..

..
Archive for September 2008

default

PKR: Penurunan harga minyak bermotif politik

on Saturday, September 27, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments



Sep 25, 08 6:38pm
PKR menyifatkan pengumuman kerajaan menurunkan harga runcit minyak sebanyak 10 sen semalam sebagai satu keputusan yang didasari motif politik semata.

"Tindakan kerajaan Barisan Nasional ini gagal untuk mengambil kira aspek mekanisme pasaran dan kepentingan rakyat," kata Ketua Penerangan PKR, Tian Chua.


Katanya, walaupun BN menurunkan harga minyak sebanyak dua kali dalam tempoh satu bulan, ia tidak langsung memulihkan keyakinan pelabur tempatan dan asing terhadap ekonomi negara, serta mengurangkan impak peningkatan kadar inflasi.

Sebaliknya, kata Tian, ia merugikan peruncit minyak dan pengeluar produk bahan bakar tersebut.

"Keputusan kerajaan untuk menarik balik subsidi minyak hingga menyebabkan kenaikan harga secara mendadak sebanyak 41 peratus pada 4 Jun lalu, jelas meninggalkan impak yang besar ke atas pasaran tempatan.

"Keadaan menjadi bertambah buruk apabila kesan kenaikan mendadak harga minyak menyebabkan kadar inlasi mencecah 8.5 peratus, merupakan yang tertinggi dalam tempoh 28 tahun," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau mendakwa, seluruh lapisan masyarakat dan industri terkejut serta terjejas oleh keputusan kerajaan yang didakwanya dibuat secara terburu-buru.

'Keadaan ekonomi tenat'

"Walaupun kerajaan cuba memulihkan keadaan ekonomi dengan menurunkan harga minyak sebanyak dua kali, namun keadaan ekonomi yang tenat kini tidak lagi dapat dipulihkan dengan sekadar menurunkan harga minyak sebanyak 10 sen sahaja.

"Selain itu, keputusan kerajaan juga gagal memaparkan mekanisme kerajaan yang telus dan konsisten dalam proses menentukan kadar harga minyak.

p/s Ini lah pembangkang , bila minyak naik pun marah kerajaan kata kerajaan zalim la ini bila kerajaan turun harga minyak dikatakan kepentingan politik pulak.Rakyat semua menyambut baik keputusan kerajaan itu tetapi ada juga manusia tidak tahu bersyukur spt PKR yg hanya mahu isu itu utk kepetingan politik mereka shj. Jangan la hanya pandai cakap dan menipu orang Tian chua spt you cakap ada pertemuan orang tengah antara kerajaan dan PR . TIan Chua ini adalah penipu ,selepas balik dari mission imposibble dia Taiwan tidak menjadi ,dia dah menjadi penipu hebat bawah sikit dari Anwar ibrahim .

default

Pemilihan UMNO ditangguh -peralihan kuasa Mac 2009

on Friday, September 26, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 5 Comments


Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari Jumaat sebulat suara bersetuju menangguhkan pemilihan parti itu dari Disember ini kepada bulan Mac tahun depan dalam usaha melicinkan proses peralihan kuasa.

Bagaimanapun bagi mesyuarat perwakilan UMNO Bahagian, ia tetap akan diteruskan mengikut jadual asal pada 9 Oktober depan dengan semua agenda pemilihan Bahagian dan pencalonan bagi jawatan tertinggi parti diteruskan.

Namun, timbul persolan jika penangguhan pemilihan parti dibuat bagi licinkan proses peralihan kuasa, adakah Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi akan mempertahankan jawatan Presiden dengan menerima pencalonan daripada UMNO Bahagian yang mula bermesyuarat bulan depan.

Menjelaskan, perkara ini Abdullah berkata, beliau akan mengumumkan sama ada akan mempertahankan jawatan Presiden UMNO pada pemilihan parti kali ini sebelum persidangan perwakilan bahagian parti bermula.

"Saya belum membuat sebarang pengumuman mengenai perkara ini. Saya berhasrat untuk mengumumkannya sebelum mesyuarat bahagian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat khas MT UMNO yang berlangsung kira-kira satu jam setengah di ibu pejabat parti itu.

Berdasarkan kepada keputusan yang dicapai oleh MT UMNO itu, pelan peralihan kuasa 2010 kini tidak lagi berbangkit kerana Abdullah menegaskan, keputusan menangguhkan pemilihan itu dicapai ekoran langkah mempercepatkan pelan peralihan kuasa 2010, yang diputuskan Julai lalu.

Ditanya adalah itu bermakna pelan peralihan kuasa 2010 dikekalkan, Abdullah menjawab “Kalau diawalkan, tidak adalah original punya 2010 itu. Tak timbullah."

Menjelaskan maksud melicinkan proses peralihan kuasa lebih awal, Abdullah berkata, ia adalah bagi membuat penyerahan apa juga yang diperlukan berdasarkan peraturan-peraturan yang sepatutmnya dilaksanakan.

"Ini akan diputuskan antara saya dan Najib," jelasnya ringkas.

Beliau turut menjelaskan, peralihan kuasa lebih awal tersebut mempunyai kaitan dengan kerja-kerja yang seharusnya dilaksanakan.

"Semua ada hubung kait dengan kerja saya. Bila habis kerja saya habislah," katanya.

Namun dalam pada itu, beliau menolak andaian bahawa keputusan mengawalkan peralihan kuasa disebabkan wujudnya tekanan ke atas dirinya dariapda kalangan ahli MT.

"Tida ada apa-apa pada hari ini (desakan)... mungkin ada dua atau tiga orang yang rasa begitu. Tapi kebanyakan tidak menunjukkan apa-apa sebab untuk memberi tekanan. Mereka juga tahu hubungan saya dengan Najib adalah satu hubungan yang baik dan apa-apa perkara pun, kedua-dua kami mempunyai persefahaman yang baik.

“Jadi tidak ada masalah yang patut timbul mengenai perkara ini," ujarnya panjang lebar.

Ditanya mengenai keputusannya sama ada akan bertanding atau tidak. Abdullah berkata, keputusan mengenainya terletak di tangan beliau dan terserah kepada pihak lain untuk membuat nadaian masing-masing. – 26/9/2008

p/s ada pro dan kontra juga pemilihan UMNO ditangguh dan ia juga bersebab dilakukan .Apa komen anda ??

default

Mukhriz tonjolkan kewibawaan sebenar BERANI BERUBAH

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Bashir Ahmad
25 September 2008

CALON Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Mukhriz Tun Mahathir memberikan interviu eksklusif dengan theSun hari ini. Rasa-rasanya belum pernah interviu seumpama disiarkan oleh akhbar lain. Alangkah baiknya jika interviu theSun ini dapat disiarkan oleh akhbar berbahasa Melayu seperti Utusan Malaysia dan Berita Harian supaya pandangan, pemikiran, sikap dan pendirian Mukhriz dapat dibaca oleh oleh semua perwakilan Pemuda UMNO yang akan mengundi pada Perhimpunan Agung UMNO akan datang.

Umpamanya kenapa Mukriz mahu bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Jawapan beliau kepada theSun seperti berikut (terjemahan):

``Untuk mengembalikan sokongan orang muda kepada parti (UMNO).Pilihan raya umum dan pilihan raya kecil Permatang Pauh telah menunjukkan bahawa ramai orang muda tidak lagi bersama kita (UMNO). Perkataan-perkataan yang mereka gunakan terhadap kita adalah lebih teruk. Perkataan seperti meluat dan menyampah digunakan untuk menunjukkan perasaan mereka. Tapi yang terbaru mereka kata benci dan jijik pula. Keadaan bertambah buruk sejak dua bulan lalu. Maka sesuatu perlu dilakukan untuk menangani perkara ini. Saya berpendapat UMNO perlu melakukan perubahan. Tapi cara yang kita buat adalah jelas tidak mendatangkan sebarang kesan terutama kepada orang muda. Umpamanya berpayung terjun ke Antartika, berenang merentasi Selat Melaka. Mungkin sesuai untuk orang-orang jenis Malaysia Boleh, tapi adakah ia menyelesaikan masalah sebenar? Aktiviti seumpama itu untuk membangkitkan rasa seronok bolehlah, tapi adakah ia dapat membantu seseorang yang menghadapi masalah untuk mendapatkan pinjaman RM100,000 dari bank? Pekerja kilang yang menghadapi masalah tempat kediaman, isu-isu urbanisasi dan orang-orang muda yang terbiar dengan masalah mereka. Dan apakah yang kita (UMNO) buat? Sepatutnya ini tanggungjawab kita, tapi tak banyak yang kita buat. Tapi kita terkejut apabila rakyat menolak kita semasa pilihan raya.''

Mukhriz berkempen dengan slogan Berani Berubah. Mengenai slogan kempennya ini, Mukhriz berkata ia boleh difahami sebagai perubahan di atas tapi ia juga bererti perubahan dari dalam.

theSun juga bertanya, adakah Mukhriz akan menjadi juara Ketuanan Melayu? Jawab beliau:

``Pada pendapat saya istilah ini telah disalahertikan kerana dalam bahasa Inggeris ia diterjemahkan sebagai supremacy, satu perkataan yang menggertak. Saya sebaliknya melihat ia (Ketuanan Melayu) dalam konteks bumiputera sebagai rakyat majoriti. Amerika Syarikat sekalipun memperakui bahawa sebarang dasar kerajaan mestilah memberi manfaat kepada golongan majoriti tapi tidak pula menafikan hak-hak manoriti.

``Dalam hal ini, di Malaysia hak-hak minoriti tidak dinafikan, sama ada dalam linkungan ekonomi, politik dan sosial. Juga ada kebebasan beragama. Saya fikir unsur-unsur yang cuba menyatukan kita (rakyat Malaysia) adalah lebih kuat daripada unsur-unsur yang boleh memecahbelahkan kita. Marilah kita beri tumpuan kepada isu seperti pembinaan negara.''

Seperti yang dikatakan, alangkah baiknya interviu ini dapat dibaca oleh semua yang akan memilih pengganti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, Ketua Pemuda UMNO sekarang yang juga bekas anak Perdana Menteri. Kata Mukriz, beliau bertanding jawatan Exco Pemuda UMNO (dengan mendapat undi tertinggi) dulu atas pelawaan Hishamuddin.

Selama ini banyak orang menganggap peluang Mukhriz untuk naik sangat bergantung kepada nama bapanya. Bagaimanapun, membaca interviunya dengan theSun menukar persepsi penulis ini terhadap Mukhriz. Beliau jelas mempunyai keperibadian dan pendirian yang tersendiri. Bagaimanapun, Mukhriz juga mempunyai visi dan fikiran yang jelas, satu ciri yang sama dengan bapanya.

Dan semua orang tahu betapa Mukhriz adalah pengkritik kuat Perdana Menteri dan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Kita tunggu dan lihat sama ada pendiriannya ini akan menjadi aset atau liabiliti kepada beliau dalam pemilihan akan datang.

Sudah empat orang menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO, tapi persaingan dijangka paling sengit antara Mukhriz dan Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda UMNO sekarang yang juga menantu Abdullah. Seorang lagi calon terkemuka ialah Datuk Seri Khir Toyo. Bagaimanapun bekas Menteri Besar Selangor ini tampil dengan kredibiliti yang cacat kerana Selangor terlepas kepada Pakatan Rakyat semasa pemerintahannya.

Dalam senario politik UMNO yang turut tidak menentu sekarang, rakyat Malaysia secara umumnya turut menunggu siapa yang akan dipilih antara Mukhriz dan Khairy untuk menjadi pemimpin generasi UMNO akan datang. Dan agak malang jika perwakilan Pemuda UMNO tidak dapat menilai antara intan dan kaca kerana `politik wang.' Jika politik wang yang terus menentukan siapa yang akan menang, maka UMNO telah melakukan sesuatu yang pada akhirnya akan membunuh diri sendiri. - malaysiaaktif.com

default

Mengapa peralihan kuasa 2010 mesti dipercepatkan ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Desas desus politik kini seakan-akan mengikut rentak lautan yang bergelora di musim tengkujuh. Tiada tujuan, tiada destinasi. Di dalam era komunikasi alaf baru ini, begitu banyak sumber yang menggambarkan situasi sama dengan nada yang begitu berbeda. Bermacam-macam jenis analisis yang diberikan selepas penukaran portfolio Menteri Kewangan – Menteri Pertahanan dan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO.

Namun, jika kita ikut norma-norma lazim, lantas memisahkan emosi politik, hanya satu hakikat yang boleh digunapakai oleh UMNO. Penetapan peralihan kuasa 2010 dan bukannya ‘peralihan kuasa paksa’ yang diuar-uarkan oleh mereka yang dahagakan kuasa.

Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi membuktikan beliau akur dengan suara akar umbi dan demi survival UMNO telahpun mengumumkan pelan peralihan kuasa pada tahun 2010 yang dipersetujui oleh Timbalannya dan telah mendapat persetujuan Majlis Tertinggi UMNO. Entah semena-mena, suara-suara yang berhasrat melanggar perjanjian pelan peralihan kuasa ini demi kepentingan peribadi mula mengorak langkah politik mereka.
Hakikatnya, demi UMNO dan nasib anak bangsa, Dato’ Seri Abdullah perlu melakukan beberapa perubahan peri sukar sebelum beliau dapat mewariskan tampuk pemerintahan kepada Dato Sri Najib. Jika Dato’ Sri Najib melakukan perubahan ini, beliau akan kehilangan banyak dana politiknya. Disebabkan ini, Dato’ Seri Abdullah memerlukan tempoh sehingga 2010. Malahan beliau telah mengatakan bahawa jika kerjanya selesai, beliau sanggup melepaskan jawatannya kepada Timbalannya sebelum 2010.


Niat sebenar Dato Seri Abdullah terbukti dengan pemindahan portfolio Kewangan. Jelas beliau mahu memberi Dato Sri Najib persiapan yang terbaik untuk menjadi pemimpin Malaysia dan UMNO setelah pemergiannya dari tampuk pemerintahan kelak.

Dari segi politik UMNO, kaedah memaksa Dato’ Seri Abdullah untuk pergi sebelum pencalonan bulan Oktober hanya akan menguntungkan segelintir pihak. Jika dilihat dengan kanta politik, pihak tersebut bukanlah Dato Sri’ Najib. Untuk UMNO kekal kuat, pucuk pimpinannya mestilah dapat bekerjasama. Jika ‘pelan peralihan kuasa paksa’ yang dicanangkan oleh Tan Sri Muhyiddin ini menjadi, maka dialah yang akan menjadi Timbalan Presiden UMNO.

Semua di dalam UMNO tahu Dato Sri Najib kurang selesa dengan corak kepimpinan Tan Sri Muhyiddin. Tambahan pula, dengan menunjukkan taringnya baru-baru ini, ternyatalah bahawa kesetiaan kepada pemimpin bukanlah kekuatan Tan Sri Muhyiddin. Sejarah persaingan mereka berdua sudah lama diketahui oleh warga UMNO. Tidak mungkin mereka akan dapat bekerjasama demi kepentingan UMNO. Dato’ Seri Najb akan dipaksa melihat gerak geri Timbalannya yang sudah pasti mengidamkan jawatannya selaku Perdana Meneteri. Bagi menghadapi cabaran politik dari Pakatan Rakyat yang semakin meruncing ini, Dato’ Sri Najib memerlukan Timbalan yang setia dan mampu bekerjasama dengan kepimpinannya.

Suara akar umbi sebenarnya sudah menetapkan Barisan kepimpinan Naib Presiden yang mampu memastikan UMNO terus releven. Nama Tan Sri Muhyiddin tidak terkandung di dalam barisan kepimpinan ini. Nama-nama Naib Presiden yang disebut-sebut ialah Dato’ Zahid Hamidi, Dato’ Shafie Apdal dan wakil dari Johor pula samaada Dato’ Khaled Nordin ataupun Dato’ Seri Hishammuddin.

Ramai penganalisa politik berpendapat bahawa pilihan sebenar Dato Sri Najib untuk menjadi Timbalannya ialah bekas Setiausaha Politiknya, Dato’ Zahid Hamidi. Antara nama-nama lain yang dipercayai oleh Dato Sri Najib ialah Dato’ Seri Hishammuddin, Dato’ Shafie Apdal dan Dato’ Khaled Nordin.

Jadi terang lagi bersuluh, taktik ‘peralihan kuasa paksa’ ini merupakan taktik terakhir yang dapat dijana oleh Tan Sri Muhyiddin untuk menentukan survival politiknya.

Dari segi politik negara pula, Dato Sri Najib memerlukan peralihan kuasa 2010, kerana beliau sedar bayangan Anwar Ibrahim akan sentiasa menghantuinya. Sejak pembebasannya dari tahanan, Anwar Ibrahim meletakkan Dato Sri Najib sebagai musuh utama Pakatan Rakyat. Dari Ijok hingga ke Permatang Pauh, nama Dato’ Sri Najib yang selalu disebut oleh Anwar Ibrahim.

Namun, jika Anwar disabit kesalahan di dalam kes liwat pada tahun depan, ataupun dakwaan Anwar yang menjanjikan perubahan Kerajaan Pusat tidak menjadi kenyataan ketika Dato Seri Abdullah masih kekal Perdana Menteri, maka Dato Sri Najib akan terlindung dari sebarang dakwaan konspirasi politik yang sudah pasti akan dilontar oleh Anwar Ibrahim dan konco-konconya.

Justeru, untuk UMNO dan Malaysia, peralihan kuasa 2010 merupakan pilihan yang terbaik kerana ia peralihan yang mementingkan kesemua ahli UMNO dan bukannya segelintir pihak yang rakus kuasa.

default

Jangan Guna Nama Akar UMBI

on Thursday, September 25, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


KUALA LUMPUR 24 Sept. - Gabungan Badan NGO Malaysia hari ini memberi amaran kepada segelintir pemimpin UMNO yang gemar menggunakan nama 'akar umbi' untuk mencapai agenda peribadi.

Gabungan Badan NGO itu turut menyelar sikap segelintir pemimpin tertinggi UMNO yang mendesak pelan peralihan kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dipercepatkan sebagai tindakan seorang yang tamak kuasa, tidak menghormati pemimpin dan tidak beradat.

Pengerusi Gabungan Badan NGO Malaysia, Md. Radzi Daud berkata, dalam apa jua keadaan, sebagai orang Melayu, perlu ada adab dan bukan budaya orang Melayu mengaibkan pemimpin sendiri.

''Kalau kita tidak hormat pemimpin, kepada Perdana Menteri, bermakna kita tidak menghormati keputusan yang telah dipersetujui sebelum ini iaitu pelan peralihan kuasa.

''Justeru, tunggu sahajalah masanya (2010) dan biar keadaan tenang apabila penyerahan kuasa dilakukan secara baik,'' katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Gabungan Badan NGO Malaysia yang didaftarkan di bawah naungan Yayasan Aminul Ummah Malaysia dianggotai 150 NGO di seluruh negara.

Kali pertama badan tersebut menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Abdullah ialah pada Program Bersama Perdana Menteri sempena majlis penyerahan memorandum menyokong kepimpinan Perdana Menteri pada 12 Julai lalu bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICD).

Sementara itu Timbalan Presiden Pertubuhan Teksi Malaysia, Shahril Abd. Aziz berkata, gabungan badan tersebut sebenarnya tidak puas hati apabila ada pihak pemimpin dalam UMNO yang menggunakan nama akar umbi kononnya tidak lagi menyokong kepimpinan Presiden UMNO.

''Jangan pakai nama akar umbi dengan mengatakan pelan peralihan kuasa 2010 kepada Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak harus dipercepatkan kerana di peringkat akar umbi, kita masih menyokong penuh kepimpinan Pak Lah,'' katanya.
Beliau berkata demikian kepada Utusan Malaysia ketika ditemui selepas sidang akhbar tersebut.

Shahril berkata, beliau kesal apabila segelintir pemimpin UMNO menggunakan nama akar umbi untuk mencapai cita-cita peribadi mereka.

default

Syukur turun 10 sen -hadiah Raya untuk rakyat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 3 Comments

Selamat Berpuasa

Klik Sini Untuk Dapatkan Kad Hari Raya Anda




KUALA LUMPUR 24 Sept. - Kerajaan mengumumkan harga runcit petrol RON97 dan 92 dikurangkan sebanyak 10 sen iaitu daripada RM2.55 kepada RM2.45 seliter dan RM2.50 kepada RM2.40 seliter, berkuat kuasa mulai esok.- UTUSAN

p/s Bersyukurlah bila kerajaan prihatin kurangkan beban rakyat dengan menurunkan harga minyak. Kalau kita bersyukur, Allah akan tambah nikmat yang diberi, tapi kalau kita kufur nikmat dan tak tau bersyukur kepada Allah, Allah akan tarik balik nikmat yang dia beri.Dengan tiba hari raya hampir menjelang ,boleh balik kampung dengan minyak murah sikit dan dapat pergi beraya di rumah saudara mara.

Kepada pro-pembangkang, sekarang ni minyak dah turun, nak bangkang lagi ke?Kalau nak murah jugak kan, better u all pegi Venuezuella, kan minyak sana murah.. Ataupun korang pegi ja gali minyak sendiri, baru senang nak tentukan kadar minyak. Idea yang bijak!

default

Apabila gila mereka semakin menjadi-jadi

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Dr Novandri Hasan Basri

Berita 'paling gila'. Itulah antara berita utama Utusan Malaysia hari ini.

Dan kenyataan itu daripada Perdana Menteri sendiri apabila ditanya mengenai kewujudan 'orang tengah' Anwar Ibrahim yang sedang berbincang dengan 'orang tengah' Pak Lah mengenai peralihan kuasa BN kepada parti pembangkang.

Penulis pun terkejut dengan berita 'orang tengah' itu yang disiarkan oleh Agence France-Presse (AFP) satu portal media antarabangsa yang terkenal di seluruh dunia.

Yang menimbulkan keraguan ialah bagaimanakah AFP dapat menyiarkan berita itu walau pun ianya tidak dapat disahkan, berat sebelah dan tidak valid ?

Kenapakah agensi luar negeri begitu berminat menyiarkan mimpi Anwar Ibrahim dan sanggup menggadai kredibiliti dan nama baik agensi berita mereka?

Apakah ianya kena mengena dengan 'hubungan istimewa' Anwar Ibrahim dengan beberapa pemimpin luar negeri atau pun pihak tertentu dari Amerika Syarikat (AS)?

Ikutilah :-

PUTRAJAYA 23 Okt: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam, menyifatkan laporan agensi berita asing AFP kononnya wakil beliau dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sudah memulakan rundingan penyerahan kuasa sebagai berita 'paling gila' yang beliau pernah dengar.

Perdana Menteri berkata, agensi berita asing itu sepatutnya berfikir sebelum membuat dan menyiarkan laporan seumpama itu.

"Itu laporan paling gila yang saya pernah dengar. Apa yang buat laporan seperti itu, anda patut fikir dulu sebelum membuat laporan sedemikian," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Ekonomi di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) di sini, semalam

default

Habuan seks =sedekah

on Wednesday, September 24, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




MASYAALLAHHHHHHH..MENGUCAP MENGUCAP..ZINA HANG KATA SEDEKAH !

aku terkejut kenyataan yang tidak beradab serta memalukan umat Islam oleh ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak yang mengaitkan ungkapan “sedekah” dengan pemberian tiga wanita China berhubung dakwaan rasuah yang dihadapinya bersama Exco kerajaan negeri bulan lalu.


"“Kita tak minta, tak cari, Mohamad Imran yang hantar. Serupa juga kalau orang bagi sedekah, awak tak terima ke sedekah itu?’’ ujarnya."

Pemuda UMNO Perak

Ketua Pemuda UMNO Perak, YB Zainol Fadzi Paharuddin menyarankan ahli PKR tersebut, Fairul Azrim Ismail, 30, bertaubat dan beristghfar serta kembali kepada landasan Islam yang sebenarnya.

Menurutnya, sebagai orang Islam individu berkenaan seharusnya faham dan sedar ungkapan yang digunakan itu yang secara terang-terangan memalukan umat Islam.

"Kita mintalah ulama-ulama Pas memberikan nasihat dan mentarbiyyah individu berkenaan. Janganlah pula selepas ini ulama-ulama Pas terbabit mencari dalil dan alasan yang sewajarnya untuk menutup perkara berkenaan.

"Pengakuan secara jujur telah keluar daripada mulut individu berkenaan. Maknanya benarlah amalan rasuah telah berlaku di dalam sebuah kerajaan yang kononnya mengamalkan prinsip kebenaran dan ketelusan", ujarnya.


"Malah kepada Penasihat PKR sendiri, Datuk Seri Anwar Ibrahim…...pengakuan tersebut merupakan satu kejayaan besar kepada beliau kerana telah berjaya mendidik anak-anak buahnya menjadi berani mengakui perbuatan yang dilarang di dalam Islam. Matlamat menghalalkan cara", katanya dalam satu kenyataan kepada laman webPemuda di sini, hari ini.

Sungguh hebat, tak pernah dalam sejarah dunia seseorang yang melakukan zina menyamakan pula zina dengan sedekah,dalam kes pemimpin komponen Barisan Nasional yang mengaku melakukan hubungan seperti ini juga tidak pernah menyamakan hubungan beliau umpama sedekah. Kalau sebelum ini dituduh fitnah dan konspirasi, sekarang keterangan dari mulut yang dituduh sendiri sudah mengaku akan kejadian tersebut, takkanlah konspirasi sampai termakan pujukan ammoi cina, siap mengaku melakukan hubungan seks.

default

UMNO PP dan Kelantan Sokong Peralihan Kuasa Pak Lah dan Najib

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KOTA BAHARU: Umno Kelantan menyokong penuh penyerahan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak seperti yang dijadualkan pada 2010.Pengerusinya Tan Sri Annuar Musa berkata mesyuarat Badan Perhubungan Umno Kelantan hari ini yang dihadiri hampir kesemua ketua Umno bahagian mencapai kata sepakat mengenai pelan peralihan kuasa itu.

