..

..

Adakah benar video Rosmah puaka ?? Siapa disebalik tabir video itu ..

on Wednesday, June 17, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 14 Comments


Menonton satu siri dokumentari bebas oleh media strategis Parti Keadilan Rakyat yang bertajuk Rosmah Puaka di Youtube memberi satu senario baru kepada orang Melayu.

Dokumentari itu menemuramah adik angkat Datin Seri Rosmah yang bernama Rosmanuddin dan beberapa orang kampung asal beliau.

Jika dilihat wawancara bersama orang kampung asal Datin Seri Rosmah jelas sekali soalan-soalan dipandu untuk melahirkan kekecewaan mereka kononnya Rosmah tidak lagi pernah pulang ke kampung. Hakikatnya sudah tiada keluarga beliau di kampung tersebut macam mana beliau mahu pulang?

"Culprit" utama video ini tentulah adik angkat DS Rosmah yang bernama Rosmanuddin bin Mansor dan seorang anak jiran lama beliau bernama Ikmal Hisham.

Rosmanuddin diambil sebagai anak angkat oleh keluarga DS Rosmah menjadi anak susuan dan berbinkan bapa Datin Seri.

Kedua-dua mereka membuat beberapa tuduhan dan dakwaan yang langsung tidak mempunyai bukti serta tuduhan yang tidak relevan dengan politik negara.

1. Apa relevan dan kena mengena dakwaan kononnya Datin Seri Rosmah percaya kepada dukun, tahyul dan pawang? Sudahlah tidak boleh membuktikan sama ada melalui rakaman kamera mahu pun gambar, malah isu ini langsung tidak membabitkan isu politik.

Malahan percaya kepada keilmuan bomoh, pawang, hantu, jampi, serapah dan lain-lain magis ini merupakan satu warisan hidup Melayu. Sungguhpun ramai yang sudah meninggalkan warisan ini, masih ramai yang menerimanya sebagai satu sumber perubatan mahu pun bantuan.

Apakah tujuan tuduhan ini dibuat? Ia hanyalah serangan berbentuk peribadi yang menggambarkan politik orang melayu sudah berada dalam keadaan nazak.

Mereka bercakap memperjuangkan agama tetapi mereka tidak pernah takut kepada Allah. Sungguh aneh pembuat dokumentari tersebut boleh berpura-pura terkejut dan beberapa kali menyebut nama Allah ektika merakamkan wawancara memburukkan orang.

2. Rosmanuddin juga mendakwa beliau dianiaya dan tidak diberi bantuan oleh DS Rosmah. Alangkah anehnya seorang adik yang selama berpuluh tahun tinggal di rumah milik kakaknya boleh mendakwa kakaknya tidak membantu beliau.

Lelaki jenis apa yang menumpang bersama anak dan isteri selama berpuluh tahun di rumah kakaknya? Inilah jenis yang mahu mencari jalan senang menyara hidup keluarga.

Manusia jenis ini apabila tidak dapat sesuatu yang diidamkan maka mulalah memekik dan melolong lupa segala jasa orang yang membantu beliau selama ini. Bolehkah dikatakan datin Seri Rosmah yang membenarkan Rosmanuddin duduk bersamanya begitu lama ingin menganiaya beliau atau "membuang" beliau tanpa sebab.

Jika kita lihat watak utama video ini Ikmal Hisham juga merungut bahawa Rosmah tidak membantu mereka yang kononnya membantu beliau sebelum ini. Ini hanya menunjukkan bahawa yang terbabit dalam video ini merupakan kumpulan yang kecewa kerana tidak boleh menjadi kaya cepat hanya kerana mereka kenal atau pernah kenal dengan isteri Perdana Menteri.

Usahalah sendiri jika mahu kaya bro.

Rosmanuddin juga mendakwa beliau dan keluarga ke luar negara kerana tidak lagi mahu tinggal di sebuah negara bernama Malaysia kerana isteri Perdana Menteri, yakni kakaknya sendiri terbabit dalam pembunuhan Altantuya.

Sekali lagi tuduhan ini langsung tiada bukti dan kebenaran. [Pada malam pembunuhan Altantuya pun DS Rosmah mempunyai program di hadapan ratusan orang. Sebab itu Raja Petra pun terpaksa melarikan diri setelah menyedari tuduhan beliau akan terbongkar di mahkamah.]

Rosmanuddin dan Ikmal Hisham juga mendakwa Rosmah membuang terus anak-anak beliau dengan isteri pertama. Mereka juga mendakwa kereta-kereta tetamu yang datang ke jamuan kahwin Dr. Fadley Yaacob dengan Dr Fazley dan Azrene Soraya anak dengan suami pertama beliau tersebut digores dan dicalarkan.

