ia ditujukan kepada Speaker.

"Ini bermakna beliau ada bukti bagi mengatakan yang kerusi DUN Behrang dan Changkat Jering sememangnya telah kosong.

"Dalam Perak ini, Speaker mempunyai kuasa berhubung hal tersebut," katanya.


Umno yakin mampu rampas semula

Muda Mohd Noor | Feb 2, 09 5:28pm

Pemuda Umno Perak yakin parti itu mampu merampas semula kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Behrang dan Changkat Jering jika diadakan pilihanraya kecil bagi kedua-dua kerusi berkenaan.

Ketua pergerakan itu, Zainon Fadzi Baharuddin berkata, situasi hari ini tidak sama dengan 8 Mac 2008.

"Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, sudah bosan dengan permainan kerajaan negeri yang terlalu mengikut telunjuk kaum lain.

"Semakin lama kerajaan sekarang memerintah, orang Melayu menjadi semakin diketepikan," katanya ketika dihubungi hari ini.


Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Behrang, Jamaluddin Mat Radzi dan Adun Changkat Jering, Osman Jailu, telah meletak jawatan.

Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, V Sivakumar telah memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) Perak mengenai kekosongan kerusi DUN Changkat Jering dan Behrang.

Zainon Fadzi berkata, pihaknya juga mengalu-alukan kemasukan Jamaluddin dan Osman ke dalam Umno untuk kepentingan orang Melayu di negeri itu.

"Tetapi sehingga hari ini saya tidak tahu perkara sebenar mengenai kedua-dua Adun berkenaan.

default

Wahai Nizar kerajaan anda bakal hancur

on Sunday, February 1, 2009 by Pejuang Bangsa
 - 12 Comments



TERBARU: MB PERAK MENGADAP PIHAK ISTANA - Menteri Besar Perak Datuk Seri Nizar Jamaluddin pagi Isnin telah pergi ke Istana Kinta di Ipoh kira-kira jam 10 pagi. Beliau berada di Istana berkenaan selama 25 minit. Nizar bagaimanapun tidak menemui pihak media yang menunggunya di luar Istana berkenaan. Tidak diketahui sama ada beliau mengadap Ke Bawah Duli Sultan Perak atau pun Raja Muda Perak. Difahamkan, Nizar mengadap pihak Istana berkaitan dengan isu dua Exco Kerajaan Negeri itu, Jamaluddin Mat Radzi dan Osman Jailu yang dikatakan telah meletakkan jawatan melalui surat tidak bertarikh yang telah ditandatangani oleh mereka selepas pilihan raya Mac 2008. Ekoran itu, Nizar menurut sumber memaklumkan perkara berkenaan kepada pihak Istana dan rancangan kerajaan negeri untuk mengadakan pilihan raya kecil di DUN Behrang yang diwakili Jamaluddin dan Changkat Jering yang diwakili oleh Osman. Sehingga tengahari ini tiada kenyataan rasmi dikeluarkan baik oleh pihak Istana mahupun kerajaan negeri berhubung dengan pertemuan yang berlangsung itu. Terdahulu, Speaker DUN Perak, V. Sivakumar telah mengadakan pertemuan dengan Pengarah Pilihan Raya Perak, Adli Abdullah jam 8 pagi ini berhubung dengan surat ' letak jawatan' Jamaluddin dan Osman. Surat itu adalah surat tak bertarikh yang ditandatangi mereka selepas pilihanraya umum Mac lalu. Bagaimanapun kedua-dua wakil rakyat berkenaan menafikan mereka telah meletakkan jawatan dan mencabar kesahihan surat berkenaan. Sivakumar difahamkan pada pertemuan itu telah menyerahkan surat makluman mengenai pengosongan kedua-dua kerusi DUN berkenaan dan mahu SPR mengadakan pilihan raya kecil diadakan dalam tempoh 60 hari seperti yang diperuntukan oleh undang-undang. SEMENTARA ITU Jamaluddin dan Osman dijadual akan mengadakan sidang akhbar di dua tempat berasingan di Selangor petang ini.- 2/2/2009



