..

..

Najib Presiden UMNO

on Friday, March 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



PETIKAN UCAPAN PAK LAH

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini berkata beliau tidak akan menderhaka dan bersifat gunting dalam lipatan kepada UMNO kerana sejak kecil lagi beliau ditanam dengan semangat perjuangan parti itu.
“Semangat kental yang tertanam di jiwa saya menghindarkan saya daripada bersifat derhaka kepada UMNO,” katanya semasa menyampaikan ucapan dasar bertajuk “Masa Depan dan Survival Parti”


“Saya menyeru supaya beliau diberikan sokongan yang padu untuk membolehkan beliau membawa negara ke mercu kejayaan yang lebih gemilang. “Saya sendiri berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Presiden UMNO yang baru...kepada Perdana Menteri Malaysia yang baru,”


“Saya menghargai sokongan Datuk Seri Najib kepada saya atas kapasitinya sebagai Timbalan Presiden dan Timbalan Perdana Menteri; membawa ingatan nostalgia saya kepada bimbingan dan kepercayaan yang pernah diberikan kepada saya oleh ayahandanya Allahyarham Tun Abdul Razak sejak tahun 1969 apabila saya bertugas di urusetia MAGERAN,”

“Semoga pimpinan dan masa hadapan UMNO, begitu juga warga dan negara Malaysia terus berada di tangan mereka yang ikhlas dan barang dijauhkan UMNO dan negara jatuh ke tangan orang-orang yang akan membawa kerosakan. Semoga usaha kita mendapat keredhaan Ilahi”

KUALA LUMPUR 26 Mac — Datuk Seri Najib Tun Razak diisytiharkan sebagai Presiden Umno yang baru pada Perhimpunan Agung Umno 2008 di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Tetap Umno Tan Sri Onn Ismail.

Najib, 55, menang tanpa bertanding bagi jawatan Presiden akan mengambil alih jawatan nombor satu daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang memegang jawatan itu sejak Oktober 2004.

Abdullah, 69, dalam ucapan dasarnya yang terakhir sebagai Presiden parti, menyeru supaya Najib diberikan sokongan padu untuk membolehkan beliau memimpin Malaysia ke mercu kejayaan yang lebih cemerlang.

Perdana Menteri yang turut berikrar untuk memberikan sokongan padu kepada Najib sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri baru, berkata beliau percaya untuk menyerahkan tanggungjawab menerajui negara kepada Najib yang merupakan “nakhoda lebih muda yang memiliki kematangan dan pengalaman untuk mengemudi bahtera negara.”

Onn turut mengumumkan Datuk Mohamad Aziz yang menang tanpa bertanding sebagai Timbalan Pengerusi Tetap parti.

— BERNAMA

Komen PB

Semua ahli UMNO ,kita rapatkan barisan dan menyokong Presiden UMNO baru DS Najib Tun Razak

Untuk Pak Lah ,Jasa dan pengorbanan beliau akan sentiasa dikenang oleh semua ahli UMNO dan rakyat .

Selamat Berjuang !!!

Hidup Melayu !!
Hidup UMNO !!!



Link
SIAPA MUSUH UMNO ???
Ucapan Perpisahan Pak Lah
Saya tidak akan derhaka kepada UMNO - Abdullah
Abdullah saran UMNO perkenal tempoh maksimum pegang jawatan
UMNO perlu lakukan pembaharuan - Abdullah


2 Responses

  1. adolf says:

    Hidup Melayu dan Umno aje?

    Rakyat Malaysia yang lain takyah hidupke?

    Bodohnya kau....Kesian kat mak bapak kau...

    Anak Malaysia

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.