..

..
Archive for July 2008

default

Hidup Melayu Gegar Pdg Rengas

on Thursday, July 31, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Melayu jangan diusik. Mereka adalah singa yang tidur. Demikianlah apa yang telah berlaku di Padang Rengas. Lebih 13,000 Melayu berhimpun dan memberikan amaran kepada semua. Jangan bicara soal Kontrak Sosial. Jangan bicara soal Hak Keistimewaan Melayu. Siapa Bar Council nak membicarakan Hak Keistimewaan Melayu? Ini Tanah Melayu. Ini Negeri Melayu. Hormatilah orang Melayu!

Bangsa Melayu menghormati Hak Kewarganegaraan Kaum India dan Cina. Justeru, ingatan diberikan. Khusus ingatan kepada Karpal Singh oleh Pemuda Melayu Perak.



Ingatlah! Selain UMNO, Agenda Melayu juga adalah gagasan Gerakan Belia 4B. Agenda Melayu juga adalah gagasan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung. Agenda Melayu juga adalah gagasan berpuluh-puluh lagi pertubuhan (NGO) Melayu.


"Ketuanan Melayu adalah Benar!" Semua yang hadir melaungkan Hidup Melayu dengan penuh gegaran! Menyanyikan bersama-sama Lagu Anak Kecil Main Api...... Ingat! Jangan Main Api!


Ketuanan Melayu adalah Raja Berperlembagaan. Kami daulatkan Raja Melayu. Inilah Raja Melayu. Malaysia itu Melayu. Ketuanan Melayu adalah Bahasa Malayu. Bahasa Malaysia itu adalah Bahasa Melayu. Bahasa Perlembagaan. Bahasa Dewan Perundangan.


Ketuanan Melayu adalah Dasar Ekonomi Baru. Hak sekurang-kurangnya 30% Ekuiti Ekonomi Melayu. Ketuanan Melayu itu adalah Tanah Rizab Melayu. Ketuanan Melayu itu adalah Kepimpinan Melayu. Teras Bangsa Malaysia adalah Bangsa Melayu. Ini semua adalah barang perlu diingat.

Hidup Melayu terus gegar dan bergegar di Padang Rengas. Lebih 13,000 orang yang pulang nanti akan menjalankan tugas. Mengasah keris pusaka bangsa. Demi Agama, Bangsa dan Negara.

default

Kuil di kawasan majoriti Islam di negeri Perak

on Wednesday, July 30, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Alkisah wujudlah sepohon ara yang pada penganut Hindu sangat mulia kerana itulah kawasan pertapaan salah satu dewa yang mereka muliakan menurut tafsiran mereka. Terletak di kilometer 10 Jalan Ipoh - Tanjong Rambutan, berhadapan dengan Kedai Rakyat Sunway City, kuil yang bermula dari teduhan kepada sebuah berhala di zaman lalu telah dipuja puja hingga kini boleh dikategorikan kuil di tanah kerajaan.

Ironiknya, hari ini, kawasan radius satu kilometer di sekeliling kuil pondok tersebut telah dibangunkan sehingga menampung hampir 30,000 orang penduduk yang mana 75% penduduknya adalah orang Melayu Islam. Altitud yang tinggi membolehkan apa-apa struktur besar yang dibina di situ menjadi pusat kepada radius kawasan ini.



Berikut kapasiti penduduk 1 km sekitar radius 'pondok berhala' tersebut :

Kg. Tersusun Batu 5, ( selatan kuil ), lebih 7,000 penduduk, 60% Melayu, 35% India.

Kg. Tersusun Batu 6, ( barat kuil), lebih 5,000 penduduk, 80% Melayu, 12% India.

Dataran Perpaduan Selatan, ( barat kuil ) lebih 6,000 penduduk, 60% Melayu, 30% India.

Taman Bercham Raya, ( utara kuil ) lebih 8,000 penduduk, 85% Melayu, 5% India.

Taman Perpaduan ( utara kuil ) lebih 6,000 penduduk, 80% Melayu, 10% India.