Rosmah juga dikatakan cuba "menyusahkan" menantu beliau Dr. Fadley Yaakob dengan menghalang liputan berita dan menganggu projek-projek yang beliau dapat sebelum ini.

Sekali lagi dakwaan ini hanya sedap kepada halwa telinga tetapi tidak kepada pemikiran logik.

Bagaimanakah dikatakan DS Rosmah mengupah samseng mencalarkan hampir ke semua kereta yang datang ke majlis perkahwinan anaknya dengan Dr. Fadley sedangkan tiada satu pun laporan polis dibuat. Mustahil ia berlaku tetapi tiada laporan polis memandangkan majlis tersebut berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Malahan banyak program lain berlangsung pada hari yang sama. Antara menteri yang turut hadir ketika itu ialah Syed Hamid Albar, Bernard Dompok, Radzi Sheikh Fadzir. Jadi bagaimana pula dikatakan Datin Seri Rosmah mensabotaj majlis kahwin anak beliau.

Banyak lagi boleh didedahkan pembohongan video tersebut, tapi cukuplah dua ini untuk membuktikan betapa ia bukanlah satu video klip yang jujur atau benar. Sebaliknya ia dibuat bertujuan untuk memburukkan individu kerana berada di persimpangan fahaman politik yang lain.

Anehnya siapakah yang membiaya perbelanjaan Rosmanuddin di luar negara. Apakah kumpulan yang sama yang membiayai perbelanjaan raja Petra Kamaruddin, Rahim Ghouse dll?


Geng PKR ini memang suka mengaibkan pemimpin kerajaan

Nyata sekali bukan Datin Seri Rosmah yang puaka, tetapi mereka yang terbabit menerbitkan video inilah puaka sebenar. Mereka mahu mencari keuntungan politik dengan memburukkan manusia lain yang langsung tiada kena mengena dengan perjuangan membela rakyat mahu pun mentadbir negara.

sumber : http://www.isuhot.com


14 Responses

  1. Cheguman says:

    Tuan,
    Para penyokong Anwar akan melakukan apa sahaja bagi mengalih perhatian rakyat terhadap kes liwat yang akan dimulakan 1 Julai nanti.

    Berhati-hati, jangan sampai terheret ke dalam perangkap mereka.

  2. che_wan says:

    salam bro..

    Perkara mcm ni pembangkang memang sanggup mengaibkan org lain. Dah takdak modal lain dah dgn cara mcm mana pun mereka akan cari cara untuk memalukan lawan nya..lagi satu bagus jugak kalau rosmah xbg harta pada depa ni..nanti org pas kata kroni la apa la.

    Tgk saja la anwar, semua keluarga dia kaya2 dan ada yg tak payah keja..tp takdak pulak puak2 depa dok bercerita kekayaan nuar ni.

    Lagi satu, yg dok lari pi luar negara tu awat pulak? Nampak sgt desperate tak dapat harta lari luar negara..Tp apa2 pun mmg dasyat depa ni nak mejatuh kan lawan depa guna segala apa yg ada.

    Kesian aku tgk..dan aku sedikit pun tak terkejut dgn benda2 mcm ni.

  3. Inilah politik murahan yg suka dipermainkan oleh Parti Kelentong Rakyat(pkr).YG miang konek ketua mereka tapi tuduh orang lain pulak.Hampeh punya PKR.

  4. he he main bomoh mana boleh dibuktikan di makamah. Tapi semua orang kampong tahu cerita tu. Bukan rahsia lagi.

  5. amirrash says:

    ohh..satu lagi kaedah memburukkan orang buatan PR. bagi orang macam ini tentu mereka akan buat apa saja untuk dapatkan perhatian dan seterusnya memburukkan peribadi orang lain. dengan bukti yang belum tentu betul. Mereka ini orang yang tersepit. Satu sahaja pesanan saya kepada anda dan juga sebagai peringatan kepada saya. Jangan dibantu orang yang sebegini, ibarat melepaskan anjing tersepit, lepas dia, digigitnya kita.

    Pengalihan perhatian seperti ini, memang kerap dibuat. mungkin kerana bos mereka selalu juga buat begini.

    kepada yang membuat video ini, satu hari nanti, apabila benda sebegini terjadi pada anda, anda akan rasakan "nikmatnya".

    salam semua.

