Archive for 11/02/08

default

Kenapa The Star tidak siarkan kecaman Jamaluddin terhadap pembangkang?

on Sunday, November 2, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



KOPITIAM TALK
30 Oktober 2008
DALAM terbitan 24 Oktober, akhbar Inggeris The Star yang nyaring memperjuang dan mempertahankan kebebasan media dan menentang ISA, tidak menyiarkan sepatah pun ucapan anggota Parlimen BN Rompin Datuk Seri Jamaluddin Jarjis yang mengecam parti parti pembangkang kerana memusuhi akhbar dengan tindakan memboikot, menyaman dan sebagainya.

Saya tidak tahu sama ada akhbar perdana berbahasa Cina juga turut bersikap demikian.

Jamaluddin telah mendedahkan tindakan saman Ahli Parlimen Seputeh (DAP) Teresa Kok terhadap akhbar Utusan Malaysia sebanyak RM30 juta dan diikuti dengan saman RM100 juta terhadap akhbar yang sama kerana penyiaran cerpen oleh Chamil Wariya yang dianggap ditujukan kepadanya..

Sementara itu Ahli Parlimen Bukit Gelugor ( DAP) Karpal Singh pula telah menyaman Utusan Malaysia RM10 juta sekalipun Utusan telah meminta maaf.

Kerajaan pembangkang di Selangor dan Perak pula memboikot Utusan Malaysia dan kerajaan Kelantan memboikot Berita Harian.

Tindakan yang diambil oleh pemimpin-pemimpin DAP terhadap Utusan adalah benar benar mengikuti jejak langkah Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew yang menutup mulut pembangkang dan media di Singapura dan juga di luar negaranya termasuk Malaysia dengan tindakan saman yang angka kosnya menggerunkan

Utusan Malaysia dan The Star sendiri pernah menjadi mangsa saman Kuan Yew dan membayar kepadanya beratus ribu ringgit. Ini berlaku semasa Singapura dalam Malaysia dan sesudah Singapura keluar dari Malaysia.

Tidak mengejutkan DAP mengikuti langkah ini kerana ia adalah parti yang dilahirkan oleh PAP bagi mewarisi perjuangan Malaysian Malaysia di Malaysia.

Parti-parti pembangkang melakukan ini kerana mereka percaya bahawa akhbar arus perdana tetap berpengaruh dan terus dibaca oleh rakyat walaupun mereka memburukannya sebagai suara kerajaan, tidak bebas, bohong, tidak berkredebiliti dan sebagainya.

Adalah hak parti pembangkang untuk menjalankan tindakan itu, tetapi rakyat yang berfikiran rasional dapat membaca tindakan ini sebagai amaran awal tentang taraf kebebasan yang akan dinikmati rakyat apabila parti parti pembangkang memerintah Malaysia kelak..

Tidak boleh dinafikan banyak orang yang tidak memahami etika kewartawanan dan hak awam dari segi undang-undang yang mengawal kebebasan akhbar arus perdana.Tindakan undang-undang oleh parti- parti pembangkang terhadap akhbar adalah menjadi bukti betapa akhbar senantiasa terkawal dan tidak dapat bebas dalam penyiaran dan penerbitan mereka setiap hari terutama dalam menyiarkan bahan- bahan yang bersifat politik.

Pengendali akhbar `nyamuk' parti-parti pembangkang dan juga akhbar mingguan atau bulanan yang tidak diterbitkan secara tetap dan media siber tidak menghadapi ancaman ini kerana orang ramai tidak menganggap mereka penting dan berkesan dan tidak berpengaruh (walaupun sebenarnya mereka berkesan) kerana tidak diterbitkan oleh institusi perniagaan dan perusahaan yang gagah, maju dan lama.

Kebanyakan akhbar perdana adalah berfungsi secara self-regulated, mengadakan penapisan penyiaran dengan ketat setiap hari bagi semua bahan penyiaran. Mereka bersikap demikian bukan kerana takut kepada tindakan dari kerajaan tetapi yang lebih ditakuti oleh mereka ialah jika terlepas sesuatu penyiaran yang membolehkan pihak orang awam mengambil tindakan saman malu dan sebagainya yang melibatkan kewangan syarikat mereka.

Inilah yang disedari oleh pemerintah Singapura yang cekap dan bijak yang mempunai rekod tidak pernah kalah dalam menyaman akkhar dan mingguan terkemuka luar. Singapura digeruni oleh media luar negara kerana menggunakan senjata hit the pocket.

Sebenarnya di Malaysia parti-parti pembangkang dan akhbar perdana tidak menghadapi ancaman udang-undang seperti di Singapura (sehinggga ini tidak diketahui apakah keputusan kerajaan Malaysia terhadap suara Parti Keadilan yang mendakwa Ketua Polis Negara lumpuh kerana serangan jantung).