Taman Perpaduan Koperasi ( barat kuil ) belum siap sepenuhnya. Anggaran populasi : lebih 5,000 penduduk, 60% Melayu.

Kedai Rakyat ( timur kuil ), tidak berpenduduk, rizab bumiputra.


Apakah kuil ini akan diluluskan Pakatan Rakyat pimpinan PAS yang ditunggang DAP & PKR nanti? Nescaya mereka tunduk pada desakan-desakan ahli politik pro-Hindu di dalam kerajaan yang dipimpin olehnya.

Dengan terletaknya nanti sebuah kuil tersergam indah di sebuah changkat yang dapat dilihat dari segenap kawasan Melayu ini pastinya itu adalah hasil dari tangan pengundi sendiri. Memilih untuk sesuatu yang mereka langsung tidak fahami dan menggunakan politik pendek akal untuk menyuarakan rasa tidak puas hati.

Sudahlah masjid terhampir di kawasan ini terletak 3 km dari lingkungan Taman Perpaduan, Batu 5 dan Batu 6, sebuah kuil Hindu mungkin akan diluluskan pembinaannya oleh kerajaan pimpinan PAS di Perak dengan tunduknya mereka kepada fundamentalis Hindu atas nama kesaksamaan yang pada hakikatnya akan menjadi pencetus sengketa.

Dengan terdirinya kuil hindu dikemuncak sebuah changkat itu, tidakkah akan menjadi sengketa apabila pelampau-pelampau membunyikan loceng mereka ketika surau-surau sekitarnya melaungkan azan dengan serentak? Siapa yang berani memberi jaminan?

Siapa yang akan menjamin pelampau Hindu tidak akan meraikan pengiktirafan pembinaan kuil mereka di tengah-tengah kawasan yang mempunyai 80% penduduk Islam?

Jika mereka penganut Hindu yang beriman seperti Gandhi, pastinya mereka berpindah dari situ. Malangnya, ahli politik pembangkang menyemarakkan ajaran Hindu yang salah kepada mereka dan pastinya, di bawah Pakatan rakyat, sebuah kuil Hindu akan terbina di tengah-tengah petempatan orang Islam. Siapa yang bertanggungjawab? PAS !

Tidak bersalah si pohon ara,
Datang manusia berlutut menyembah,
Tidak datang pengubah cara,
Di dalam lipatan gunting mencelah.

default

Tips Untuk Laporan Kesihatan Yang Sah Dan Kukuh Untuk Kes Sodomi

on Tuesday, July 29, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Dr Novandri Hasan Basri

Pada pandangan penulis sebagai seorang doktor, laporan kesihatan Saiful Bukhari yang ter'bocor' di Hospital Pusrawi, tidak boleh dijadikan bahan bukti terhadap kes liwat Anwar Ibrahim.

1. Ianya terlalu ringkas, tidak lengkap dan tidak mengikut prosedur seperti yang ditetapkan oleh pemeriksaan forensik.

2. Malah pemeriksaan ke atas Saiful Bukhari juga tidak lengkap. Hanya PR (per rectum) dilakukan iaitu menggunakan jari untuk memeriksa anal (dubur) pemuda tersebut. Prosedur sebenarnya lebih daripada itu iaitu termasuk memeriksa anal itu dengan alat proktoskop dan sebagainya.

3. Dan biasanya, apabila seorang mangsa seksual datang ke klinik atau hospital swasta di mana kes-kes yang bakal dirujuk kepada pihak polis, akan dirujuk segera kepada pihak hospital kerajaan.

4. Ini adalah kerana hospital kerajaan mempunyai kepakaran forensik serta lengkap dengan peralatan yang diperlukan.

5. Referral itu dimestikan kerana jika pemeriksaan tidak dilakukan dengan betul dan tidak mengikut prosedur yang ditetapkan, peliwat itu boleh dibebaskan di atas sebab bukti-bukti yang tidak kukuh atau pun technical fault.