  6. Hernibie says:

    Kalau perkara yang melibat kan Rosmah dan PM, ia akan dianggap fitnah. Saya dah masak dengan budaya politik Malaysia. Tapi kalau pasal kes Anwar dituduh meliwat, betul aja berita tu. Saya bukan penyokong Anwar, ada juga benda yang saya tak setuju dengan Anwar. Saya cuma mempertikaikan kenapa kalau pasal Rosmah dan PM org angap, "oh, itu semua fitnah". Semua orang tahu yang Rosmah tu memang gila kuasa, perampas suami orang, tak endah kan anak nya dengan bekas suami pertama, sampaikan anak nyer nak kahwin pun dia buat hal. Orang yang rapat dengan keluarga Fazley pun tahu macamana teruk nya Rosmah melayan anak nya. Kalau nak dibanding kan dengan Wanita Malaysia pertama yang dulu2, memang Rosmah tak layak untuk meduduki tempat itu. Dengan nila keperibadianya yang cukup busuk, sememang nya dia meman tak layak untuk dicontohi! Saya harap suatu hari nanti Rosmah akan mendapat pembalasan dari yang maha esa! What goes around comes around!

  7. hernibie


    kalau saya pulak cakap kalau orang UMNO /BN cakap anwar ini peliwat ,oo org Pakatan cakapp semua anggap itu fitnah ,tuduhan niat jahat walhal si saiful itu sudah bersumpah mengikut cara Islam dan hari ini beliau masih lagi sihat. Si Anwar ini masih lagi tidak bersumpah malah orang akan anggap dia la yang bersalah dan tuduhan saiful itu betul.

    Begitu juga dengan rosmah ini..biasala bila rosmah ini di atas,maka ramai yang cemburui dan mula menabur fitnah dan sbgnya.

  8. Anonymous says:

    umno satu parti purba yg tidak lg relevan... malulah first lady muka botox...dah la tak reti jaga aurat, camne nak defend agama?? dengar citer shopping pun ala bini marcos dulu2... hopefully ini first lady terakhir yg Be End produce...Tak Nak BN forever

  9. Anonymous says:

    UMNO bodoh bahalo bangang.
    korang semua melayu bodoh

  10. Anonymous says:

    Mane elok antara pilih semangat kebangsaan n semngat islam? Klu ko rase 'melayu' tu ader martabat tnggi di akhirat nnt ko perjuangkanlah 'melayu' kot tu, mcm yahudi gk, pjuang bangsa diorg n pndng bngsa lain mcm smpah n snggup ketepikan bangsa lain, islam bkn utk melayu shj la woii...islam utk smua, klu bangsa yahudi msuk islam n dia lbih btaqwa sdgkan ko iman nipis giler, xder gune gk ko melayu, dh tntu kne sepak msuk neraka pnyer,elok lgi yahudi msuk islam n brusaha martabt islam, ingt pjuangan kerna bangsa xkan ke mne, tetpkan pjuangn kerna islam dlu, bangsa letak kmudian,jgn jdi bodoh,

    brape kerat bini pmimpin tertinggi UMNO pkai tudung...? sikit sgt,yg ader nk tnjuk rambut 'keras' diorg, pmimpin mcm ni korg nk sokong, nk pimpin bini pn xleh,ni nk pimpin rkyat 27 juta org dlm m'sia...?jwbnye mcm temph neraka la...korg smua dh besar n ijzah bgulung, so pandai2 fkir yer...
    Hidup Islam ! Hidup harakah islamiyah !

  11. Anonymous says:

    Anonymous,cerminlah diri sendiri dalam ISLAM tak leh pelikih dan hina orang tak faham ALquran dan hadis jangan nak tunjuk baik .kalau mu doakan mereka supaya dapat hidayah dari ALLAH kan bagus.muhasabahlah diri sendiri.

  12. Anonymous says:

    Knapa kita, yg punyai sama agama dan bangsa, bergaduh sesama sndiri?

    Dlm peperangan, sekiranya musuh lebih ramai, strategi yg digunakan adalah memecahbelahkan musuh dan melemahkan mereka. Taktik ini digunapakai oleh politician2 melayu terhadap bangsa sesama sndiri sdgkan taktik itu memakan bgsa kita sndiri yg makin berpecahbelah. Akhirnya, musuh mula masuk menyokong sebelah pihak sbagaimana peristiwa Perjanjian Pangkor. Akhirnya siapa menang? Bukan org2 melayu yg bergaduh waktu itu ttpi org luar.

    Belajarlah daripada sejarah. Sekian..

  13. Anonymous says:

    buat malu malaysia je kalau orang macam kau ni yang nak jadi pejuang bangsa..kalau setakat berjuang demi duit..baik tukar jadi pejuang yang buta hati

  14. OrgGanuKite says:

    Kpd sume pnykong UMporNO,aku ksihn sggh dgn korg.bla la korg nk sdr ttg kjhtn yg dilkukn oleh PM tu?PM tu nm je islam tp x mlksanakn Undng2 islam pn mmrnth ngra.aku x mhu skong pemimpin islam tp mnolak islam.Bini dia,lady gajah tu,islam ke?aurt x ttup?dsr btna puaka.mrempt la ko lps Bn trkbur lps Plhnrya nnt.

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.