Ketua Umno Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah, yang telah menyatakan hasrat bertanding jawatan Presiden Umno, tidak hadir. Annuar berkata Umno Kelantan akan terus menyokong kepimpinan Abdullah dan Najib agar peralihan kuasa itu berjalan dengan lancar.”Kita mahu Datuk Seri Najib mengambil alih kepimpinan dalam keadaan Umno kuat,” katanya.

Di Pulau Pinang, Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri itu Datuk Seri Abdul Rashid Abdullah, ketika mengulangi sokongan Umno negeri itu terhadap pelan peralihan kuasa berkenaan, menyeru semua pihak supaya menghormati dengan ikhlas keputusan yang telah dipersetujui itu.

Katanya kesemua 13 bahagian Umno di Pulau Pinang juga mengulangi sokongan mereka untuk mencalonkan Abdullah sebagai presiden dan Najib sebagai timbalan pada persidangan perwakilan masingmasing bulan depan.

“Kami di Pulau Pinang sebulat suara terus mempertahankan kedudukan presiden,” katanya

p/s

aku setuju Umno PP menyokong dan mencalonkan Pak Lah dan Najib sbg calon Presiden dan Timbalan Presiden. UMNO PP adalah negeri yg harus di barisan depan menyokong Pak Lah dalam apa2 isu seperti ini .Kita tidak harus biar Pak Lah diserang dan ditekan oleh mana2 pihak terutama dalam UMNO sendiri yang mempunyai agenda sendiri untuk kepentingan diri.

Tahniah kepimpinan negeri diketuai Pak Rashid ,dan ketua2 bahagian yg lain yang bersatu menyokong Pak Lah seperti Hero kita Ahmad Ismail,Syarif Omar,Musa Sheikh Fadzir,Ibrahim Saad,Zain Omar,Abd Jalil Majid terus menyokong dibelakang Pak Lah..

default

Apakah tanpa Pak Lah UMNO bertambah baik ??

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Jangan terlalu ghiarah untuk mendesak Pak Lah meletakan jawatan sebelum Mesyuarat Agung UMNO 2008 kerana Pak Lah punya hak tersendiri untuk menentukan sama ada beliau mahu mengekalkan jawatan sebagai Presiden UMNO atau tidak. Perhubungan UMNO Pulau Pinang dan Kelantan hari ini mengikrarkan sokongan terhadap Perdana Menteri. Jangan hanya kerana dua atau tiga pemimpin yang mendesak Pak Lah untuk mengundurkan diri kita membuat keputusan bahawa itu adalah suara seluruh bahagian.

Tiada sebab Pak Lah perlu mengalah kerana desakan mereka yang gila untuk bertanding seperti Muhyiddin Yassin Tengku Razaleigh Hamzah atau Mukhriz Tun Mahathir mahupun Khir Toyo. Mereka ini punya agenda tersendiri untuk memudahkan laluan mereka untuk merebut jawatan yang mereka pertandingkan. Mereka ini semua gila kuasa sehingga lupa apa yang mereka lakukan adalah satu perbuatan yang diluar batasan ahli UMNO. Alasan yang mereka gunakan untuk menyelamatkan UMNO adalah satu alasan yang dengkil dan hanya merupakan alasan kosmetik. Apakah tanpa Pak Lah dalam UMNO , UMNO boleh mengembalikan kegemilangan UMNO dalam sekelip mata jika UMNO masih mempunyai ahli seperti mereka ini.

Apakah mereka ini lebih baik dari Pak Lah, apakah Tengku Razaleigh lebih baik dari Pak Lah, Apakah Mukhriz dan Khir Toyo adalah lebih baik dari Pak Lah apakah Muhiyuddin lebih baik dari Pak Lah. Adakah lebih baik UMNO memilih orang lain sekiranya Pak Lah mahu berundur sekurang-kurangnya orang yang akan dipilih adalah lebih baik dari mereka ini tidak kurang ajar kepada Presiden Parti. Apa istimewanya Khir Toyo , apa istimewanya Mukhriz, jika mereka dipilih sebagai Ketua pemuda apakah dapat mereka melakukan perubahan dalam UMNO?Jika mereka boleh lakukan kenapa mereka mahu menunggu sampai terpilih sebagai Ketua Pemuda? Kenapa tidak mereka lakukan sekarang,Jika mereka boleh membuktikan bahawa mereka boleh melakukan pasti mereka akan dipilih sebagai Ketua Pemuda nanti.

Apakah istimewa Muhyiddin dan Ku Li , sekali lagi , apakah mereka boleh merubah UMNO setelah menjadi Presiden dan Timbalan Presiden. Jika boleh lakukan kenapa mereka tidak merubah UMNO dari sekarang , kenapa mahu menunggu bila jadi Perdana Menteri yang baru dan Timbalan Perdana Menteri yang baru,? Matlamat perjuangan mereka hanya lah mahu menjatuhkan Perdana Menteri , lepas Perdana Menteri jatuh mereka akan menggantikan Perdana Menteri , sekali lagi kita persoalkan , apakah mereka boleh menjadi Perdana Menteri yang lebih baik dari Pak Lah mahupun Naijib Tun Razak. Apa yang kita dengar dari mereka sekarang hanyalah Pak Lah berundur, Pak lah cepat berundur. itu saja yang kita dengar dari mereka.

Apakah pencapaian Khir Toyo - Tanyalah diri sendiri akan pencapaian Khir Toyo di Selangor ? Apakah beliau dikagumi oleh rakyat Selangor, mengapa Selangor tergadai. Salah siapa ? Jika beliau mempunyai pantadbiran yang baik walaupun betapa serangan media terhadapnya tentu sekali beliau tidak akan tewas dan terlepas negeri Selangor ke tangan pembangkang. Jika jawapannya itu adalah senario politik dan tuntutan politik masa ini , kenapa N Sembilan , Melaka , Johor , Pahang , Sabah dan Sarawak masih dalam gemgaman BN. Kerusi MB Selangor sememangnya sentiasa panas, tetapi MB yang lalu tidak mengadai Selangor ke tangan pembangkang. Apakah beliau layak untuk mendesak Perdana Menteri untuk meletakkan jawatan.Layakkah kita menyokong politikus sebegini yang tinggal nyawa ikan untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan?

Apa pula track rekod Mukhriz yang baru setahun jagung dalam arena politik mendesak Pak Lah meletakkan jawatan , Beliau sendiri gagal untuk memenangi kerusi ketua Pemuda Umno di Bahagian sendiri. Apakah jasa beliau kepada UMNO lebih besar dari jasa Pak Lah , apa hak beliau selaku Ahli Parlimen dan hanya exco pemuda untuk mendesak Pak Lah meletakkan jawatan, Mukhriz adalah boneka Tun yang sememangnya tidak lagi boleh menerima Pak Lah sehingga sanggup menyeru MCA dan MIC menendang Pak Lah. Baik ke niat Tun ? Sewaktu Tun mengalami krisis ketidakpercayaan orang Melayu dahulu adakah almarhum Tengku Abdul Rahman mencampuri politik Tun, Apa yang tidak di katakan oleh orang Melayu ketika itu , Tun juga hampir didingkir dan hanya memenangi beberapa undi yang tipis ketika menentang Ku Li sewaktu pemilihan UMNO yang lalu.Kalau Mukhriz bukan anak Tun, mungkin Mukhriz telah lama disingkir oleh ahli UMNO. Budak mentah mahu menyinkirkan presiden parti. Ketua Pemuda pun Mukhriz belum tahu mendapat pencalonan yang cukup.

Siapa Muhyiddin Yassin , tidak lebih dari kacang yang lupakan kulit. Pak Lah memberikan beliau tempat yang baik dalam kabinet. Pak Lah memberikan beliau kepercayaan. Kerana sikap tamak , sebagai seorang Naib Presiden sepatutnya Muhyiddin Yassin berdiri teguh bersama Ali Rustam dan Najib . Olah kerana sikap tamak dan ingin menagguk di air yang keruh dengan alasan untuk menyelamatkan UMNO.Keadilan hanya menang satu kerusi Parlimen sahaja pada tahun 2004 , Pas tidak pernah menang besar , Dap pernah kalah teruk,mereka selamatkan parti mereka bukan dengan menyingkir Presiden mereka. Mengapa UMNO yang tidak kalah dan masih menjadi pemerentah mahu menyingkir Presiden mereka. Mengapa mereka tidak mencari kesilapan parti tetapi hanya menyalak mahu menyingkirkan presiden, sebab mereka mahukan tempat berkenaan , Mujur Najib matang tidak gila kuasa macam mereka. Itu pun Najib dihetam kerana bersikap matang, Inilah kualiti yang kepimpinan yang kita mahukan.Apakah Muhyiddin selaku front liner tidak bersalah ketika kita tewas lima negeri , Apakah sewaktu mesyuarat MT Muhyiddin di kecualikan dan tidak bertanggungjawab membuat segala keputusan,

Mengapa tidak desak untuk singkirkan Muhyiddin sekali. Mukhriz tidak bertanggungjawab kerana dia hanyalah exco pemuda sahaja tidak ada peranan dalam UMNO.Ku Li juga tidak bertanggungjawab kerana beliau hanya ahli Parlimen sahaja di Gua Musang tempat tradisional . Sekali - sekali balik gua musang bawa tembakau berikan kepada orang asli, cukup sudah untuk terus menjadi ahli parlimen yang baik. Apa perlu memikirkan untuk memenangkan Kelantan , itu tugas Anwar Musa dan Awang Adik. Kalau Selangor masih di tangan BN , Tidakkah kita masih kuat ? itu saja komen penulis mengenai tanggungjawab Khir Toyo.

Atas dasar tanggungjawab Pak Lah merangkakan peralihan kuasa, itu juga mereka tidak puas hati, Mereka mahukan Pak Lah ditendang segera.Baik kah pemimpin ini ? Terus terang saya katakan ,tanpa Pak Lah UMNO tetap sebegini ataupun akan menjadi tambah buruk lagi kerana niat dan nawaitu pemimpin UMNO yang gila kuasa. Lepas ini Najib pula jadi sasaran. sehinggalah Mukhriz naik menjadi Perdana Menteri selepas Muhyiddin menjadi Perdana Menteri , barulah akan senyap seketika kerana Mukhriz akan memerentah selama 22 tahun dan jika waktu zaman Tun UMNO berpecah sebanayak 3 kali mungkin di zaman Mukhriz UMNO akan berpecah lagi 3 kali dan terpaksa pula menubuhkan satu lagi UMNO paling baru dan Mukhriz sebagai ahli yang pertama dan isterinya ahli yang kedua.

Apakah salahnya mereka hanya berdiri teguh di belakang Presiden dan Timbalan Presiden dan kuatkan kembali UMNO. Sudahlah kita akui kita sekarang ini lemah, di tambah pula dengan mereka ini melemahkan UMNO lagi dari dalam. Mujur masih ramai yang sayangkan UMNO dan berdiri teguh mempertahankan kubu dan benteng UMNO dari ketirisan diserang oleh Anwar Ibrahim. Apakah mereka ini semua tidak kecewa apabila BN tewas di lima negeri, mereka ini juga kecewa tetapi mereka lebih matang mengutip tulang tulang yang berterabur dan mendirikan kekukuhan UMNO dibelakang Pak Lah , jika mereka ini semua berperangai macam geng pendesak ini UMNO sudah lama berkubur dan 916 kita akan berputih mata,

Walaupun ahli parlimen dari Sabah lantang menghantam kepimpinan pusat mereka mendesak hebat tetapi mereka kemabli bersatu apabila UMNO diserang musuh. Kami terharu dengan semangat mereka dari Sabah dan Sarawak yang berdiri menjadi benteng menguatkan kubu UMNO. Anifah Aman dan Ghafur yang kecewa dengan perlantikan mereka sebagai timbalan menteri , bangun mempertahankan benteng UMNO apabila UMNO dalam kemelut, Mereka meninggalkan negeri Sabah , Sarawak turun berkempen di Permatang Pauh, menyatukan barisan dan membuktikan perpaduan , mata ini sendiri menyaksikan Bung Mokhtar bermandi peluh berkempen. Tidakklah kita kecewa mendengar keyataan akhbar Mukhriz sebaik sahaja tamat pilihanraya kecil Permatang Pauh. “Saya yakin mendapat pencalonan yang cukup apabila bertemu akar umbi pemuda di Permatang Pauh kerana mereka berjanji untuk mencalonkan saya’ jika sebelum ini Mukhriz tidak yakin akan di calonkan.

Pembaca fikirkanlah apa yang penulis mahu sampaikan , Khir Toyo dan Mukhriz kemudian menyatakan kekalahan di Permatang Pauh membayangkan rakyat tidak percaya lagi kepada Presiden Parti. Permatang Pauh tidak membuktikan apa-apa dan tidak mewakili rakyat seluruh Malaysia. Jika G.Bush menentang Anwar di Permatang Pauh pasti Bush pun akan kalah.Kehadiran Khir Toyo dan Mukhriz di Permatang Pauh hanyalah sekadar menunggu masa untuk mahu bertepuk tangan dan menyalahkan Perdana Menteri dan Khairy Jamaluddin sedangkan mereka sendiri menjadi saksi dan faham mengapa kita kalah di Permatang Pauh.