6. Yang menimbulkan tandatanya kepada penulis ialah tulisan doktor itu yang hanya menulis bahawa Saiful di assault di satu sudut di hujung laporan itu selepas simptom-simptom yang lain. Dan jika penulis adalah doktornya, penulis tidak akan menulis 'constipation x 1/52 ' sahaja sebagai simptom yang utama seperti tertulis di dalam laporan tersebut. Penulis pasti akan menulis 'alleged assault' sebagai simptom pertama dan kemudian merujuk terus ke hospital kerajaan tanpa berlengah-lengah lagi.

7. Apakah kenyataan 'alleged assault' itu ditambah hanya selepas doktor tersebut melakukan pemeriksaan anal menggunakan jari (PR)?

8.Jika benar, penulis pasti PR yang dilakukan itu hanya dengan ringkas sahaja. Atau pun ianya sengaja ditokok tambah ?

9.Satu persoalan lagi ialah, setahu penulis, doktor itu tidak akan membuat sebarang prosedur, sentuhan atau pemeriksaan fizikal yang boleh menjejaskan sebarang bukti yang ada KECUALI jika doktor itu tidak diberitahu daripada awal oleh Saiful, mungkin kerana Saiful malu, takut atau tidak berterus terang .

10. Tetapi andainya doktor itu tahu tetapi meneruskan juga pemeriksaan anal (dubur) ke atas Saiful, ianya menunjukkan doktor tersebut telah melakukan kesalahan yang besar dan tidak boleh dimaafkan KECUALI jika doktor tersebut mempunyai niat yang lain seperti untuk mengada-adakan cerita atau pun menidakkan cerita!

11.Dalam konteks ini, doktor tersebut telah tersalah langkah.

12.Memeriksa anal (dubur) pesakit tetapi doktor telah diberitahu yang pesakit mengatakan dia diliwat adalah satu tindakan yang tidak profesional dan memalukan para doktor sekalian!

13.Cuma yang betul ialah doktor tersebut menasihatkan Saiful ke hospital kerajaan untuk pemeriksaan selanjutnya. Itu sahaja yang betul!

14. Dan yang menimbulkan satu persoalan lagi, hampir semua media termasuk media antarabangsa begitu cepat melaporkan isu ini TANPA mendapatkan kesahihan mengenai validity laporan kesihatan daripada Hospital Pusrawi.

15. Padahal, laporan tersebut tidak sekali-kali boleh dijadikan bukti untuk memaksa kerajaan menggugurkan kes liwat terhadap Anwar Ibrahim.

16. Dan yang menjadi mangsa sebenarnya ialah rakyat Malaysia kerana telah dikelirukan dan tidak mendapat gambaran yang sebenarnya mengenai isu ini.

17. Memang benar, jika sekali imbas, isu ini pasti nampak meyebelahi Anwar Ibrahim dan rakyat akan marah.

18. Padahal penulis pasti, Anwar Ibrahim sendiri tahu bahawa laporan tersebut amat mencurigakan dan tidak bermakna apa-apa pun jika di bawa ke mahkamah.

17. Seperti kata penulis, laporan kesihatan daripada Hospitak Pusrawi tidak valid sama sekali

Untuk rujukan:-

MEDICAL EXAMINATION

General Information

1. All patients should receive a complete head to toe physical examination
2. It is the patient’s right to consent or refuse any aspect of the exam and evidence collection
3. The patient may have a support person (relative, friend, or advocate) present during the exam
4. If suspected or known oral sodomy, it is preferable that the patient does not eat or drink before the exam, but the patient’s comfort should not be compromised to achieve this
· Oral swabs, for example, should be obtained immediately if patient
is thirsty or wishes to rinse mouth
5. Use powder free gloves and change gloves frequently during exam and evidence collection

Examination Technique

Perianal bruising, petechiae, edema, discharge, bleeding, tenderness, abrasions, lacerations, erythema, inflammation, and visible anal laxity

