Archive for 08/03/08

default

Ezam gegarkan Pulau Pinang !!! Penyatuan Melayu Pulau Pinang

on Sunday, August 3, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Setelah selesai memberikan ceramahnya di Politeknik Seberang Perai dalam program Perhimpunan Penyatuan Melayu Pulau pinang pagi tadi di kubu pengkhianat bangsa , malam ini Ezam berangkat ke kubu terkuat BN di Pulau Pinang iaitu Kepala Batas.Jelas ucapan Ezam pagi tadi cukup untuk mengegarkan 10000 hadirin yang hadir selain pidato dari Ustaz Kamal Saidin ,Dr Malik dan Tan Sri Jins Shamsuddin . Perasaan saya cukup berkobar2 dan semangat Ezam membuat saya pergi ke depan untuk bersalam denga pejuang Melayu itu . Ucapan dan kata2 semangat dari golongan veteran dan hadirin ketika bersalam dengan Ezam cukup membuat saya bersemangat mahu berjuang bersama2 Ezam .



Saya amat terpegun dengan cara pelaksanaan sekretariat Perhimpunan Penyatuan Melayu yang membuka majlis dengan bacaan ayat suci Al Quran. Qari yang dijemput pula merupakan seorang al hafiz. Perkara ini amat berbeza dengan dengan perhimpunan yang dianjurkan oleh PROTES atau Pakatan Rakyat.Mereka lebih mengagungkan artis yang boleh "tonggeng punggung" daripada memperdengarkan bacaan ayat suci Al Quran. Allah Maha berkuasa, kerana tanggal 3 Ogos 2008, cuaca di Padang Politeknik mendung seperti mengizinkan perhimpunan ini berjalan dalam keadaan yang dingin. Hujan selama 5 minit pada jam 12.20 tgh, berjaya menyejukkan keadaan. Inilah yang dinamakan program barakatillah.Intipati pidato yang disampaikan oleh 4 orang pemidato cukup mantap dalam aspek penyatuan Melayu.Berikut ialah kesimpulan yang dapat saya buat :
1. Pemidato Pertama, Saudara Kamal Saidin -mengupas tentang perpaduan yang disuarakan UMNO berlandaskan ayat Al Quran yang dibaca oleh Qari pada pembukaan perhimpunan.Namun, perpaduan yang dipinta, dibalas dengan kesombongan daripada parti PAS.PAS menyatakan UMNO terhimpit dan mereka mengharapkan jasa PAS membantu. Tapi PAS perlu ingat bahawa idelogi politik perlu dikesampingkan demi ummah.


2. Pemidato Kedua, Tan Sri Jins Samsuddin-menceritakan tentang nasib bangsa selepas kaum lain memerintah.Namun, bangsa kita mudah lupa dan mereka rela hilang hak miliknya.


3. Pemidato Ketiga, Dato' Malik Munip mengupas erti sejarah bangsa dan peritnya pengorbanan datuk nenek mencapai kemerdekaan yang akhirnya dikecapi bersama tak kira PAS atau PKR.


4. Pemidato Ke empat , Saudara Ezam Bekas Ketua AMK yang membawa pendedahan tentang bahayanya Anwar Ibrahim dan mencabar Anwar untuk mengkritik beliau secara terbuka.


Apapun yang berlaku, Perhimpunan Penyatuan Melayu telah berjaya mencapai objektifnya.


Tahniah kepada gabungan NGO PP yang menganjurkan program ini dan juga tempat saya menuntut ilmu ini iaitu politeknik seberang perai yang menjadi saksi bangsa melayu Pulau Pinang berkumpul untuk satu penyatuan . Hadirin yang hadir terutama pengundi Permatang Pauh diharap sedar dan menghebahkan kepada keluarga ,kawan2 tentang ancaman bahaya politik baru yang dibawa oleh Anwar .