Sekurang-kurangnya Khairy menunaikan tanggungjawab beliau sebagai Naib Pemuda UMNO walaupun beliau tahu akan menghadapi cemuhan sekiranya BN tewas di Permatang Pauh. Khairy boleh buat tidak tahu sahaja jika tidak mahu dipersalahkan atau tidak mahu dicemuh atau pun Khairy juga boleh ambil kesempatann ini untuk berkempen seperti yang mereka lakukan. Cemuhan tetap akan diterima juga. Tetapi inilah tanggungjawab dan bagi Khairy , tiada jalan lain , tanggungjawab perlu diutamakan. lebih baik Khairy berdiri di atas pentas tetapi ikhlas dan sanggup memikul tanggungjawab kekalahan daripada berdiri di atas pentas dengan niat yang tidak ikhlas dan lari dari tanggungjawab dan menyalahkan orang lain kerana kekalahan bersama.

Kekalahan BN di permatang Pauh adalah kekalahan BN dan bukan Khairy atau Pak lah sahaja yang salah dan Khir Toyo dan Mukhriz tidak salah, Berhentilah menunding jari kepada orang lain atas kelemahan kita bersama.UMNO lemah adalah kerana semua pemimpin dan ahli nya, Khir Toyo , Muhyiddin , Mukhriz , Ku Li juga bertanggungjawab. UMNO bukan Pak Lah dan bukan Khiary , UMNO adalah kita. Janganlah hanya kerana mengejar jawatann kita perlu menyalahkan dan menyingkir orang lain, Kerana suatu hari kita juga akan disingkir seperti apa yang kita lakukan,

Apa yang mereka sebenar mahukan? Jika mereka katakan biar ahli akar umbi dan bahagian yang tentukan. Biarlah bahagian dan ahli akar umbi yang tentukan , Kenapa menyalak sekarang , Mesyuarat Bahagian hanya bermula pada 9 Oktober sehingga 9 November, tunggulah 9 November yang tentukan. Mengapa tak habis-habis menyalak. Jika mahu Pak Lah berundur , Pak Lah sudah pun mahu berundur, sabar sahaja, jika alasan tidak sempat mahu membuat persedian unntuk PRU 13 , buatlah sekarang , kalau asyik menyalak , macam mana nak bersedia. Hentikan salakan , mulakan kerja.

kpmu.net

default

Pemuda perlu jadi wadah generasi muda-KJ

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


ALOR STAR: Pemuda Umno tidak boleh dilihat eksklusif untuk ahli pergerakan itu saja, sebaliknya perlu menjadi wadah untuk perjuangan seluruh generasi muda negara, kata Naib Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin. Bagi mencapai matlamat itu, beliau berkata, Pergerakan Pemuda Umno perlu memantapkan hubungan dengan ahlinya pada peringkat akar umbi, sesama ahli Pemuda komponen Barisan Nasional (BN) dan generasi muda di luar parti.

“Pemuda Umno perlu bergerak di atas tiga teras ini bagi memastikan ia terus menjadi wadah perjuangan semua pihak dan bersifat inklusif.

Hanya dengan merapatkan jurang antara cawangan dan Pusat, ahli Pemuda Umno pada peringkat akar umbi akan berasa mereka diperkasakan menerusi semangat setia kawan.

“Bagi Pemuda Umno dan BN pula, kita nampak hubungan itu perlu diperkukuhkan lagi kerana pada masa ini kelihatan longgar sedikit disebabkan isu seperti perkauman.

“Perlu ada satu perjanjian baru di antara Pemuda Umno dan BN untuk melihat bagaimana hendak menangani isu itu dengan cara yang berhemah,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan program Nur Ramadan kepada 116 warga emas, ibu tunggal dan orang miskin di Masjid Hidayatul Solihin di sini, semalam.

Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata Pemuda Umno juga perlu mendekatkan diri dengan golongan muda di luar parti itu supaya dilihat sebagai wadah perjuangan seluruh rakyat.

Khairy adalah antara empat calon yang setakat ini menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda Umno pada pemilihan parti Disember ini.

Sementara itu, ketika berucap pada majlis sama, Khairy juga meminta ahli Pemuda Umno mendampingi generasi tua termasuk memberikan bantuan kepada yang memerlukan sebagai mengenang jasa mereka ketika perjuangan menuntut kemerdekaan.

“Tidak kira sama ada kita (Pemuda Umno) berada di negeri diperintah pembangkang, kita perlu terus memberikan perkhidmatan kepada rakyat.

Pemuda perlu sentiasa bersedia untuk membantu rakyat terutama warga emas, ibu tunggal dan orang miskin,” katanya.

p/s semakin rancak juga YB KJ ke sana sini dlm bulan Ramadhan al mubarak ini..Alhamdulilah dalam bulan yg penuh keberkatan ini kita harus membuat banyak amalan kebajikan selain berkempen juga.

default

Teresa KOK cetus kontroversi lagi '' dog food ''

on Tuesday, September 23, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Dakwaan Teresa Kok pasal makanan anjing: Antara ‘ similar to’ dan ‘ slightly better’….

Mungkin pakar bahasa dan pakar terjemahan perlu campurtangan untuk memberi pengertian dan pemahaman yang betul kepada Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok tentang perbezaan maksud dua ayat ini.

Kalau diteliti pada klip video yang ditayangkan balik oleh berita TV3 semasa sidang akhbarnya selepas dibebaskan dari ISA pada 19 September,yakni ketika menyentuh tentang soal makanan Teresa jelas berkata: “ I can tell the food is worst……errrr….maybe similar to dog food”.

Terjemahannya ialah : “ saya dapat beritahu makanan itu teruk…err…mungkin sama seperti makanan anjing”

Soal ini telah menjadi kontroversi terbaru antara Teresa dengan Utusan Malaysia bila beliau menafikan laporan akhbar itu yang beliau ada kata ia seperti itu.

Dalam sidang akhbar Isnin Ahli Parlimen itu mendakwa beliau sebaliknya berkata makanan itu “ slightly better than dog food”

‘‘Saya cakap dalam sidang akhbar bila wartawan tanya saya macam mana layanan saya di lokap. Saya cakap bilik saya ditahan kecil, iaitu 6 X 8 kaki (1.8 x 2.4 meter) dan makanan tidak sedap, slightly better than dog food .


‘‘Tetapi dalam Utusan Malaysia mereka tulis saya kata ‘makanan anjing’. Mereka sekali lagi putar belit kenyataan saya.

‘‘Saya bukan mahu perbesarkan isu ini, tetapi ia bertujuan untuk kebaikan dan perbaiki keadaan (tahanan) sekiranya ISA terus digunakan, manakala Utusan Malaysia sekali lagi mahu memburukkan imej saya,” katanya.

Sebagai rekod nyata sekali apa yang dinyatakan oleh Teresa semasa sidang akhbar 19 September dengan 22 September adalah dua maksud yang berbeza.Satu bermaksud ' sama seperti" dan satu lagi " baik sikit ".

Sebelum itu Teresa dikunjungi oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri T Murugiah di pejabatnya di Shan Alam untuk mendengar sendiri tentang isu makanan semasa dalam tahanan ISA itu ekoran kontroversi dakwaannya itu.





Sementara itu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Syed Hamid Albar memberitahu para wartawan di Kota Bharu bahawa punca utama Ahli Parlimen Seputeh itu menyifatkan makanan yang diberikan kepadanya ketika ditahan ISA seperti makanan anjing ialah kerana terpaksa makan menggunakan tangan.



Beliau merumuskan demikian setelah dimaklumkan bahawa Ahli Parlimen itu terpaksa menggunakan tangannya selepas permintaannya untuk mendapatkan sudu, garpu dan penyepit tidak dibenarkan oleh pengurusan penjara.



Menurut beliau, pengurusan lokap dan penjara di negara ini mengikut standard yang menepati piawaian antarabangsa iaitu tahanan tidak akan diberikan alatan itu atas alasan keselamatan.



"Apabila kena makan dengan tangan, tidak menyamakan makanan itu dengan makanan anjing kerana anjing tidak makan telur dan roti. Orang Melayu pun makan dengan tangan, apa masalah dia ni.

"Kita melayan manusia sebagai manusia dan tidak pernah sebaliknya sebelum ini, dan ia adalah menepati prosedur standard operasi (SOP) antarabangsa," katanya.

Syed Hamid berkata, jika Teresa mempertikaikan akhbar Utusan Malaysia maka beliau sepatutnya mencari maklumat mengenainya daripada akhbar itu.

"Saya fikir pihak akhbar jika dia melaporkan sesuatu mereka mempunyai sumbernya yang boleh dipercayai, lagi pun kenyataannya (makanan anjing) dulu telah keluar dalam televisyen dan semua orang telah mendengar dan menyaksikannya,'' katanya.

Beliau menyifatkan Teresa seperti manusia talam dua muka kerana semasa dibebaskan daripada ISA, dia telah memuji polis yang memberikan layanan baik terhadapnya.

"Satu hari dia cakap benda lain, hari lain pula cakap benda lain, apabila berjumpa dengan ketua dia cakap benda lain pula, apa yang penting polis telah jalankan tugas dengan betul dan sempurna.

"Usah memperbesarkan benda ini kerana dia dah cakap dalam televisyen, semua orang dengar dan boleh nilainya sendiri,'' katanya.- 22/9/2008

p/s Jelas teresa kok cakap pusing dan dia tidak sedar dia cakap ada sidang media itu dirakam .Jangan salahkan media jika orang tulis apa yg you cakap di sidang akhbar.Tindakan dia menyamakan makanan dalam tahanan spt makanan anjing telah membuat orang sakit hati dengan tuduhan tidak berasas itu .Kredibliti pasukan polis juga tercemar angkara keceluparan mulut seorg YB dan Exco Kanan kerajaan Pakatan Rakyat .Sebelum kita tidak mendengar pun orang masuk lokap membuat aduan makanan tidak sedap dan sama seperti makanan anjing. Jelas ini adalah ada agenda tertentu untuk memburukkan kerajaan .

default

Fairus mahu saman Siasah

on Saturday, September 20, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Fairus Khairuddin mahu mengambil tindakan undang-undang tabloid Siasah yang mendakwa 'beliau terlalu malas untuk turun padang'.

Timbalan pengerusi PKR negeri itu berang dengan tabloid mingguan itu yang menyiarkan komentari tersebut minggu lalu, yang didakwanya telah menjejaskan kedudukannya.

"Tabloid itu hanya menyiarkan komentari tanpa menyemak kesahihan maklumat yang diterima dari sumber-sumbernya," kata Fairus yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Penanti, kepada Malaysiakini.

"Sekurang-kurang ia patut menghubungi saya dan turut menyiarkan penjelasan saya. Ia satu percubaan untuk memburuk-burukkan kredibiliti, maruah dan integriti saya," katanya.

Fairus berkata, peguamnya sedang menyiapkan dokumen untuk mengambil tindakan undang-undang tersebut.

Komentari Siasah itu dikatakan telah mendorong penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Fairus kerana "tidak melawat kawasan pilihanrayanya untuk menemui rakyat dan menyelesaikan masalah mereka".

Walaupun Anwar menimbulkan perkara itu dalam mesyuarat tertutup pemimpin PKR negeri hujung bulan lalu, tetapi ia telah dibocorkan dan dilaporkan secara meluas dalam akhbar tempatan.

Beliau percaya ia dibocorkan kepada akhbar oleh individu-individu tertentu dalam PKR yang mempunyai agenda tersembunyi.

"Laporan akhbar-akhbar berkenaan memberi gambaran seolah-olah Anwar dan pemimpin lain parti itu tidak menyenangi saya dan gaya saya.

"Pihak akhbar telah memberi gambaran yang salah sama sekali tentang diri saya," tambahnya.

Beliau turut membidas pihak media kerana tidak menyiarkan kerja-kerja yang telah dilakukannya di kawasan pilihanrayanya sejak enam bulan lalu.

Fairus berkata, beliau telah melaksanakan lebih 10 projek kecil dan projek kebajikan di kawasan pilihanrayanya, serta turun padang membantu penduduk yang terjejas dengan banjir baru-baru ini.

Bagaimanapun, katanya, semua itu tidak mendapat perhatian pihak akhbar.

"Saya percaya beberapa individu cemburu dengan kejayaan saya pada usia yang muda.

"Jadi, mereka mengada-adakan cerita untuk memburuk-buruk saya," katanya.

(dalam PKR sendiri pun ada yg cemburu dengan beliau )


Beliau bagaimanapun tidak menamakan mereka yang terbabit dalam kontroversi tersebut.

Fairus yang dianggap sebagai 'orang harapan Anwar', dilantik sebagai timbalan ketua menteri 1 dalam pentadbiran ketua menteri Lim Guan Eng selepas pilihanraya umum Mac lalu.

Khabar angin tersebar Julai lalu bahawa Fairus tidak sehaluan dengan Anwar dan berhasrat untuk meletakkan jawatan timbalan ketua menteri.