Ancaman besar yang menakutkan akhbar di Malaysia ialah wabak saman dari Singapura yang dibawa oleh parti pembangkang sendiri, artis, individu dan syarikat-syarikat yang tindakan undang-undang mereka boleh membengkrapkan akhbar.

Tindakan ini tidak sahaja menutup kebebasan bersuara tetapi boleh membunuh industri akhbar, boleh menghapuskan para wartawan, melenyapkan bukan sahaja hak wartawan untuk menulis tetapi juga untuk bernafas, makan dan pakai setiap hari. Ia juga melibatkan pegawai dan kakitangan di bahagian pengeluaran dan pengurusan.

Bercakap tenang kebebasan akhbar adalah sesuatu yang ideal tetapi hak untuk hidup bagi setiap manusia adalah lebih mahal daripada kebebasan yang bersifat idealisma..

Semua akhbar dan wartawan di Malaysia menyedari hakikat bahaya ini tetapi mereka tidak bersatu dalam menentangnya. Ini tergambar apabila Utusan menghadapi ancaman itu, maka jelas akhbar Inggeris yang selama ini memperjuangkan kebebasan media tidak menunjukan semangat setiakawan.

Ini berbanding dengan setiakawan yang ditunjukan kepada sebuah akhbar Cina sehingga menjadikan wartawannya yang terlibat tahanan sehari ISA sebagai pejuang jihad..

The Star sebagai akhbar yang dipunyai oleh sebuah parti komponen Barisan Nasional sewajarnya memberikan penjelasan kepada rakyat Malaysia kenapa ia langsung tidak menyiarkan kecaman Jamaluddin Jarjis terhadap pembangkang yang menggugat kebebasan akhbar dengan saman beratus juta ringgit.

Sebenarnya sikap akhbar ini adalah membuktikan bahawa ia sendiri tidak bebas.Ia tertakluk kepada ideologi Malaysian Malaysia, bersikap prejudis terhadap Utusan sebagai suara orang Melayu dan Islam, berkongsi dengan pandangan dan pemikiran DAP.

Dengan berselindung di sebalik parti tertentu, akhbar ini telah sekian lama memupuk perasaaan prejudis, syak wasangka dan juga kebencian bukan Melayu terhadap kerajaan dengan berbagai-bagai cara yang tidak dapat dibaca oleh pegawai-pegawai kerajaan yang bertanggungawab tapi lemah dan oleh ahli parti BN yang tidak sensitif. .

Sesungguhnya akhbar ini telah berjaya besar dalam mengelirukan masyarakat bukan Melayu untuk menunjukan perjuangan orang Melayu bagi mempertahankan hak mereka dari segi perlembagaan sebagai rasis dan perjuangan bukan Melayu yang di luar perlembagaan dengan pelbagai provokasi terhadap orang Melayu adalah sebagai hak mereka.

Provokasi yang terkini ialah penggunaan tulisan Cina dan Tamil bagi nama jalan di Pulau Pinang.

Dengan tidak menyiarkan langsung ucapan Jamaluddin yang membidas pembangkang kerana tidak mempertahankan prinsip berkaitan dengan kebebasan akhbar dan blog adalah membuktikan bahawa akhhar ini mempunyai agenda yang besar untuk suatu tugas reformasi yang membahayakan kepentingan dasar nasional.

Sikap wartawan-wartawan Malaysia yang tidak menunjukan semangat setiakawan dalam menghadapi ancaman sebenar bererti mereka sedang membantu untuk menegakkan sebuah kerajaan authoritarian yang kelak akan membenamkan segala idealisme mereka terhadap kebebasan.

Mereka tidak perlu melihat hal ini lebih jauh kerana contohnya berada di muka pintu.


MUNSYI ABDULLAH

malaysiaaktif.com

p/s penulis cukup tertarik dengan artikel ini dan kita semua patut menyokong media utama Melayu Utusan Malaysia seperti mana usul dari Puteri mempertahankan akhbar melayu sebagai wadah perjuangan orang Melayu. Kadang2 aku hairan melihat pembangkang mereka boleh mengutuk kerajaan dan mereka cerita yang bukannya semua betul pun dalam Suara Keadilan dan Harakah tetapi jika benda mereka buat salah ,maka mula la nak saman . Aku tidak tahu la kalau macam ini lah gaya mereka perintah ,media pasti takut untuk melaporkan berita . Mana dia kebebasan media yang mereka laungkan ??

default

Lihat debat dari sudut positif

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments

Cadangan peribadi Khairy Jamaluddin agar diadakan debat antara calon Pemuda UMNO tidak perlu dipandang negatif kerana cadangan berkenaan adalah cadangan yang baik bagi mereka yang berfikiran positif.

