..

..

Muhyidin dan Trio Zahid -Hisham- Syafie gandingan terbaik UMNO

on Friday, March 27, 2009 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments





Team Pemuda UMNO yang akan membawa suara Pemuda di dalam Majlis Tertinggi UMNO


Saya memang berharap Muhyiddin menang kerusi Timbalan Presiden Umno.Kejayaan Muhyiddin sudah diduga kerana boleh dianggap yang terbaik untuk berganding dengan Najib.

Tapi ini khabar ini cukup merisaukan pakatan rakyat yang mula gerun atas kekuatan regu baru Umno yang diketuai oleh DSN. Saya round di sekitar pekan Prmtg Pauh malam tadi ,hampir semua kedai makan menayangkan berita mengenai perhimpunan agung UMNO dan ahli2 pakatan cukup fokus kepada TV melihat pemilihan UMNO . Perubahan yang sedang berlaku di dalam UMNO ini melalui pemilihan parti itu cukup menarik minat penyokong pembangkang . Bagi anak2 muda pakatan dan blogger mereka , mereka mula mereka cerita yang tidak betul seperti Orang Najib kuasai UMNO ,calon yang kalah mula kecewa,pepeceahan berlaku dikalangan ahli dan sebagainya.

Ini semua adalah propaganda mereka untuk melemahkan ahli2 dalam parti UMNO yang sedang melakukan transformasi yang cukup hebat dan bersejarah ini serta peralihan kuasa kepada Najib Presiden baru UMNO .

Trio Naib Presiden Zahid ,Hishamuddin dan Shafie merupakan gandingan paling mantap untuk UMNO membantu Muhyidin dan Najib memulihkan parti . Zahid adalah seorang pemimpin yang lantang dan hasratnya mahu menhidupkan idola2 dalam UMNO untuk golongan muda amat saya nantikan , Hishamuddin pula pemimpin yang mempunyai karisma , berdedikasi dan beliau diibaratkan seperti Bapa Angkat untuk Pemuda UMNO . Suaranya mampu mewakili suara generasi muda di dalam peringkat tertinggi UMNO .

Keputusan untuk peringkat MT UMNO memperlihatkan kejutan berlaku .Saya melihat perwakilan kini sudah matang dan mereka memilih pemimpin yang berani bersuara , bercakap dan mempertahankan parti UMNO seperti Bung Moktar Radin ,Puad Zakarshi , Tajuddin Abd Rahman ,Datuk Shaziman Abu Mansor dan Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis
Suara golongan muda terus menjadi pilihan perwakilan yang mengikut arus perubahan yang diinginkan UMNO iaitu yang turut menang bagi jawatan MT seperti Datuk Azeez,Datuk Saifuddin dan Datuk Idris Harun .

Saf Kepimpinan Najib sudah lengkap .Harapan semua kini ialah kita kembali menumpukan perhatian kepada 3 pilihanraya kecil yang bakal berlangsung selapas Perhimpunan Agung UMNO ini . Ayuh !! marilah sama-sama kita merapatkan kembali barisan bagi menentang musuh utama kita iaitu petualang bangsa dan pakatannya.

Selamat Berjuang Semua !!

Link

Beri peluang Khairy bukti kebolehan


3 Responses

  1. pejuang bangsa.. tolong pejuangkan agama.. tq

    salam...
    mintak ambil perhatian dan tindakan kepada petualang agama ini.. lupakan sebentar parti anda.. please.. sebab ia dari MALAYSIA.. link nye..
    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/03/petualang-agama-baginda.html

    http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/02/bangsat-yang-menghina-islam.html

    POLIS ambil tindakan... kami nak rejam mereka sampai mati..

  2. Saya juga ikut merakamkan tahniah kepada semua yang menang.Walaupun pada hemat saya, dikalangan yang menang itu memang sepatutnya berada disitu tetapi masih ada juga yang sepatutnya di situ tidak berada disitu.Apapun,hakikatnya itulah 'dream team'UMNO yang telah diterjemahkan melalui kuasa perwakilan dari seluruh negara.Satu-satunya sistem lapuk yang masih digunapakai.Sori(setakat ini)

    Ini lah team yang akan memanjangkan atau memendekkan hayat UMNO di persada politik negara.Wallahualam.

    Presiden kena berani.Bukan setakat berani sahaja tetapi kena berani 'sungguh'. Anggota MKT pun kena bersungguh-sungguh berani supaya kapal yang dinaiki tidak tenggelam bersama dalam aspirasi untuk 'menakhoda zaman'.

    Ditakuti selepas ini, retorik akan berhenti. Kenyataan-kenyataan yang kritikal terhadap parti akan senyap dan terus lenyap. Laporan rasuah akan hilang. Pemimpin yang banyak bercakap pun akan diam. Semuanya akan diulik mimpi lagi sehinggalah musim pemilihan parti yang akan datang.

    Moga-moga UMNO terselamat daripada 'setitik nila yang akan merosakkan susu sebelanga'.

  3. Insyallah ini lah dream team Najib yang mampu membawa perubahan dlm UMNO dan mengembalikan semula keyakinan rakyat kepada UMNO

    Najib mendapat sokongan kuat semua perwakilan dan ahli parti dan saya yakin Najib apabila memegang jawatan PM nanti beliau akan membuat perubahan yang besar memastikan UMNO kembalik kuat .

Leave a Reply

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.