Fairus bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan mengecam mereka yang menyebarnya.klik di sini

malaysiakini.com

p/s Harap Fairus selaku Presiden FAP settle kan gaji pemain PP secepat mungkin .Kesian sudah berapa bulan tidak dapat gaji ,nak byar duit rumah,kereta dan nak raya pulak ni .

default

23 Sept pulak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


1. 24 SEPTEMBER 2008 - adalah sebutan semula kes liwat Anwar di Mahkamah. Dan Anwar terkejar-kejar untuk membuat apa jua kaedah untuk merampas kuasa. Tidak berjaya 916, Anwar mencuba untuk bertemu Perdana Menteri, namun kebijaksanaan Pak Lah tidak perlu jumpa Anwar kerana Surat Anwar Rupa-Rupanya tiada berkenaan peralihan kuasa, hanya berkenaan masalah-masalah negara dan cadangan-cadangannya. Begitulah bijaknya Anwar cuba untuk menguasai minda rakyat yang teripu setiap hari.

2. Kemudian Anwar membawa mencadangkan supaya dibuat persidangan tergempar Parlimen untuk membuat undi tidak percaya kepada Perdana Menteri. Dua bulan dahulu sudah dibuat di Parlimen tetapi ahli-ahli PAS pun menolak usul itu, malah Speaker Parlimen tidak membenarkan usul itu.

3. Bila PM kata tak perlu ada pertemuan dengan Anwar, Anwar membuat spekulasi kepada dirinya sendiri, bahawa mungkin dia akan ditahan ISA, dia minta dia tidak ditahan ISA. Dalam jawapan, PM berkata dia tidak pernah sebut pun untuk menahan sesiapa dalam ISA, batangkali orang yang bercakap itu rasa dirinya membuat kesalahan sebab itu dia menghukum dirinya sendiri, sebelum benar-benar ditangkap.

4. Sebelum itu, Anwar bercadang untuk ke Istana membawa senarai nama MP BN yang henda melompat kepada DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong. Penulis menghubungi rakan di Istana, ternyata ia hanya mainan Anwar untuk menjaga hati dan sokongan pengikutnya. Tidak ada apa-apa program tukar kuasa di istana negara, semua program berjadual diteruskan seperti biasa.

5. Semalam di TV, Profesor Fadhil daripada Ahli Lembaga Kaunseling menyatakan ada banyak sebab sesorang jadi gila. Antaranya bila tak dapat seseorang gadis yang diminati, dia akan salahkan semua orang sehingga wujud simptom-simtom gila, bercakap sendiri, tiak mendngar kata-kata orang, menganggap dirinya sahaja benar, sama juga kata Prof Fadhil, orang yang gila kuasa, bila tak dapat kuasa akan meroyan, bercakap sendiri, bertindak yang gila-gila sehingga jadi gila. Nak tanya Prof Fadhil, siapa akan jadi gila?

6. Hari ini, Presiden PAS mengingatkan ahli-ahli PAS jangan terbawa-bawa dengan usaha membentuk kerajaan baru sehingga sangup mengetepikan ideologi parti PAS untuk menubuhkan Negara Islam. Pengamatan penulis, ini ingatan kepada Anwar, PKR dan DAP,,

7. Kita tengok Pendirian Anwar dalam Kes YB Zulkifli VS Bar Council. YB Zulkifli mempertahankan kesucian agama Islam. Bar Council mempertahankan Hak Asasi Manusia termasuklah orang nak murtad tak bleh halang dsbnya. KIta tengok Hukuman yang akan diberikan oleh Lembaga Disiplin PKR ke atas YB Zulkifli. Kita tunggu dan lihat Anwar akan sokong Islam atau Sokong Bar Council.

default

KJ umum bertanding Ketua Pemuda Umno Malaysia "Setiakawan"

on Wednesday, September 17, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Naib ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin hari ini mengumumkan secara rasmi menawarkan diri untuk bertanding jawatan ketua Pemuda Umno Malaysia. Beliau akan meneruskan kesanimbungan perjuangan pemuda UMNO Malaysia yang akan dikosongkan oleh Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein Onn.

Khairy yang sebelum ini meyatakan bahawa beliau akan mendapat pandangan dari suara akar umbi sebelum mengumumkan bertanding dikatakan mempunyai pontensi yang kuat untuk memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO memandangkan beliau amat berpuas hati dengan suara dari akar umbi yang mahukan beliau bertanding untuk mengisi kekosongan kerusi Ketua Pemuda UMNO.

Beliau membuat pengumuman di pusat khidmat ahli Parlimen Rembau di Chembong petang ini. Majlis itu diadakan khas untuk beliau mengumumkan menawar diri bertanding jawatan tersebut. Turut hadir ialah 40 Ketua Pemuda Umno bahagian dari seluruh negara untuk menyatakan sokongan kepada Khairy.

Turut bertanding merebut kerusi ini, ialah Bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Khir Toyo, Datuk Mukhriz Tun Mahathir dan Datuk Zahidi dan Daruk Azimi Daim.

Hadir sama ialah lima ketua Pemuda negeri dari Perlis, Wilayah Persekutuan, Sabah, Perak dan Negeri Sembilan. selepas pengumuman berkenaan Khairy terus berlepas ke Melaka untuk program Nur Ramadhan.

p/s Selamat Bertanding KJ .Sokongan agak kuat juga diterima oleh KJ dari Ketua2 Pemuda Bahagian di seluruh negeri dan juga semestinya dari kawasan penulis iaitu Pemuda Permatang Pauh .Permatang Pauh adalah kawasan anak angkat Dato Seri Hisyamuddin dari dahulu lagi dan memang mendapat sokongan kuat Pemuda UMNO.

default

PM tukar portfolio dengan Najib- apa tandanya ???

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi umum timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak akan ambilalih jawatannya sebagai Menteri Kewangan berkuatkuasa sertamerta. Abdullah pula akan ambilalih jawatan Najib sebagai Menteri Pertahanan. Beliau mengumumkan demikian dalam sidang akhbar di Putrajaya.


Dalam sidang akhbar itu Abdullah juga umum beliau dan Najib akan tetap mengikut tempoh peralihan kuasa pada 2010 yang ditetapkan sebelum ini. Bagaimanapun Abdullah kata beliau mungkin lepas jawatan lebih awal dari 2010 bergantung kepada prestasi Najib.klik di sini

Datuk Seri Nazri Aziz akan isi portfolio undang-undang berikutan perletakan jawatan Datuk Zaid Ibrahim semalam. Nazri sebelum ini cuma pegang portfolio Menteri Di Jabatan Perdana Menteri yang jaga urusan Parlimen Malaysia. Ketika hubungi Agendadaily sejurus pemgumuman dibuat oleh Perdana Menteri Nazri berkata beliau akan meneruskan usaha pembaharuan sistem perundangan negara. Katanya reformasi itu adalah idea Perdana Menteri bukan Zaid. Beliau juga tidak merasa satu beban kena pegang dua portfolio serentak.

default

Anwar Bohong Rakyat dan ancaman kepada negara -PM

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Sungguh menghairankan.Surat hitam putih ada. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengaku ada terima surat dari Datuk Seri Anwar Ibrahim itu.

Soalnya di sini ialah kandongannya.

Penasihat PKR itu boleh buat selamba dakwa kandongan surat itu antara lain bertujuan hendak mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri bagi membincangkan proses peralihan kuasa secara aman setelah kononnya barisan pembangkang mempunyai cukup bilangan Anggota Parlimen untuk membentuk kerajaan baru.

Anwar cakap hal ini dalam ucapannya pada majlis sambutan Hari Malaysia di stadium Kelana Jaya,Selangor Isnin malam.

Katanya barisan pembangkang sudah menghantar surat kepada Perdana Menteri yang ditandatangan beliau, penasihat DAP, Lim Kit Siang serta Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang.

Siang tadi (Isnin) wakil PAS, PKR dan DAP sudah ke Putrajaya ke pejabat PM dan serah surat minta pertemuan segera. Kita minta perundingan ini, kerana kita mahu perubahan ini dibuat dengan aman dan teratur.


“Kenapa saya dan ketiga-tiga kami berani menulis dan menandatangani surat bincang masa depan negara?...Ini kerana kita sudah ada jumlah yang cukup dan sedia,” katanya.

Sebaliknya Selasa semasa bercakap pada sidang akhbar pada majlis penyampaian dermasiswa dan sumbangan Hari Raya Aidilfitri di Dewan Seri Endon Yayasan Budi Penyayang di Kepala Batas,Perdana Menteri menjelaskan surat berkenaan bukannya berhubung peralihan kuasa.

Perdana Menteri berkata surat itu adalah berkaitan dengan situasi dalam negara dan perkara-perkara umum.

"Tidak ada satu surat pun yang dihantar yang berkaitan dengan pemindahan kuasa.

Dia hantar surat tentang hal-hal umum yang berkaitan dengan situasi dalam negara," katanya.



Mengulas dakwaan Anwar yang mendakwa mempunyai senarai 31 nama Anggota Parlimen Barisan Nasional yang akan melompat ke Pakatan Rakyat, Abdullah berkata: "Kalau dia ada dia boleh beritahu, biar semua rakyat tahu, biar semua pengundi tahu ( kepada pengundi dikawasan-kawasan dimana Ahli Parlimen BN didakwa nak lompat berkenaan ) apa yang telah dia lakukan kepada calon-calon mereka ," kata Perdana Menteri.

Abdullah berkata beliau tidak akan mengadakan pertemuan dengan Anwar untuk berbincang kerana "kalau dia jumpa saya pun nanti mungkin dia buat cerita yang lain."

"Nanti dia kata saya telah setuju tentang itu, tentang ini. Itu adalah tujuan dia mempopularkan diri dia. Saya tidak perlu jumpa dia," katanya.- 16/9/2008


Anwar kini ancaman ekonomi dan keselamatan negara

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim kini sudah menjadi satu ancaman kepada ekonomi dan keselamatan negara.

Perdana Menteri berkata tindak tanduk Anwar selama ini bukan sahaja menjejaskan kestabilan politik tetapi juga kestabilan ekonomi.

“Ekoran tindak tanduk Anwar itu, terdapat pengurus dana yang membuat laporan kononnya Malaysia bukan tempat yang baik untuk membuat pelaburan kerana suasana politik negara yang tidak menentu,” katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya di sini hari ini.

Ditanya mengenai tindakan yang bakal diambil oleh kerajaan terhadap Anwar ekoran ancaman tersebut, Abdullah berkata kerajaan akan melakukan apa yang perlu.

Abdullah berkata Anwar telah banyak membuat pembohongan mengenai kedudukan ekonomi negara termasuk kononnya tiada kemasukan pelaburan asing langsung (FDI), dan negara tidak mempunyai daya saing.

default

SMS paling kelakar 9/16 & kisahnya

on Tuesday, September 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

*breaking news* Yb Anuar Ibrahem today the 16th Sept 2008, has sworn himself in as the new Prime Minister of M’sia in front of a “picture” of the King at his house in Segambut. The ceremony was witnessed by member of the DAP, PKR and PAS.

Demikianlah sms 9/16 yang diterima bukan sahaja dari seorang pengirim tetapi malah ramai lagi . Sekali gus bererti sms ini sedang beredar untuk “mentertawakan” badut politik negara yang sedang berangan angan mahu menjadi Perdana Menteri.

Malah versi melayu berbunyi begini….. *berita terkini* Yb Anuar Ibrahem petang ini 16 Sept 2008 selamat mengangkat sumpah sbg Perdana Menteri M’sia yang baru di depan "gambar" Yg Di Pertuan Agong dlm rumahnya di Segambut. Majlis ini turut disaksikan oleh ahli ahli DAP, PKR dan PAS.

Sakit perut ketawa sakan la..hehe itulah angan2 seorang mat jenin,pemimpin gila kuasa,badut politik yang mahu merampas kuasa dan mandat rakyat untuk kepentingan peribadi .


KRONOLOGI PELAKON TERBAIK FILEM 9/16

Ini merupakah beberapa contoh, bagaimana apabila beliau berhujah dan memberi keterangan, isi-isi yang dibentangkan hari ini tidak sejajar dengan apa yang dikatakan sebelum ini dan mungkin akan datang. Dan ini membawa kita kepada isi penting artikel kali ini, tanggal 16hb September. Tarikh yang begitu keramat kepada PR khususnya PKR lebih khusus kepada saudara Anwar sendiri.

Tapi apa yang dinantikan datang dan pergi, berikut merupakan lagi beberapa kenyataan Anwar sebelum dan semasa diambang 16 Sept,
Kita sudah ada jumlah (wakil BN yang akan melompat kepada Pakatan), dan kita telah bersedia. Hari ini 16 September, esok 17 September, kita bersedia membentuk kerajaan



- Anwar Ibrahim 15/09/2008

Begitu yakin sekali bukan? Tetapi apabila tiba tarikh 16 Sept? Apa pula alasan beliau?
Saya bukan mahu memberi alasan. Kita ada jumlah yang mencukupi. Kita boleh dan bersedia untuk melakukannya. Jika selepas beberapa hari, tidak ada respons, pemimpin Pakatan akan bertemu dan menentukan tindakan selanjutnya. Saya percaya beliau akan bertemu dan kita perlu menunggu hari ini atau esok.