Kepada Ezam ,pejuang bangsa akan berdiri dibelakang menentang pengkhiatnat bangsa melayu dalam Permatang Pauh War 2008


jumpa di Wisma UMNO Kepala Batas
Jam : 9.00 mlm


pejuang bangsa

default

Anwar memang bukan pejuang sejati - Ezam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



KLANG 2 Ogos - Keputusan Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding di kawasan yang paling selamat iaitu di Parlimen Permatang Pauh membuktikan yang beliau bukan pejuang sejati seperti yang disangkakan penyokongnya selama ini.Bekas ketua Angkatan Muda PKR, Mohamad Ezam Mohd. Nor berkata, dengan memilih kawasan selamat, Anwar juga secara tidak langsung menunjukkan yang beliau tidak mempunyai keyakinan kepada diri sendiri.

''Selama ini orang semua kata Anwar ini seorang pejuang sejati atau pendekar dan saya pun dulu percayalah dia betul-betul pejuang. Tetapi semalam dia memang bukan pendekar... dia dah tunjuk dirinya yang sebenar.''Kalau betul dia pendekar dia tak menyorok di kawasan selamat. Kalau dia pendekar dia sepatutnya pergi ke tempat paling sukar untuk menang dan di situlah tempat dia turun dan bertanding," katanya dalam ceramah perdana anjuran UMNO Bahagian Shah Alam di sini malam tadi.

Kelmarin, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Presiden PKR mengumumkan peletakan jawatan sebagai anggota Parlimen Permatang Pauh berkuat kuasa serta-merta bagi memberi laluan kepada Anwar untuk bertanding pada pilihan raya kecil nanti.

Surat peletakan jawatan itu telah diserahkan kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia semalam.

Dalam perkembangan berkaitan, Mohamad Ezam sekali lagi menyatakan kesediaannya untuk berhadapan dengan Anwar pada pilihan raya kecil itu sama ada dia dicalonkan atau tidak.

"Kalau tanya sama ada saya bersedia untuk lawan Anwar, saya kata sudah tentu saya bersedia dan saya tak akan tolak.

"Menang atau kalah itu bukan perkara utama tetapi yang penting kita tentang Anwar sebagai satu pasukan.

"Jangan nak cabar saya kerana saya adalah pejuang dan saya akan lawan," katanya.

Mohamad Ezam juga mengingatkan orang India dan Cina supaya berhati-hati dengan Anwar.

"Anwar ini jenis manusia yang hari ini cakap lain, semalam buat lain.

"Dia sanggup gadaikan negara dan biadab dengan bangsa sendiri hanya semata-mata untuk berkuasa dan mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri," ujar beliau.

default

Pertarungan moral Lawan Anwar habis-habisan di Permatang Pauh – Mohamad Ezam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Oleh ZULKIFLEE BAKAR

KUALA LUMPUR 2 Ogos – Barisan Nasional (BN) dan UMNO perlu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim habis-habisan dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh kerana ia merupakan satu pertarungan moral.

Bekas Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat (PKR), Mohamad Ezam Mohd.Noor berkata, BN harus ‘masuk ke gelanggang’ dengan keyakinan tinggi kerana dari segi moralnya parti itu berada di pihak yang benar.

‘‘Justeru kita tidak harus melihat ini politik kalah menang sebaliknya satu pertarungan moral, satu pertempuran untuk mempertahan dan menegakkan kebenaran,’’ katanya kepada Mingguan Malaysia, di sini.

Mohamad Ezam mengulas persediaan yang harus dilakukan oleh BN bagi berhadapan dengan Anwar yang juga Penasihat PKR dalam pilihan raya kecil Parlimen Permatang Pauh yang akan diadakan tidak lama lagi.

Kerusi berkenaan kosong selepas penyandangnya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengumumkan peletakan jawatan berkuat kuasa serta-merta pada Khamis lalu.

Mohamad Ezam menegaskan, BN dan UMNO perlu mempertahankan hujah bahawa negara ini berada dalam keadaan bahaya berikutan politik baru yang dibawa oleh Anwar.

‘‘Tindakan beliau adalah satu ancaman yang boleh merosakkan struktur politik dan sosial negara ini. Dalam sejarah, kita tidak pernah diancam oleh struktur di mana orang bukan Melayu semakin berani mempersoalkan Dasar Ekonomi Baru (DEB) dan kontrak sosial,’’ katanya.

Oleh itu kata beliau, UMNO harus melihat pertembungan dengan Anwar dari sudut politik demi perjuangan bangsa dan agama.

Blogger Widgets
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.