Archive for 10/19/08

default

Ada unsur Sabotaj utk KJ

on Sunday, October 19, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 9 Comments


Dalam suasana pemilihan ini, berbagai cara dicuba untuk menjatuhkan calon-calon yang bertanding dan berbagai cara juga dicuba untuk menyekat penyokong calon berkenaan dari bermesyuarat agar tercetus kekecohan dan terus menyekat bahagian berkenaan memberikan pencalonan kepada calon yang disokong. Berbagai usaha telah dilakukan kepada bahagian-bahagian yang menyokong Khairy Jamaluddin, antaranya adalah di Sabah, Johor dan juga di Kelantan. Ada pihak yang cuba mengupah orang membuat kacau bagi membatalkan bahagian yang menyokong Khairy.

Khairy menyatakan bahawa beliau tidak menolak kemungkinan kekecohan yang berlaku dalam beberapa mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian di seluruh negara didalangi kumpulan yang diupah pihak tertentu bagi mencetuskan ketegangan untuk memalukan institusi itu. Katanya beliau menerima beberapa laporan daripada Pemuda Bahagian wujudnya kumpulan yang diupah pihak tertentu yang semata-mata datang bagi mengganggu dan menimbulkan kekecohan.

“Saya akan menyiasat perkara ini dan akan pastikan ia tidak berulang lagi,” katanya.

Beliau mengulas mengenai kekecohan mesyuarat Perwakilan Pemuda Umno Rantau Panjang, Kelantan, semalam sehingga Unit Tindakan Ringan (LSF) dari Ibu Pejabat Polis Daerah Pasir Mas dipanggil bagi menenangkan keadaan. Saya masih menunggu laporan penuh mengenai kejadian ini. Saya dimaklumkan peringkat awal, ada satu kumpulan yang tidak puas hati tetapi telah di hasut untuk mengganggu gugat perjalanan mesyuarat Pemuda”.

“Perbuatan ini memalukan institusi Pemuda dan mengaibkan pemimpin. Ia adalah satu yang tidak sihat. Kalau hendak bertanding, ikut ah lunas demokrasi…akhirnya yang malu adalah institusi Pemuda Umno sendiri,” katanya.


p/s dalam apa2 pertandingan pun mesti ada yg BERANI MAIN KOTOR bukannya BERANI BERUBAH pun . kes di Rantau Panjang aku ada dengar Ketua Pemuda dia cakap mereka ini penyokong kepada ketua mereka yg digantung keahlian UMNO dari AJK sehingga ketua Bahagian . Insyallah jika KJ ditakdirkan menjadi Ketua Pemuda maka segala rintangan dan halangan itu oleh musuh2nya maka tidak terjadi juga.

default

Apabila Pak Lah mula marah ..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 4 Comments


PM bidas Mahathir

KOTA KINABALU 18 Okt. – Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini membidas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahahir Mohamad yang menurutnya berlagak seolah-olah pengarah pilihan (pemilihan) parti yang menentukan “siapa yang perlu berada dalam parti UMNO dan siapa yang perlu dikeluarkan”.

Perdana Menteri berkata, UMNO tidak pernah memerlukan arahan daripada pemimpin yang tidak berada dalam parti itu.

“Siapakah Tun yang dah keluar parti UMNO itu nak cuba membuat arahan kepada orang UMNO apa yang patut dilakukan?


Dia berlagak seolah-olah menjadi pengarah kepada pilihan parti, menentukan orang itu memegang jawatan itu... orang ini pula memegang jawatan ini, siapa yang perlu ada dalam parti, siapa yang perlu dikeluarkan. Apa hak dia buat begitu?,” katanya pada persidangan akhbar di Terminal 2 Lapangan Terbang Antarabangsa Kota Kinabalu, di sini malam ini.


Abdullah mengulas kenyataan Mahathir yang mahu perwakilan UMNO “mengusir orang-orang Abdullah” dalam pemilihan parti itu Mac depan.


“Sebenarnya beliau mahu menimbulkan pergolakan, kemarahan dan kebencian. Apakah salah sangat orang-orang yang bekerja dengan saya. Apakah kalau mereka itu tidak bercakap atau tidak riuh-rendah maka itu mesti dianggap sebagai orang yang tidak baik...orang yang tidak pernah membuat baik untuk UMNO dan kerajaan.