- Anwar Ibrahim 16/09/2008

Nampaknya Anwar memberi peluang pula kepada PakLah supaya menyerahkan kuasa pula? Dilaporkan juga Anwar telah memberi senarai nama-nama mereka yang bakal lompat kepada PakLah. Apa yang saya hairan, jikalau benar beliau mempunyai jumlahnya, mengapa tidak siarkan sahaja kepada media? Bukankah selepas mengambil alih, nama tersebut akan dipaparkan juga? Lucu bukan? Nampaknya tertangguh lagilah pelan perangcangan impiannya menjadi PM ke-6.


Rasulullah SAW pernah bersabda

Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan. Pertama, apabila berkata-kata ia berdusta. Kedua, apabila berjanji ia mengingkari. Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan) ia mengkhianatinya
- HR Bukhari dan Muslim

Ciri-ciri Orang Munafik:

-Apabila berkata maka dia akan berkata bohong/dusta.
-Jika membuat suatu janji atau kesepakatan dia akan mengingkari janjinya.
-Bila diberi kepercayaan/amanat maka dia akan mengkhianatinya.



Jika sesorang itu mempunyai ciri-ciri seperti yang disebut oleh Rasullullah, maka kita boleh memanggil orang itu seorang yang munafik! Persoalannya, sanggupkah kita berjuang untuk orang munafik? Sanggupkah kita bersekongkol dengan orang munafik? Sanggupkah kita angkat seorang munafik menjadi pemimpin kita? Fikirkanlah dengan masak-masak.KLIK DI SINI


Dan janganlah mentaati orang-orang yang tidak percaya, dan orang-orang munafik

- al-Ahzab:48

default

Ujian Paling Getir buat Pak Lah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PERDANA Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menghadapi ‘ujian’ paling besar dalam karier politiknya sekarang.

Sebagai seorang tokoh politik berpengalaman, tentunya beliau mempunyai cara tersendiri menangani isu ini tetapi sebagai rakyat dan penyokong kestabilan politik negara, rakyat mestilah bersama-sama Perdana Menteri kerana, hari ini beliau dilihat begitu ‘lemah’ tetapi jangan lupa, orang inilah yang pernah membawa kejayaan paling besar dalam sejarah BN, ketika keputusan Pilihan raya Umum ke 11, 21 Mac 2004 diumumkan dahulu.

Ketika beliau membawa kejayaan, semua orang mahu mengaku bahawa ‘inilah pemimpin kita’ tetapi apabila beliau dilihat membawa BN ke arah sedikit kelemahan, maka desakan peralihan kuasa berkumandang.

Apa yang menyedihkan, Umno yang selama ini penuh hemah ketika bercakap soal peralihan kuasa sudah bertukar menjadi ‘ganas’ dan tidak langsung beretika. Ketika BN kuat diserang musuh (baca: pembangkang), rakan-rakan Pak Lah dalam kabinet kelihatan tidak bersatu.
Kenapa jadi begini? Ia bukan terjadi dengan sendirinya tetapi kerana masing-masing ‘merasakan lebih senang menentang Pak Lah dari menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim’.

Itulah sebabnya, Anwar yang ‘menentang’ BN tidak diserang dan didesak, sebaliknya Pak Lah yang bekerja siang malam, membangunkan negara dan menunaikan janji kepada rakyat, seperti manifesto BN dalam PRU 11 dan 12, ‘diancam’ dengan pelbagai ancaman.

Para anggota MT Umno sudah ‘kehilangan medan dan forum’ untuk bercakap, menjadi media massa sebagai tempat melahirkan pendapat masing-masing.

Padahal, MT Umno sudah membuat keputusan, yang dipersetujui semua bahawa Pelan Peralihan Kuasa berlaku 2010 dan Kabinet juga sudah dimaklumkan mengenainya.

Macam mana, selepas dua bulan bersetuju, tiba-tiba datang perkhabaran dari Singapura, mengatakan ‘fikirkan semula pelan peralihan kuasa’ ini, sedangkan yang bercakap isu itu adalah anggota cabinet, Naib Presiden Umno dan Pengerusi Jawatankuasa Etika dan Pemilihan parti?
Hari ini, beberapa bahagian dan ada di antara menteri yang sama-sama duduk dalam kabinet sudah menyatakan ‘persetujuan’ supaya ‘difikirkan semula’ pelan tersebut tetapi sedarkan mereka, selama ini rakyat hanya akur dengan apa yang sudah mereka (baca: pucuk pimpinan persetuji bersama) tetapi mereka pula ‘bergaduh sesama sendiri, sekarang!

Apakah akan menjadi tradisi Umno selepas ini, jika BN menang pilihan raya, PM adalah ‘pemimpin kita’ tetapi kalau ada kekalahan, PM mesti didesak undur? Idea siapakah ini? Adakah idea ini idea bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang cukup banyak mengkritik Pak Lah, disebabkan isu ‘jambatan bengkok’ hingga sanggup menjadi alat pembangkang.
Disebutkan sanggup menjadi ‘alat pembangkang’ bukan kerana dia berucap di pentas pembangkang tetapi ucapannya, dijadikan video untuk diedarkan kepada orang ramai, yang tentunya tidak menguntungkan BN dalam pilihan raya yang lalu.

Ketika Pak Lah sibuk mempertahankan BN, masing-masing yang berjawatan, sibuk merancang mahu bertanding jawatan apa dalam pemilihan parti. Cerita ketua bahagian tidak mengagihkan wang peruntukan pilihan raya, bukan rahsia lagi telah menjadikan sebab mengapa tiba-tiba keputusan pilihan raya ‘merudum’.

Masing-masing sibuk menudingkan jari kepada Pak Lah kononnya rakyat tidak menerima kepimpinannya lagi tetapi hakikat sebenarnya, muka-muka yang kalah… boleh mencerminkan wajah mereka sendiri, adakah rakyat menolak mereka atau menolak Pak Lah.

Hari ini, dalam bulan Ramadan, marilah kita fikirkan balik, apakah betul cara kita ‘berjuang’? Menjatuhkan Perdana Menteri dan Presiden Umno, seorang yang cukup dikenali sebagai ‘amat baik dan boleh mengimamkan sholat’ dianggap sebagai ‘hero’ tetapi jika kita mempertahankan kepimpinan, kita dianggap ‘pengampu’?
Mari kita bertanya diri kita sendiri (baca: di kalangan menteri-menteri kabinet), tidak adakah silap kita sendiri menjadikan sebab mengapa BN mengalami keputusan kurang menarik dalam PRU 12? Siapa kita (baca: menteri kabinet) layan ketika sebelum PRU 12? Taikun,kroni, saudara mara dan kawan-kawan baik kita sentiasa ada masa kita menemui mereka. Sedangkan rakyat di bawah, kita lupakan mereka.

Masing-masing mencari kawan-kawan yang boleh memberikan sumbangan wang dalam PRU 12, tetapi kehendak rakyat, kita abaikan menyebabkan rakyat ‘menghukum’ BN. Mungkin rakyat mahu ‘menegur’ kepimpinan tetapi ‘terlebih’ tegur hingga menyebabkan beberapa negeri, terlepas ke tangan pembangkang.

Marilah bersatu – untuk berhadapan dengan msusuh sebenar. Dalam masa yang sama, kita kenal pasti musuh dalam selimut, yang duduk dalam BN tetapi siang dan malam hanya bercakap mahukan Perdana Menteri berundur, pelan peralihan kuasa dan tentunya mahukan ‘pemilihan parti’ dielakkan!

Mungkin kerana takut ‘kalah di peringkat Naib Presiden’, maka dibuat cadangan supaya ada Pelan Peralihan Kuasa segera, supaya ‘ada jaminan tempat’ bagi yang semakin ‘tersepit’.Jika kita mahu pelan peralihan kuasa disegerakan ,perlu juga perancangan untuk memulihkan semula sokongan kepada BN tetapi kalau tiada perancangan yang betul tiada guna juga Pak Lah melepaskan jawatan lebih awal .KLIK DI SINI

Ketua-ketua bahagian, perwakilan dan semua peringkat pemimpin Umno, jangan mudah terpengaruh dengan permainan mereka ini. Mereka hanya datang menemui ketua-ketua bahagian, perwakilan dan semua peringkat pemimpin di bawah, apabila musim pertandingan tiba.


p/s Inilah dugaan yang paling getir buat PAK LAH .Setiap hari kritikan,kata2 hina dan nista dikata kepada Pemimpin Melayu Islam ini dari luar dan di dalam UMNO sendiri. Saya rasa Pak LAh tidak perlu rasa beliau keseorangan ,jika beliau ditentang oleh orang kanan dan MT UMNO sendiri ,rakyat Melayu di ceruk kampung,pekan tetap dibelakang Pak lah ..Pak Lah tidak perlu takut dengan Anwar ,DAP,PKR dan mereka ini kerana masih lagi ada MELAYU YANG SAYANG AKAN BANGSANYA,AGAMA DAN TANAH AIRNYA ..TAKKAN MELAYU HILANG DI DUNIA

default

16 Sept tidak menjadi , buka skrip baru

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PETALING JAYA, 16 Sept (Bernama)-- Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim mendakwa mempunyai cukup majoriti untuk menubuhkan kerajaan baru.

Beliau mendakwa pihaknya telah menghantar surat kepada Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi pada Isnin tengah hari untuk memaklumkan berhubung senarai jumlah Anggota Parlimen yang akan menyertai Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun Anwar yang berucap di hadapan kira-kira 12,000 penyokong di majlis sambutan Hari Malaysia ke-45 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, di Kelana Jaya di sini Isnin malam, tidak mengenal pasti nama-nama mereka yang terlibat.

Anwar juga mendakwa satu pertemuan akan diadakan dengan Perdana Menteri nanti untuk membincangkan perkara berkaitan dakwaan beliau mengenai peralihan kuasa.

Beliau juga menggesa kedua-dua tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) iaitu exco kerajaan negeri Selangor yang juga Anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok, dan pengendali laman web Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin dibebaskan.


antara ribuan yg masih lagi taksub dan sanggup ditipu


"Untuk pertahankan negara yang bebas, bukan dicengkam oleh undang-undang yang zalim. Kalau kita (Pakatan Rakyat) memerintah, saya janji ISA akan dimansuhkan dan tahanan politik dibebaskan," katanya.

Dalam pada itu, beliau juga berjanji akan mengangkat martabat bahasa Inggeris dan bahasa Cina kerana Malaysia akan hebat jika dapat menguasai kedua-dua bahasa tersebut.

Turut hadir pada majlis itu ialah Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Penasihat DAP, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung PAS, Kamaruddin Jaafar, Bendahari PAS, Dr Hatta Ramli dan Naib Presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

-- BERNAMA



-Dalam majlis itu disebut akan kehadiran Datuk Seri Hadi Awang memberikan ceramah ,tetapi tiada pun kelibat beliau semalam menyokong mat Jenis @gila kuasa. Cuma kehadiran geng Erdogan sahaja ke majlis itu seperti Hatta dan Kamaruddin Jaafar. Lihat la ucapan Anwar mengatakan Malaysia akan menjadi hebat jika martabatkan bahasa cina dan tidak sebut mahu martabatkan bahasa melayu pun .Inikah pemimpin Melayu yang akan membela nasib bangsanya sendiri.

-AKHIRNYA, rakyat Malaysia menang. Anwar Ibrahim kalah dan tewas dengan permainan ciptaannya sendiri. Allah SWT sudah berfirman " manusia hanya bisa merancang Allah juga yang menentukannya", kita boleh berdakwah namun hanya Allah SWT yang memberi hidayah dan membuka hati seseorang, jangan jadi macam Anwar dia sendiri menentukan dirinya jadi PM pada 16 September 2008! Allah SWT sangat Murka kepada orang yang Takbur dan Sombong.

- Namun manusia kalau sombong dan ego tetap juga keras hatinya, semalam dalam ucapannya yang Hanya dihadiri 12,000 orang ( sasaran 30,000 ) , beliau berkata dengan nada marah dan benci , memberi ugutan kepada Perdana Menteri Malaysia, katanya "...''Saya memberi masa dua minggu kepada Abdullah untuk membuat keputusan sama ada menerima tawaran ini atau tidak.''Kita ingin adakan pertemuan dengan Perdana Menteri bertujuan berbincang untuk peralihan kuasa secara aman dan tenteram selain membebaskan tahanan politik,''

default

Krisis Kepimpinan: Pisau dan Mentimun Di Tangan Kita

on Saturday, September 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Oleh Dr. Mohamad Khir bin Toyo



Negara kita merupakan sebuah negara yang masih muda. 51 tahun merdeka adalah suatu usia yang amat muda bagi sebuah negara. Lebih-lebih lagi untuk sebuah tamadun.