1) Ianya dapat menerangkan kepada Pemuda malahan remaja Malaysia visi dan corak pentadbiran yang mahu dibawa oleh kesemua calon Ketua Pemuda bagi dinilaikan bersama. Ianya bukanlah merupakan janji-janji manis seperti yang dikatakan oleh Hishamuddin yang takut calon pemuda tidak dapat menunaikan janji semasa berdebat apabila mereka menjadi Ketua Pemuda UMNO nanti. Ini adalah alasan yang tidak boleh diterima kerana dengan adanya debat ini Pemuda boleh memantau janji-janji yang telah diberikan perlu dilaksanakan dan mereka yang berdebat pasti tidak akan menjanjikan sesuatu yang tidak boleh dilaksanakan kerana umum telah mengetahui apa yang telah dijanjikan.

2) Mukhriz pula berkata bahawa dengan adanya debat ini akan mendedahkan perkara yang tidak baik didalam kepimpinan Pemuda UMNO khususnya UMNO. Jika debat ini membicarakan mengenai perancangan kepimpinan yang positif dan visi calon yang bakal menjadi Ketua secara Positif, tidak timbul pendedahan keburukan UMNO melainkan Mukhriz masih mengamalkan sikap yang biasa dilakukan oleh beliau dengan ayahnya memburukkan UMNO. Sekurang-kurangnya dengan debat ini dan dengan perancangan yang bijak dan menarik boleh mendorong minat remaja untuk menyertai UMNO kerana faham dan ketahui perancangan dan visi yang menarik yang dibentangkan oleh calon-calon berkenaan.

3) Mengapa debat ini tiba-tiba menghantui Mukhriz dan juga dengan tiba-tiba kekuasaan Hishamuddin sebagai Ketua Pemuda UMNO dilontarkan untuk megingati Pemuda bahawa beliau masih Ketua Pemuda UMNO sehingga Mac sedangkan ketika Mukhriz membuat sidang akhbar dan mengutuk Perdana Menteri dan bersikap kurang ajar kepada Pemimpin tertinggi UMNO, Hishamuddin tidak pernah mengingatkan bahawa segala ini mesti melalui beliau selaku ketua peuda UMNO ?

4) Debat adalah lebih baik dari bertemu dengan perwakilan dari bahagian ke bahagian kerana ianya dapat mengelakkan pertumbuhan politik wang yang telah menjadi barah dalam pemilihan UMNO kali ini kerana sikap gila kuasa pemimpin yang mahu merebut jawatan yang dikosongkan. Dengan ada debat ini, perancangan, visi yang baik boleh mengatasi kehebatan sogokan wang.

5) Dengan adanya debat ini, perwakilan boleh menilai kehebatan pemikiran dan perancangan atau kelemahan calon ketua pemuda UMNO yang bakal memimpin Pergerakan muda UMNO ini, Perwakilan juga dapat melihat sama ada buah fikiran datang dari calon ini atau pun calon itu sebenarnya meminjam pemikiran orang lain untuk melontarkan idea atau mengharapkan idea atau perancangan oleh orang lain seperti ayah atau penasihat calon-calon berkenaan, kerana pemuda tidak mahu tertipu mendapat calon yang tidak berakal dan manja hanya mengharap sentuhan dari ayah untuk memimpin Pemuda UMNO Malaysia.

6) Dengan adanya debat ini juga, Perwakilan dapat menilai jasa-jasa yang telah dilaksanakan oleh calon-calon yang akan bertanding untuk pemuda dan boleh menilai kan kembali ketepatan slogan-slogan yang mereka gunakan, seperti Berani Berubah, Setiakawan dan Pemuda Berani.

7) Debat ini tidak akan memberikan keburukkan atau mencalarkan imej Pemuda kerana ianya juga di amalkan dinegara barat untuk memberikan peluang kepada calon menilai dan memilih Ketua Pemuda
yang mereka rasakan layak. Kita tidak akan membuat silap jika kita tahu nilai sesuatu yang mahu kita miliki.

8) Debat ini juga menemukan calon-calon dengan perwakilan untuk menyelami lebih dalam lagi hati masing-masing dan salitulrahim yang diikat akan merapat kan saf-saf Pemuda UMNO dan dengan cara tidak langsung boleh mengikat setiakawan dan memantapkan lagi sayap muda UMNO ini.

Jadilah pemimpin yang berani kerana darah yang mengalir dalam calon-calon ini adalah calon yang berdarah muda dan dengan adanya cabaran ini adalah satu perubahan dalam warna-warni Pumuda yang cuba diubah oleh Khairy Jamaluddin. Anggaplah ini satu pembaharuan dan perubahan yang di bawa oleh Khairy Jamaluddin sebagai satu perubahan dan bukan satu perkara yang cuba memberikan impek yang buruk kepada Pemuda UMNO. Manakah pengisian Berani Berubah Mukhriz jika menikus dengan lontaran idea baru dari Khairy Jamaluddin. Sekurang-kurangnya Khir Toyo melaksanakan visi Pemuda Berani dan menyahut cabaran ini.

Selamat Berdebat www,kpmu.net

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.