KOMEN EZAM MENGENAI SURAT TAAT SETIA PKR - Itulah permainan politik kotor Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Kalau seseorang itu tidak berguna lagi padanya, beliau akan tinggalkan,".Demikian ulas bekas setiausaha politiknya, Mohd Ezam Mohd Nor ketika diminta pandangannya mengenai surat kosong bertandatangan bagi memerangkap mana-mana pemimpin kerajaan campuran nak lompat parti.Menurut Ezam, ini jelas menunjukkan Ketua Pembangkang itu seorang yang tidak bermoral malah menggunakan ancaman seperti itu bagi menghalang ahlinya lompat parti."Jelas beliau merancang semua ini dengan teliti sejak dulu lagi. Inilah sikap buruknya sebagai pemimpin yang kerap menuduh orang lain tidak bermoral tetapi beliau sebenarnya yang tidak bermoral," katanya kepada Agendadaily Ahad.- 1/2/2009

BREAKING NEWS !!!

TERBARU 8.00 MALAM-Speaker DUN Perak umum dua Exco PKR yang 'hilang' telah meletakkan jawatan berkuat kuasa serta merta. Namun tidak dinyatakan bila dan siapa yang menyerahkan surat itu. Menurut Speaker itu dalam kenyataan yag dikeluarkan Ahad malam, beliau akan memaklumkan secara rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai perletakan jawatan berkenaan bagi membolehkan pilihan raya kecil bagi kawasan DUN Behrang dan Changkat Jering diadakan dalam tempoh dua bulan. Namun persoalannya, dua Exco PKR itu belum ditemui, jadi siapa yang menyerahkan surat berkenaan. Agendadaily difahamkan surat itu adalah surat 'aku janji' tidak lompat parti yang ditandatangani oleh semua ADUN PKR,PAS dan DAP sebelum dilantik pegang jawatan. - 1/2/2009



TERBARU - Makin suspence bila Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pagi Ahad sahkan pada para wartawan selepas majlis sambutan Hari Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur bahawa akan ada lebih dua orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pembangkang akan lompat ke Barisan Nasional BN dalam masa terdekat.-1/2/2009

(Mereka akan) diterima dengan baik kerana itu pilihan mereka dan mereka hendak menyertai kita dalam perjuangan yang lebih besar dalam Umno dan BN... menjadi satu pengalaman baru dan memberi kesempatan untuk berjuang (dalam BN)," kata Abdullah.

"Bila semua dah jadi tentulah kita buat pengumuman (secara rasmi)," katanya.


akhirnya apa yang dikatakan di dalam rakan BPN kita Perak Bangkit bakal menjadi kenyataan dalam sedikit masa lagi .Nizar yang angkuh akan ditendang keluar dari kerusi MB kerana sikap beliau yang sombong dan memulakan permainan ini dengan Anwar akhirnya akan makan diri mereka balik . Sekarang kita akan menghitung hari bila hari yang keramat itu bakal mengegarkan Malaysia ini . kita tunggu dan lihat ...

link

anwar-pitam-isu-2-dun-perak-telah

kerajaan-bn-dalam-tempoh-60-hari


Ada Kemungkinan Adun PR Sertai BN, Kata Abdullah

BUKAN DUA TETAPI LIMA !!

http://suarasukj.blogspot.com/2009/02/mengira-waktu-menghitung-hari.html

Bot dah nak karam di Sungai Perak

Berita terkini yang dilapurkan oleh sahabat-sahabat menyatakan bahawa bukan 2 adun yang menyeberang tetapi ada 5 adun PR yang akan masuk BN. Mereka dikatakan bertindak begitu kerana tidak mahu rakyat Perak terus ditipu oleh kerajaan Pakatan Rakyat yang ada pada hari ini.