2. Sungguhpun begitu negara ini telah melalui beberapa proses pembetulan selepas berlaku krisis kepimpinan di dalam parti pemerintah yang menyebabkan kerajaan mengambil langkah drastik membetulkan keadaan melalui reformasi dasar-dasar yang pasti mengambil keperluan tuntutan semasa dan memastikan tiada kaum yang tertinggal.

3. Krisis kepimpinan yang paling penting ialah ketika mana negara menghadapi pertelingkahan kaum pada 13 Mei 1969 antara Melayu dan cina.




4. Krisis ini telah membawa korban kerana lewatnya proses pembetulan dalam kerajaan dan lewatnya tindakan reform yang sepatutnya diambil oleh kepimpinan ketika itu, ditambah lagi dengan umur kemerdekaan yang terlalu muda dan kurangnya pengalaman rakyat, akhirnya meletakkan undang-undang di tangan mereka sehinggakan berlaku tumpah darah dan berakhir dengan pengisytiharan darurat dan proses peralihan kuasa berlaku.

5. Sekarang ini juga saya merasakan negara sedang mengalami krisis kepimpinan dan mirip dengan apa yang berlaku pada 1969. Cuma rakyat lebih matang dan tidak mengambil tindakan melampaui batasan undang-undang. Sebab itulah tidak berlaku pertelagahan antara kaum sehingga hari ini.

6. Masalah UMNO, Barisan Nasional dan negara hari ini ialah kita mempunyai pemimpin yang lemah untuk memimpin. Kelemahan kepimpinan ini menyebabkan berlaku krisis keyakinan yang luar biasa sehingga mencetuskan keputusan yang luar dugaan dalam pilihan raya lalu. Kekalahan di Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih tinggi mengesahkan lagi masalah krisis kepercayaan rakyat terhadap kepimpinan UMNO dan BN.

7. Negara sudah tiada driven leader. UMNO tidak lagi menyediakan pemimpin yang boleh memimpin (lead)dan memacu (drive) pembangunan negara ini. Ini menyebabkan UMNO dan BN ditolak dalam pilihan raya lalu. Situasi yang sama berlaku pada 1969 apabila Almarhum Tunku Abdul Rahman dilihat semakin lemah dan tiada kekuatan daya kempimpinan bagi memacu kemajuan negara dan menguruskan hubungan antara kaum.

8. Semua pemimpin ada kelebihan dan kelemahan. Saya sendiri bukan manusia atau pemimpin yang sempurna. Demikian juga Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Datuk Seri Najib Tun Razak dan lain-lain. Tiada yang sempurna walaupun imej yang demikian cuba diberikan oleh penyokong PKR kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9. Tun Dr. Mahathir juga bukan pemimpin yang sempurna. Namun dalam kepimpinan beliau tertonjol kekuatan kepimpinan, dinamika visi dan keupayaan menguruskan isu antara kaum. Ini membolehkan UMNO dan BN mendapat kemenangan yang selesa dalam setiap kali pilihan raya.

10. Masalah hari ini ialah pemimpin sedia ada sudah dilihat terlalu lemah untuk menguruskan negara dan parti. Rakyat sebahagian besarnya sudah hilang kepercayaan kepada kepimpinan negara. Sebahagian besar yang menyokong BN dalam pilihan raya lalu hanya berasaskan kesetiaan mereka kepada parti. Malangnya kesetiaan ini juga kian menipis di bawah sana.

11. Ironinya, krisis ini juga melibatkan individu dalam parti UMNO yang ada kaitannya dengan krisis 13 Mei lalu. Keadaan penerimaan kepada kepimpinan Pak Lah hampir sama dengan sokongan yang diterima oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1969.

12. Watak kedua ialah Datuk Seri Najib yang merupakan anak sulung allahyarham Tun Abdul Razak mempunyai ciri-ciri kesamaan dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi dan kemampuan memimpin yang lebih baik serta mendapat lebih sokongan di dalam parti dan di kalangan rakyat banyak.

13. Keadaan ini bertambah resah apabila peralihan kuasa yang mengambil masa terlalu lama iaitu sehingga Jun 2010. Malah ramai rakyat semakin kurang yakin kepada kepimpinan yang ada.

14. Watak ketiga ialah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dilihat rakus untuk berkuasa sehinggakan sanggup menghalalkan cara membentuk kerajaan melalui pintu belakang walaupun beliau sendiri tahu perkara itu cukup tidak bermoral. Sungguhpun saya masih kurang yakin beliau dapat membentuk kerajaan pada 16 September ini, tetapi rancangan itu sudah cukup untuk menunjukkan bahawa beliau adalah seorang insan yang rakus kuasa dan sanggup menggadaikan prinsip perjuangan yang telah diperjuangkannya sebelum ini.

15. Watak keempat ialah Tun Dr. Mahathir Mohamad, orang yang terlibat secara langsung dalam peralihan kuasa 13 Mei 1969. Ketika itu tidak berkuasa dan keadaan yang sama juga dialami oleh Tun Dr. Mahathir hari ini. Saya amat berharap agar Tun Dr. Mahathir menggunakan pengalaman beliau selama 22 tahun menjadi Perdana Menteri, terlibat sendiri dengan peristiwa 13 Mei dan melibatkan diri sama pada krisis kepimpinan yang ada pada hari ini memainkan peranan yang lebih jelas untuk menyelamatkan parti dan juga negara. Saya berharap Tun Dr. Mahathir akan kembali kepada UMNO bagi membantu pemulihan parti.

16. Saya bimbang jika kita lewat melakukan sesuatu, peristiwa rakyat berada di jalan akan berulang dan ia akan mengeruhkan lagi keadaan.

17. Saya berharap pucuk pimpinan sedar dan mengambil langkah yang lebih berani dalam memastikan parti akan terus kukuh, negara akan dapat diselamatkan dari ketidakstabilan politik.

18. Tidak dapat dinafikan, ketika mana negara dan parti ditinggalkan oleh Dr. mahathir, ia berada dalam keadaan baik. Sebab itu pilihan raya ke 11, BN menang besar, ditambah pula dengan kepimpinan baru yang dilihat mesra rakyat. Tetapi nampaknya parti semakin lemah dan pilihan raya ke 12 menjadi satu ingatan kepada UMNO dan BN untuk melakukan sesuatu langkah berani. Keadaan bertambah kusut selepas pilihan raya kecil Permatang Pauh dan akan bertambah kusut lagi dengan pengosongan Parlimen Pensiangan akibat keputusan Mahkamah pagi tadi.

19. Suka atau tidak, saya berpandangan peralihan kuasa perlu disegerakan. Parti perlu diutamakan, keresahan rakyat perlu diredakan, Reform perlu dijalankan. Krisis yang bermula dalam UMNO kini telah merebak dalam BN, dan saya bimbang ledakan ini tidak dapat ditampung dengan kekuatan yang ada sama ada dalam UMNO mahupun dalam BN.

20. UMNO memerlukan pemimpin baru bagi memberi nafas baru kepada parti dan juga rakyat. Bagi saya antara pemimpin dan parti, parti perlu lebih penting. Namun sanggupkah kita di bawah ini bersama melakukan perubahan?

21. Kita di persimpangan antara taat kepada pemimpin atau mengukuhkan parti. Pisau dan mentimun ditangan kita.

www.drkhir.com


p/s Saya bersetuju dengan Dato Seri Khir dalam bab ini walaupun beliau bukan pemimpin UMNO yang sempurna juga. Keadaan UMNO memang tenat sekarang dengan pelbagai isu dan tekanan dari luar dan dalam UMNO sendiri. Isu seperti Ahmad Ismail,16 Sept, peralihan kuasa dalam UMNO menjadi topik paling terhangat minggu ini dan keadaan ini saya rasa membuatkan orang melayu bimbang dan takut seperti dalam tajuk Melayu dalam Ketakutan di talkshow Hujah TV9.Saya masih menunggu adakah dengan kemasukan TDM ke dalam UMNO dalam masa terdekat ini untuk memulihkan parti berhasil @ tidak ? TDM semestinya mahu peralihan kuasa lebih cepat agar lebih mudah memulihkan parti UMNO dan juga BN.

default

Propaganda menakluki minda

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


PROPAGANDA- Media dijadikan alat untuk kepentingan tertentu)

Propaganda atau memang ia benar-benar berlaku? Propaganda sesuatu yang tidak akan berlaku, sekadar menakut-nakut dengan niat tertentu atau 'akan' menyerang melalui belakang musuh. Jadi ia tidak mustahil benar-benar terjadi.

Propaganda mula menjadi 'top' semasa Perang Dingin. Amerika, pendokong demokrasi- iaitu rakyat memilih pemimpin melancarkan propaganda ke atas negara komunis yang tidak demokrasi- tetapi kekayaan diagihkan dengan betul kepada rakyat. Propaganda telah menjadikan Russia sebagai pendokong komunis tewas sebelum berperang!!!

Propaganda Amerika juga berlaku semasa perang ke atas Iraq. Iraq kononnya mempunyai senjata nuklear, sehingga kini Amerika gagal membuktikannya. Namun matlamat propaganda dilakukan ialah untuk mendapat sokongan.

Propaganda ke atas Iran, nampaknya gagal kerana Iran ibarat belajar dari sejarah sendiri dan sejarah 'kebangkitan negara Amerika tanpa disedari'.

MEDIA SEBAGAI PROPAGANDA

Media mempunyai pengaruh yang amat kuat. Media kini bukan sekadar utusan malaysia atau TV3, bahkan pengaruh telefon bimbit seperti sms dan internet berkesan.

Propaganda oleh media menyebabkan kita tertekan dan berasa tidak selamat dengan apa yang berlaku seolah-olah kita perlu terbabit!!! Propaganda supaya kesamarata diberikan sedangkan selama ini mereka sudah lama mengecapi kesamarataan.

Kita ambil lain contoh. Kenyataan Datuk Ahmad mengenai sejarah kedatangan orang Cina (dan India) ke Tanah Melayu. Itu adalah realiti sejarah. Kalau sejarah tak betul, kita tukar dan mengatakan yang Melayu adalah pendatang. Bandingkan Melayu dengan Indo. Bandingkan Melayu dengan Bangla atau Nepal. Senang cerita.

Kenapa hal ini dikategori sebagai propaganda? Media massa berkepentingan perlu menjadikan seseorang sebagai sasaran dan pemangsa- Datuk Ahmad atau bangsa Cina. Orang Melayu kebanyakkan melihat perkara ini benar dan bangsa bukan Melayu menganggapnya sebagai diskriminasi!!

Kejayaan memanipulasi keadaan sebenarnya untuk tujuan sokongan dan kepentingan diri, kepentingan kelompok tertentu atau tujuan keuntungan dari segi komersil.

Misalnya, propaganda oleh wartawan Hoon Cheng dari Sin Chew Daily telah menyebabkan orang Cina cuba menuntut perkara yang tidak munasabah. Propaganda ini sebenarnya berjaya meningkatkan jualan surat khabar berkenaan dengan menjadikan Datuk Ahmad sebagai 'kambing hitam'.

Propaganda di sebelah kaum Cina lain nadanya berbanding dengan bangsa Melayu. Mereka beranggapan tindakan itu Datuk Ahmad kerana mereka juga bangsa yang dilahirkan selepas merdeka. Mereka mahukan hak yang sama dalam suasa politik sedangkan bangsa Melayu dalam suasana ekonomi, hanya ibarat anjing menanti dicampak tulang.

pkrpasdap.blogspot.com

p/s

-Tindakan yang diambil oleh polis dan kerajaan atas dasar keselamatan dan ketenteraman awam .Menteri Dalam Negeri juga memberitahu semakin ramai rakyat gelisah dengan perkara ini dan amat wajar ISA digunakan .

-Pihak PAS terutama salahuddin jangan selalu membuat andaian seperti anda seorang tukang tilik dengan mengatakan akan ada 15 orang lagi akan ditangkap menjelang 16 Sept.

-PENANGKAPAN INI JUGA MEMBUKTIKAN BAHAWA PAK LAH TELAH DENGAR TUNTUTAN POPULAR 'SILENT MAJORITY" YANG TELAH MARAHKAN KERAJAAN SELEPAS PRU 12 KERANA MEMBIARKAN KEBIADAPAN GOLONGAN TERTENTU, MENYALAHGUNAKAN BLOG UNTUK MEMBURUKAN AGAMA,BANGSA DAN NEGARA DENGAN BERBAGAI FITNAH,CERITA DAN BERITA PALSU.

-KERAJAAN TELAH MENUNJUKAN KESABARAN YANG TERLALU LAMA SEHINGGA AKHBAR AKHBAR BN SENDIRI TELAH DIGUNAKAN UNTUK MENJADI PORPAGANDA PERKAUMAN.
.

default

Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu 21-22 Oktober

on Friday, September 12, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment

KUALA LUMPUR 11 Sept. - Kongres Kebangsaan Masa Depan Melayu yang julung kali diadakan bulan depan diharap mampu memulihkan kuasa politik orang Melayu yang dilihat semakin lemah, di samping menyatupadukan Melayu secara keseluruhan.