“Siapa dia yang membuat penentuan seperti itu. Ini akan menimbulkan kebencian sesama ahli UMNO, mengajar ahli UMNO bergaduh sesama sendiri,” katanya.

Abdullah berkata, beliau mengambil keputusan untuk tidak bertanding jawatan Presiden UMNO bagi mengelakkan perbalahan sesama anggota parti.

“Oleh sebab adanya pertandingan sebagaimana yang biasa berlaku terutama di peringkat atasan berpecah belah. Kita patut belajar daripada apa berlaku dulu.

“Cakap macam ini akan menimbulkan kemarahan kepada mereka yang dianggap tidak boleh terima, mesti diketepikan. Saya menganggap apa yang Tun telah lakukan sebenarnya menimbulkan perkelahian di dalam UMNO,” kata Abdullah.


Menurut Perdana Menteri, gesaan Mahathir itu tidak akan mendatangkan kebaikan.

“Inikah “reform” yang diharapkan...Kita ada kebebasan, tiap-tiap ahli UMNO ada kebebasan untuk bertanding.

“Saya dengar kata Ali Rustam (Ketua Menteri Melaka) yang nak bertanding timbalan presiden dicuba orang tertentu memaksa dia untuk tarik balik...Mengapa suruh Ali tarik balik? Apa tak eloknya Ali?.

“Tak boleh diberi saja kebebasan untuk bertanding... tentu ada orang yang mahu sokong mahupun yang tak sokong. Jadi biarlah dia bertanding dan biarlah orang UMNO menentukannya,” katanya.

Dalam hal ini, anggota UMNO tidak perlu orang daripada luar untuk memberi arahan.

“Adalah lebih baik Tun tak cakap langsung pada hari ini,” katanya.

Sementara itu, Abdullah juga kecewa apabila Naib Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, tidak mengendahkan keputusan peralihan kuasa yang dipersetujui antara beliau dan Najib pada Mac tahun depan.

“Sebenarnya dialah (Muhyiddin) yang menimbulkan isu mempercepatkan peralihan kuasa dilakukan dengan membuat kenyataan-kenyataan di luar, di Singapura.


“Semua orang dah bersetuju. Mereka sendiri tak kata tak bersetuju. Datuk Seri Mohd. Najib dengan saya dah ada persetujuan yang direstui dan dipersetujui oleh ahli-ahli Majlis Tertinggi UMNO,” katanya.

Abdullah berkata, beliau telah menerangkan sebab beliau memerlukan masa yang dipersetujui antara beliau dan Najib, antaranya, terdapat perkara berkaitan dengan reform yang beliau hendak laksanakan dan dibawa ke persidangan Dewan Rakyat.

“Apakah dia takut reform? Apakah dia tidak mahu reform? Apakah ini sebagai satu langkah untuk menggagalkan usaha-usaha sedangkan reform itu dikehendaki oleh rakyat.

“Saya dimarah oleh rakyat kerana tidak memenuhi janji. Sebab itu ada dalam manifesto 2004 apabila saya bertanding, apabila kita memenangi pilihan raya pada 2004 dengan sokongan yang kuat.

“Mengapa pula dia mencadangkan seperti itu? Ertinya nak menggagalkanlah.

Nak menggagalkan saya atau menghalang saya mengambil tindakan-tindakan yang saya telah usahakan.

The point is that there is an agreement. Dah setuju. Mengapa mengungkit lagi?

Tak sabar agaknya nak jadi Timbalan Presiden. Itupun kalau ada cukup orang nanti nak menyokong dia,” katanya.


– Bernama

link

Rejim Mahathir pelingkup UMNO


p/s Pak Lah sebelum ini hanya senyap kini mula tegas dan bersuara kepada musuh2 nya yang sekarang makin rakus dan melancarkan perang habis-habisan bukan sahaja menyerang Abdullah malah penyokong2 setianya. Bagi aku Pak lah tidak mempunyai pengikut mahupun team seperti Anwar dan Mahathir ketika di dalam UMNO.Hakikat sebenarnya Pak Lah berundur kerana desakan MT UMNO bukannya akar umbi seperti yang disuarakan oleh muhyidin . Sekarang ini kita akan melihat sehingga bulan Mac 2009 ini adakah team Mahathir mampu bertahan setelah mereka kini dihadapan dalam pencalonan dari bahagian .Harus diingat pergolakan dan perbalahan ini ditimbulkan oleh mereka dan di dalam masa yg lama tempoh berkempen kita mampu berfikir semula .

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.