Malam semalam dikhabarkan Nizar telah menyeru kepada semua penyokong Pas untuk bersama-sama dengan dia mengadakan sembahyang hajat. InsyaAllah hajat beliau untuk Allah memperliihatkan yang benar akan termakbul. InsyaAllah Barisan Nasional akan memerintah Perak demi kemakmuran rakyat dan negeri.

Kepada penyokong-penyokong PR khususnya penyokong Pas terimalah takdir ini dengan lapang dada. Ingatlah bahawa setiap kejadian ada hikmahnya. Moga selepas ni pas akan dapat bermuhasabah diri dan melihat dimana kesalahan yang telah dilakukan.

Kepada yang telah tersedar untuk memasuki BN diucapkan tahniah kerana anda sememangnya wira, berani berubah dan lebih mementingkan kepentingan masyarakat daripada kepentingan peribadi. Tahniah sekali lagi. Anda memilih bot yang baik untuk teruskan perjuangan kerana bot sekarang ini sudah hampir karam. Selamat tinggal Pakatan Rakyat

pemuda padang rengas



MB Perak minta 2 Adun PKR umum pendirian
01/02/2009 2:34pm

IPOH 1 Feb. — Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin hari ini meminta dua Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang “hilang” sejak Isnin lepas supaya mengisytiharkan segera pendirian jika telah keluar daripada kerajaan negeri Pakatan Rakyat Perak.
Beliau berkata kerajaan negeri telah bersedia untuk membuat persiapan dan strategi mengikut peraturan yang ada bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Dua anggota exco dari PKR itu telah ghaib dan mereka tidak dapat dihubungi termasuk oleh keluarga mereka sendiri sejak 26 Januari,” katanya pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat dengan pemimpin PAS, DAP dan PKR negeri di kediamannya di sini.

Mereka yang dikatakan hilang itu adalah Jamaluddin Mat Radzi (ADUN Behrang) dan Mohd Osman Jailu (ADUN Changkat Jering).

Mohammad Nizar berkata kerajaan negeri mungkin akan membuat laporan polis berhubung kehilangan dua anggota Exco itu selepas berbincang dengan keluarga mereka.klik disini

default

Teruskan Usaha parti keramat UMNO

by Pejuang Bangsa
 - No Comments


Tahniah dan syabas kepada UMNO yang telah melancarkan pendaftaran ahli UMNO secara online .Saya merasakan inilah perubahan yang perlu dibuat dan akhirnya perlaksanaan berjaya dan mendapat sambutan menggalakkan .

Saya sendiri yang mendaftarkan diri sebagai ahli dahulu pada 2007 mengikut sistem borang dan melalui ke cawangan dan bahagian cukup lambat .Inilah langkah yang paling berkesan untuk memudahkan orang ramai menyertai UMNO terutama golongan muda yang lebih suka melayari internet dalam melakukan apa kerja kerana ia lebih cepat dan mudah .

Kita berharap juga seluruh warga BPN menghebahkan berita ini kepada rakan2 yang berminat menyertai UMNO dengan lebih mudah dan cepat .

Pendaftaran keahlian UMNO on-line boleh dibuat melalui web


http://www.daftar.umno.org.my/.



UMNO: 809 daftar secara online hari pertama pelancaran.

KUALA LUMPUR 30 Jan. - Seramai 809 orang di seluruh negara mendaftar sebagai ahli UMNO menerusi pendaftaran keahlian UMNO secara online pada hari pertama sistem itu dibuka hari ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, jumlah itu sangat memberangsangkan walaupun pada hari pertama iaitu sehingga pukul 8 malam tadi.

Katanya, sistem pendaftaran online itu lebih menggalakkan orang ramai untuk memohon kerana ia mudah dan cepat .... (Utusan Malaysia)

Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.
Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.
CyberChimps