1. Use good light source
2. Use magnification with otoscope, visor, or colposcope
3. Separate anal folds to visualize injuries
4. Digital exam is not indicated, except if concern for foreign body retention
5. Anoscopy is indicated only if there is active rectal bleeding or rectal pain
6. Lubricant should be used for anoscopy. To avoid contamination by lubricant, perform anoscopy only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION
7. Apply Toluidine blue to identify abrasions on skin surface only AFTER FORENSIC SWAB COLLECTION

norvandri.blogspot.com

default

Ezam gegarkan Perak

on Saturday, July 26, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jika Anwar mahu menyalahkan DEB sebagai punca kepada segala permasalahan rasuah kerana ada pengagihan kontrak yang tidak seimbang, maka beliaulah yang sebenarnya telah menjadi PUNCA kepada kepincangan tersebut!”

“Sewaktu Anwar menjadi Menteri Kewangan, beliau telah memperkenalkan sistem melahirkan Kontraktor Bumiputera Wibawa. Anwar telah mengarahkan Kementerian Kewangan memberikan setiap syarikat syarikat yang terpilih ini kontrak bernilai paling minima RM1 bilion, tanpa sebarang tender [direct nego]”
Itulah antara petikan ucapan Ezam dalam ceramahnya di Perak malam tadi.


22 Julai – Selasa;- bertempat di perkarangan gelanggang bolakeranjang pekan Kerai, Sungai Siput, UMNO Bahagian Sg Siput telah menganjurkan Ceramah Khas Ezam Mohd Nor.

Tempat ceramah terletak betul betul dihadapan Balai Polis pekan Kerai.

“Gegaran sudah mulai dirasai di Perak ini, ceramah UMNO semakin mirip ceramah PAS sewaktu mereka jadi pembangkang disini. Tengoklah hadirin yang datang malam ni.., dulu tak pernah ramai macam ni” ujar seorang Ajk Bahagian UMNO Sg Siput.


<


Ceramah Ezam semakin mendapat sambutan. Ruang tempat duduk penuh sehingga limpahan ratusan hadirin terpaksa berdiri dibahu jalan dan ada kalanya memperlahankan kenderaan yang lalu lalang disitu.

Ezam telah berjaya menanamkan keyakinan hampir seribu hadirin malam tadi atas semua penjelasannya mengenai keadaan politik semasa. Terutamanya dalam isu kemelut politik Pakatan Rakyat yang semakin longlai, dan juga pendedahan eksklusif perihal Anwar Ibrahim

default

Komen Pembaca Blog Mengenai Isu Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


BISMILAHHIRAHMANIRAHIM
SELAWAT DAN SALAM KEATAS JUNJUNGAN BESAR NABI MUHD SAW.ASSALAMUALAIKUM MASYAALLAH ! TUDUHAN KPD ANWAR TERUK.BACA DAN RENUNGKANLAH.
Tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang amat berbeza dgn situasi 1998.pd masa itu anwar mungkin boleh berkata konspirasi kerana beliau masih tpm,sekarang bukan tpm.pd 98 semua tertuduh kes liwat ditahan polis terlebih dahulu dan membuat pengakuan diliwat semasa dlm tahanan polis,keculi azizan yg membuat pengakuan awal di hadapan bekas imam besar masjid negara,yg mana sekarang bekas imam itu ahli parlimen baling ,kedah.

Sekarang pulak si saiful ini buat pengakuan bukan di bawah tahanan polis.betul saiful ada berjumpa dgn najib (tpm),tetapi najib pun tak berani bagi komen apa2 kerana takut dituduh berkonspirasi atau perangkap drp anwar,najib hanya berkata kpd saiful buat apa yg perlu.habis setakat itu pertemuan dgn najib.keesokan hari saya difahamkan saiful ke hkl kerana hendak buat pemeriksaan susah utk membuang air besar dan setelah pemeriksaan doktor megarahkan saiful membuat laporan polis di pondok polis hkl.bukannya saiful pergi buat laporan polis secara “grand” dgn diiringi wartawan dan dan politician,kemudian hebahkan di media masa secara meluas.