Pengerusi penganjuran Kolonel, Prof. Datuk Dr. Kamarudin Kachar berkata, kongres pada 21 dan 22 Okt itu akan mengumpulkan semua resolusi yang akan dipersembahkan kepada Majlis Raja-raja dan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi bagi dipertimbangkan untuk pelaksanaan.

"Kuasa politik Melayu pada hari ini dilihat semakin lemah dan kami mahu kongres ini mampu mengubah senario semasa orang Melayu dalam negara dan juga menyatupadukan orang Melayu daripada semua segi," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Kongres dua hari itu dianjurkan oleh Majlis Profesional Melayu dengan kerjasama Kelab Warisan Melayu, Prished Consultants dan Badan Kebajikan Anak-anak Melayu Negeri Sembilan di Wilayah Persekutuan itu akan diadakan di Dewan Besar, Wisma Persatuan Sejarah Malaysia, Jalan Tun Razak di sini.

Kamarudin berkata, penganjur terpanggil untuk menganjurkan kongres yang julung kalinya diadakan ini sebagai sumbangan bakti kepada kerajaan pusat.

"Pada masa dulu, jarang-jarang sekali kerajaan meminta atau menjemput profesional Melayu sebagai satu badan khas bagi memberikan pendapat dan idea dalam usaha pembangunan negara, dan sekarang rasanya sudah tiba masa untuk kita tampil membantu," katanya.

Beliau berkata 12 kertas kerja akan dibentangkan dalam kongres itu dan antara pembentang ialah Lt. Jen. (B) Datuk Seri Zaini Mohd. Said, Profesor Datuk Dr. Hashim Yaacob dan Ekram Sanusi.

Katanya, peserta kongres itu terbuka kepada golongan veteran serta golongan muda profesional Melayu, dan orang ramai yang berminat menyertainya boleh menghubungi sekretariat sebelum 30 September ini dengan menelefon 03-42527679.

- Bernama

p/s -kepada rakan2 blogger,ahli2 UMNO yang masih lagi sayang bangsa Melayu ,ayuh sertai sebagai peserta Kongres Masa Depan Melayu pada 21-22 Oktober bagi membincangkan masa depan Melayu dan mengemukakan resolusi kepada Yang Dipertuan Agong dan PM. Aku pun teringin pergi ke sana juga untuk melihat sendiri biar la aku nun jauh di Utara tetapi atas semangat sayang kepada bangsa dan masa depan anak cucu kita kita perlu bincangkan perkara ini kerana kita masih lagi berkuasa.Jika tidak berkuasa ,tiada guna lagi bincang semua ini . Hidup Melayu !!!

default

Di sebalik 3 tahun hukuman

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Bashir Ahmad
11 September 2008


KETUA UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail digantung keahlian dalam parti selama tiga tahun berkuatkuasa 10 September 2008, tarikh Majlis Tertinggi UMNO memutuskan hukuman tersebut dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Adakah hukuman tersebut memadai?

Jika tanya orang Melayu pada umumnya mereka akan menyatakan lebih daripada memadai. Jika tanya kepada ahli-ahli UMNO, mungkin ramai yang menyatakan rasa tidak senang dengan kedudukan UMNO sekarang yang terpaksa mengalah dengan apa jua tekanan daripada bukan Melayu.

Jika ditanya kepada orang Melayu dalam Pakatan Rakyat, paling tidak mereka akan berkata ``padan muka.''

Jika tanya kepada orang Cina, anda boleh lihat jawapannya dalam The Star. http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2008/9/10/nation/20080910172404&sec=nation


Akhbar milik MCA ini dalam laporannya mendahulukan komen Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang berkata hukuman tersebut terlalu rengan.

Menurut Setiausaha Agung DAP itu, Ahmad sepatutnya dipecat daripada UMNO.

Guan Eng menegaskan, UMNO Pulau Pinang dan para pemimpin UMNO yang menyokong Ahmad juga patut dihukum. Jelas beliau merujuk kepada 13 daripada 14 Ketua UMNO Bahagian di negeri itu yang baru-baru ini menyuarakan pendirian menyokong Ahmad. Yang tidak menyokong hanyalah Abdullah, Ketua UMNO Bahagian Kepala Batas.

The Star juga melaporkan bahawa Timbalan Pengerusi MCA Pulau Pinang, Lau Chiek Tuan tidak gembira dengan hukuman tersebut.
“Dia hanya digantung keahlian. Tapi dia masih perlu membuat permohonan maaf,'' kata Chiek Tuan.

Bagaimanapun agensi berita antarabangsa AFP melaporkan, Ahmad tidak akan meminta maaf.

Akhbar The Star juga memuatkan komen Presiden MCA, Datuk Ong Ka Ting dan Presiden Gerakan, Tan Sri Koh Tsu Koon yang berpuas hati dengan keputusan Majlis Tertinggi UMNO itu . Tapi pandangan mereka diletakkan di hujung komen Guan Eng dan Cheik Tuan.

Kenapa The Star mendahukan komen pemimpin pembangkang daripada komen Ka Ting dan Tsu Koon? Tentulah komen Presiden MCA dan Presiden Gerakan lebih relevan berbanding komen Setiausaha Agung DAP yang bukan ahli komponen Barisan Nasional.

Apakah niat The Star dan Ketua Pengarangnya?

Adakah episod Ahmad Ismail ini akan menjadi pengajaran kepada para pemimpin UMNO supaya setiap masa menjaga tutur kata dan perbuatan mereka terutama di khalayak ramai? Ingatlah bahawa bukan Melayu sentiasa memerhatikan mereka. Mereka tidak lupa peristiwa keris dihunus di Perhimpunan Agung UMNO dan perasaan serong mereka terhadap UMNO diperkukuhkan oleh peristiwa Ahmad Ismail.

Kepada akhbar berbahasa Cina Sin Chew yang mendedahkan peristiwa ini, sekalung tahniah kerana anda telah berjaya meletakkan perpaduan kaum di Malaysia ke satu tahap yang cemas. Cakap hanya seorang Ketua Bahagian UMNO telah menyebabkan parti itu berada dalam kedudukan yang semakin goyah ketika ia diserang dari segenap penjuru termasuk dari dalaman parti dan Barisan Nasional.

Dalam keadaan yang goyah, apatah lagi ketika menghadapi ancaman 16 September, terpaksalah Datuk Seri Najib Tun Razak meminta maaf kepada kaum Cina bagi pihak UMNO. Dan beliau dikutuk termasuk oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad yang turut berpendapat (dalam kata mudah) jika orang Melayu bercakap semua bising, jika bukan Melayu yang bercakap tiada siapa bising.

Apakah Najib mempunyai pilihan untuk tidak meminta maaf? Ada orang berpendapat sepatutnya permohonan maaf itu datang daripada Abdullah.

Juga ditunggu apakah reaksi 13 lagi Ketua UMNO Bahagian di Pulau Pinang.

Perlu juga ditanya, adakah perpaduan kaum di Malaysia akan bertambah kukuh selepas dibesar-besarkan peristiwa keris dihunus dan episod Ahmad Ismail ini?

Untung akhbar Cina di Malaysia kerana para wartawannya boleh memahami ucapan pemimpin-pemimpin Melayu. Rugi akhbar berbahasa Melayu yang wartawan-wartawannya tidak memahami bahasa Cina yang menjadi lingua franca para pemimpin politik Cina apabila bercakap dengan kaum mereka.

Mungkin masalah-masalah begini boleh dikurangkan jika kita mempunyai akhbar dalam satu bahasa sahaja. Tapi di Malaysia kita punyai akhbar dalam pelbagai bahasa yang masing-masing menjuarai kepentingan kaum mereka. Hanya akhbar dalam bahasa Inggeris yang boleh lebih bebas daripada kepompong ini. Tapi di Malaysia ia tidak juga begitu sebagaimana yang The Star telah buktikan. - malaysiaaktif.com

default

Khir Toyo: Biar polis siasat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo menyerahkan kepada pihak polis untuk menyiasat aduan bahawa beliau mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman berhubung isu azan di Selangor.

“Laporan sudah dibuat, biar polis siasat,” katanya.

Pagi ini, ahli Parlimen PAS bagi kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud, membuat laporan mendesak polis menyiasat dakwaaan Dr Mohd Khir mengenai ada usaha-usaha melarang laungan azan di masjid-masjid di Puchong dan Kota Damansara.

Dr Siti Mariah yang juga ahli jawatankuasa pusat PAS berkata, Dr Mohd Khir dilaporkan membuat dakwaan tersebut dalam laporan akhbar Utusan Malaysia bertajuk 'Ada Usaha Larang Azan di Masjid-masjid Selangor' pada 9 September lalu.

Ketika diminta mengulas penafian ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok yang beliau pernah membuat larangan tersebut, Dr Mohd Khir berkata, beliau tidak pernah pun menyebut nama naib pengerusi DAP itu, tetapi hanya menyebut “parti-parti tertentu”.

“Jadi, terpulanglah pada dia (Teresa),” katanya ketika dihubungi Malaysiakini petang ini.

Isnin lalu, Dr Mohd Khir dilaporkan berkata ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan negeri itu, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

Beliau yang juga ketua pembangkang Selangor menegaskan bahawa petisyen itu benar-benar wujud dan beliau sendiri ada melihatnya.

Isu ini, menurutnya, pernah ditimbulkan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.

default

SELAMAT KEMBALI PEJUANG BANGSA MELAYU

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Alhamdulillah, akhirnya Dr.M mahu kembali ke pangkuan UMNO. Inilah masa yang ditunggu-tunggu oleh Dr.M untuk selamatkan kembali UMNO yang makin lama, makin lemas yang dinahkodakan oleh Pak Lah.

Penulis berharap, kemasukan kembali Dr.M kedalam UMNO akan memperkasakan kembali kewibawaan UMNO dan berharap tiada lagi perselisihan / perbalahan Dr.M dengan Pak Lah.

Bagi penulis, kemasukan Dr.M kedalam gelanggang UMNO akan mempertemukan buku dengan ruas, Mahathir-Anwar. Hanya Jauhari yang mengenal Manikam. Penulis juga berharap Dr.M akan membidas balik segala tohmahan liar dan jahat Anwar bagi pihak UMNO dan Barisan Nasional.

Pahlawanku, ayuh kembali ke medan perang. Perjuanganmu belum selesai. Ayuh, kita tamatkan riwayat si Jebat penderhaka.

P/S: Tok Det lawan tetap lawan!

www.perwarismelayu.blogspot.com

pejuangbangsa- SELEPAS INI MAHATHIR VS ANWAR AKAN MUNCUL SEMULA SEPERTI 1998.TERUSKAN BERJUANG TUN DR MAHATHIR

default

Tun Dr Mahathir dicadangkan menjadi Penasihat UMNO

on Thursday, September 11, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Veteran Umno, Tan Sri Aishah Ghani menyarankan agar bekas Presiden Umno, Tun Dr. Mahathir Mohamad dilantik sebagai penasihat parti.

"Kita kena ingat, tidak semua apa yang pemimpin Umno buat hari ini betul. Jadi kalau Umno ada seorang penasihat yang berpengalaman luas seperti Dr. Mahathir ia akan membantu menaikkan semula imej dan maruah Umno.

"Pandangan orang yang berada di luar parti dengan di dalam parti adalah berbeza. Saya percaya Dr. Mahathir masih boleh membantu Umno," katanya ketika dihubungi mStar Online.

Saya setuju dengan pandangan Tan Sri Aishah agar Tun dilantik menjadi Penasihat UMNO seperti kebanyakan pemimpin dunia lain yang bersara dilantik sebagai penasihat. Persoalannya ,Pak Lah ini boleh terima ke Mahathir sebagai Penasihat nya. Sebelum ini memang kita tahu Tun banyak mengkritik Pak Lah tetapi saya rasa untuk kebaikan UMNO ,Pak Lah harus terima pendapat Tun dan melakukan perubahan dari akar umbi hingga ke Majlis Tertinggi .Untuk masa depan UMNO ,orang melayu Pak Lah harus duduk semeja dengan Tun membincangkan masalah dalam UMNO dan kerajaan dan mengatasinya.

Kembalinya Tun mestinya mendapat reaksi kurang senang pembangkang ,ada yang kata ludah jilat balik dan Nik Aziz pun sediri cakap seperti berikut

Saya seronok dia (Dr Mahathir) timbul kacau bilau," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

"Dari segi untuk melemahkan Umno, memang saya seronok kerana Umno musuh saya. Tetapi Tun Mahathir serang Pak Lah (Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah AHmad Badawi) dan keluar parti pada masa dulu, yang itu saya tidak faham."


Boleh ke seorang ulama cakap rakan seagama dan satu bangsa ini musuh saya sedangkan PAS diam dan bisu bila azan dipertikai di Selangor oleh Teresa Kok .Kenapa perkara ini mereka tidak pertahankan ??? kata parti Islam dan akan membela agama islam .Mana pergi nya laungan kalimah allahuahkbar di setiap ceramah untuk berjuang mempertahankan islam . Ada juga dalam suratkhabar orang cakap berdosa orang PAS kerana mereka diam dan tidak tegur rakan sebantal mereka DAP yang betul2 tidak menjaga sentiviti orang melayu dan islam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.