Media masa mula melaporkan perkara ini pun setelah dihebahkan oleh anwar di hotel quality shah alam yg polis akan menangkap beliau kerana ada konpirasi politik terbaru.dan keberanian yg ada pada saiful ini agak luar biasa,tanpa akuan bersumpah,dgn diiringi keluarga ke hkl utk pemeriksaan.dan jarak antara tempoh diliwat dgn tempoh laporan sgt dekat.diliwat 26.jun,laporan polis 28.jun.

Sebenarnya pada 27 jun,anwar sudah mula gelisah apabila saiful hilang.beliau menelefon ke sana sini bertanya tentang saiful dan mengarahkan org2 yg rapat dgn beliau mencari saiful.kenapa beliau gelabah jika pembantu kpd pembantu peribadi beliau yg hilang ? pd tahun 98,kita semua boleh lihat pd masa itu majority org melayu bersama anwar.tetapi sekarang berapa kerat sgt org melayu bersama anwar.ini boleh diukur dgn perhimpunan di ipk kl dan di rumah anwar.

Persoalannya jika saiful pembantu kpd pembantu anwar,kenapa anwar agak rapat dgn saiful dan dibawanya saiful beberapa kali ke luar Negara dan ke sabah.jika anwar betul2 ada akal beliau tidak pilih budak saiful ni sbg pembantu,saiful ni budak mentah lagi,tiada pengalaman politik,kenapa beliau tidak pilih di kalangan pemuda2 pkr atau mpt pkr sbg pembantu,sedangkan mereka ini lbh pengalaman.

Sepertimana yg kita semua sedia maklum yg saiful ini bersedia utk bersumpah,tapi kenapa anwar tak sanggup bersumpah.MASYAALLAH ! wahai sahabatku sekelian sedarkah anda semua tuduhan yg dihadapi oleh anwar sekarang AMAT BERAT,DICELA,DIHINA,DIAIBKAN bukan saja seluruh Negara malah boleh dikatakan seluruh dunia.dan ini boleh mencacatkan pandangan masyarakat dan dunia islam terhadap anwar yg sering dipandang dan dilabel sbg pemimpin berimej islam.Pesoalan juga timbul difikiran saya,kenapa kedua dua peguam yg mewakili anwar dlm kes ini India.kenapa tiada peguam melayu islam sepertimana dlm kes pertama dulu,yg mana beliau diwakili oelh 9 peguam terdiri drp pelbagai agama dan bangsa termasuk islam.

Perbicaraan di mahkamah masih lagi lambat,imej anwar harus dpulihkan segera.tida cara lain utk membersihkan nama beliau melainkan dgn cara BERSUMPAH ATAU BERMUHABALAH.andaikata perbicaraan di mahkamah nanti pun memutuskan anwar bersalah,tetapi jika anwar sudah bersumpah ianya dapat mengembalikan keyakinan org2 islam utk bersama beliau,dan org2 ini tetap yakin anwar tak bersalah dan pada masa kita dpt bayangkan berapa ramainya penyokong anwar pada masa itu.dan pada masa itu barulah kita boleh bercakap perkara ini semua konspirasi.

Anwar tak perlu guna helah ada ulamak kata tak perlu bersumpah,anwar juga harus ambil kira ada ulamak yg suruh bersumpah termasuk tok guru nik aziz.perbezaan pendapat ulamak ini perkara biasa,seperti mana sabda nabi perbezaan pendapat antara ulama diakhir zaman ini adalah rahmat buat umatku (kpd mereka yg arif,kalau saya salah tentang sabda ini tlg perbetulkan saya).

Tentang qazaf dan apa yg saya faham,qazaf ini digunapakai terhadap tuduhan berzina,maknanya org yg melakukan seks atau liwat atas dasar suka sama suka dan apabila ditangkap mereka tak mengaku,maka hendaklah kita kemukakan empat saksi.sebab itu pencegah maksiat jika hendak buat serbuan mereka mesti ada 4 org atau lebih.bg org yg membuat pengakuan dia diliwat atau dirogol jika kita gagal kemukakan 4 saksi maka penyelesaiannya ialah BERMUHABALAH.Anda semua harus pandai bezakan antara zina dan rogol.zina suka sama suka,rogol paksaan.mana ada dlm dunia ni perogol atau peliwat yg nak rogol atau liwat mangsanya di depan 4 org.mestilah ianya dilakukan ditempat sunyi,kalau dah ada 4 org saksi maka si perogol atau peliwat ini dah tentu MAKAN PENENDANG 4 org ini tanpa sempat merogol atau meliwat.

Sbg contoh seorang wanita cantik cun melecun sedang berjalan di kawasan sunyi,tiba2 dtg seorang lelaki tarik beliau masuk ke dalam kereta dan dibawa ke dlm hutan lalu merogolnya.wanita itu tidak melawan semasa dirogol kerana takut dibunuh dan bibakar mayatnya,maka wanita itu pun terpaksalah buat berpura pura suka pada perogol ini.selepas selesai episode rogol merogol ini,wanita ini pun pulang dgn selamat dan beritahu keluarga beliau yg dia dirogol,kemudian wanita ini di bawa ke pejabat agama utk buat laporan,dan pada masa itu pegawai agama itu akan bertanya begini.kamu ada 4 saksi tak melihat kamu dirogol ? wanita itu jawab tiada.kalau tiada kamu boleh balik,kerana gagal kemukakan 4 saksi.ADAKAH INI KEADILAN YG DIKEHENDAKI DLM ISLAM ? DI MANA KEADILAN ? CUBA BAYANGKAN JIKA PERKARA INI BERLAKU KPD ADIK BERADIK ATAU SAUDARA MARA KITA.

Wahai sahabatku,islam dan sains teknologi ini ada kena mengena,kalau takde kena mengena maka sampai hari ini pun kita masih naik unta atau kapal laut ke mekah,jika tiada kena mengena susah kita hendak menentukan arah kiblat,tarikh puasa dan hari raya.jika tiada kena mengena maka tak sampailah org islam di angkasa lepas.sebab itu ada satu ayat yg diperkatakan oleh yusof qardhawi (ulamak sanjungan anwar) iaitu QARENAH.dan QARENAH ini ,pendapat drp yusof qardhawi ini yg mengatakan kaedah yg boleh diterima pakai oleh semua pihak dlm islam sekarang adalah perkara yg berkaitan dgn sains dan teknologi termasuklah cctv ,DNA dan apa2 lagi yg ada kaitan yg boleh dijdikan bukti dari sudut sains dan teknologi,selain drp 4 saksi tadi.

Oleh yg demikian jika anwar ibrahim atau saudara mara beliau atau kenalan2 beliau yg terbaca tulisan ini,nasihatlah kpd beliau jika beliau tak bersalah cepat cepatlah bersihkan nama beliau dgn cara BERMUHABALAH,tak payah lagi teruskan pelbagai kerenah seperti sekarang kerana ianya amat lambat utk pulihkan imej beliau.kasihanilah bapak beliau (pak berahim) yg sedang uzur sekarang dan juga kasihanilah anak isteri beliau.apakah dia sanggup melihat bapa beliau memejamkan mata di dunia ini dgn pelbagai tuduhan yg mengaibkan anwar,sperti mana ibu anwar dulu memejamkan mata beliau sewaktu anwar di penjara..ingat wahai sahabatku,tuduhan terhadap anwar ini amat aib sekali,maka beliau perlu berusaha membersihkan nama beliau secepat mungkin.anwar juga harus memikirkan maruah anak isteri beliau,mereka juga malu hendak berdepan dgn masyarakat selagi anwar tak bersihkan nama beliau.saya juga dimaklumkan yg anak lelaki anwar sekarang ini mohd ikhsan juga hidup dlm tekanan,hingga berkrisis teruk dgn anwar.budak remaja ini seperti tiada arah tuju sekarang,sudah mula merokok di kawasan kolej (help institute) damansara,hingga merunsingkan pengetua kolej.sebab itu jika kita melihat setiap kali kemuculan anwar dimana2 beliau hanya ditemani oleh anak2 perempuan,anak lelaki tunggal beliau tidak ikut sama.wallahualam.

Sekiranya anwar bersalah,maka saya rasa lebih baik beliau selesai kes ini dgn saiful diluar mahkamah,serta mohon maaf kpd seluruh rakyat Malaysia,jgn terlibat dgn politik lagi dan bawa keluarga berpindah ke luar Negara.jika anwar sanggup lakukan semua ini rakyat Malaysia akan kenang anwar sbg pemimpin yg jujur dan berani mengaku kesalahan.pd pendapat peribadi saya,tak ingin melihat anwar dipenjara,kerana beliau sbg bekas pemimpin sedikit sebanyak ada juga jasa kpd Negara,tak sanggup melihat seorang yg dah berusia 60 tahun ada anak isteri,cucu dan menantu berada di penjara.kerana pada waktu usia sebegini sepatutnya waktu utk beliau hidup bersenang lenang bersama keluarga,bukannya di penjara.ingat wahai dsai masih belum terlambat utk kita menyesali kesalahan yg pernah kita lakukan.allah itu maha pengampun,maha penyayang kpd umatnya.sedangkan nabi boleh memaafkan umatnya ,apatah lagi kami rakyat Malaysia yg sentiasa mudah melupakan kesilapan2 pemimpin2.jika anwar berada diluar Negara sekalipun,tidak semestinya beliau tidak boleh memberi pendapat2 yg bernas yg boleh dikongsi bersama utk Negara ini.saya tidak nafikan ada juga pendapat2 anwar ini yg baik dan boleh dipakai.saya juga sanjung pendapat2 anwar semasa debat harga minyak tempohari,sekurang kurangnya ianya dpt membuka mata kerajaan melihat masaalah rakyat. Saya pun tak suka juga harga minyak mahal.
Oleh yg demikian saya harap anwar dapat fikir semasak masaknya,keputusan yg harus dibuat.jgn buang masa dgn pelbagai kerenah seperti sekarang,kerana jika ianya tidak diselesaikan dgn segera maka lebih banyak persepsi yg akan timbul dan lebih banyak pekung didada yg akan terbongkar.walahualam,hanya allah swt dan anwar sendiri yg tahu segala galanya.

Sekian sahaja setakat ini,yg baik dtg drp allah,yg buruk dtg drp saya.

wasalam
ZEMI

medan-info-kita.blogspot.com

default

Bila Islam Dijual Beli Dengan Kuasa

on Wednesday, July 23, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Oleh Adnil Mohd

Shah Alam -- Jika dahulu sambutan kemenangan Pakatan Rakyat (PR) diumumkan dengan projek babi mega, hari ini pembinaan surau pun sudah mula dipertikaikan oleh wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Kejadian Ahli Parlimen Kelana Jaya dari PKR ditampar oleh pembantu ADUN Seri Setia (PKR), semalam, kerana mempertikaikan pembinaan surau hanya mencerminkan sikap biadap wakil rakyat bukan Islam dalam Pakatan Rakyat.

Jika ia membabitkan Barisan Nasional pasti Pas sudah berceramah ke serata negara mengatakan Islam sedang dihina oleh BN dan UMNO.

Sebaliknya perisitiwa ini disenyapkan oleh laman utama Pas, Harakahdaily mahu pun laman-laman pro Pas yang lain. Mengapa? Inilah padahnya bila Islam dijual beli dengan kuasa.

Umum sudah mengetahui bahawa di sebalik adanya Parti Islam se-Malaysia (PAS) dalam Pakatan Rakyat, kedudukan Islam bukan sahaja tidak seperti dahulu, malah kian terpinggir hari ini.

Hari ini keputusan-keputusan kerajaan negeri dan PBT tidak lagi mengambil kira kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi persekutuan dan negeri Selangor.

Pas tidak berbuat apa-apa apabila EXCO dari DAP dan PKR mengumumkan bahawa rumah-rumah ibadat bukan Islam bebas dibina walau sebesar mana sekali pun.

Justeru jika esok yang menjadi mercu tanda negeri bukan lagi masjid tetapi gereja, janganlah dikeluh kesah lagi. Dulu untuk membina gereja di Shah Alam pun dibantah oleh Pas, hari ini kerana kuasa segalanya sudah berubah.

Pas juga langsung tidak melenting apabila EXCO Kanan kerajaan Negeri, Teressa Kok membantu kempen mengutip tandatangan bagi mendesak suara azan diperlahankan atau tidak lagi boleh dilaungkan menggunakan pembesar suara.

Malahan Ahli Parlimen Shah Alam (Pas), Khalid Samad sanggup berucap dalam gereja di Shah Alam dan mengumumkan persetujuan Pas membenarkan risalah agama kristian dalam bahasa Melayu menggunakan nama Allah sebagai ganti nama tuhan.

Jika dahulu, Dr. Mohamad Khir Toyo dikutuk dan dikeji oleh Pas kerana masih membenarkan pusat hiburan wujud dalam keadaan terkawal, hari ini Pas bukan sahaja tidak menutup walau satu pun pusat hiburan seperti yang mereka laung-laungkan dalam ceramah sebelum ini, malah jumlah pusat-pusat hiburan dan rumah urut kian bertambah di Selangor.

Mungkin inilah konsep kesamarataan mengikut citarasa pemimpin Pas. Apa yang dulu mereka tentang untuk menjatuhkan UMNO, hari ini mereka sokong dan agungkan demi kuasa.

Sumber : www.pembangkangselangor.com

default

PAS akui pertemuan dengan Umno

on Monday, July 21, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Jul 21, 08 1:55pm
PAS mendedahkan parti itu memang mengadakan pertemuan dengan perdana menteri seperti pendedahan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi semalam melibatkan beberapa pemimpin tertinggi parti "bagi menjayakan muzakarah dengan Umno."

Berbeza dengan tanggapan naib presiden Datuk Husam Musa yang menganggap kenyataan Abdullah itu bertujuan memecah-belahkan PAS, presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata pertemuan-pertemuan tersebut telah dimaklumkan kepada majlis syura dan jawatankuasa pusat PAS.

Menurut kenyataan Abdul Hadi hari ini, pertemuan pertama diadakan tidak lama selepas pilihanraya umum Mac lalu melibatkan timbalan presiden Nasharudin Mat Isa, ketua pengarah pilihanraya PAS dan juga pesuruhjaya Terengganu Datuk Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad.

Tempat pertemuan tidak dinyatakan.

"Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam," katanya dalam kenyataan tersebut.

Sementara pertemuan kedua diadakan di bangunan Parlimen antara Nasharudin dengan Abdullah - masa tidak disebut.


Kenyataan penuh presiden PAS seperti dimuatkan di media web rasmi parti itu Harakahdaily.net hampir tengah malam tadi:

PAS tidak menafikan bahawa memang telah ada pertemuan antara pimpinan tertinggi parti dengan YAB perdana menteri yang juga selaku presiden Umno, bagi membincangkan isu-isu kepentingan bersama berkaitan umat Islam dan bangsa Melayu.

Perjumpaan pertama dengan YAB perdana menteri berlaku sejurus selepas pilihanraya umum ke-12 yang lalu yang melibatkan timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa, ketua pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Datuk Mustapha Ali dan ahli parlimen Shah Alam, Abd Khalid Samad.

Pertemuan ini telah pun dilaporkan kepada mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat dan Majlis Syura Ulamak PAS.

Berikutan itu Majlis Syura Ulamak PAS telah mengambil ketetapan bersetuju sebulat suara merestui presiden, timbalan presiden dan setiausaha agung PAS bagi mempertingkatkan usaha yang bersungguh-sungguh dalam menyatupadukan umat Islam dan rakyat Malaysia berlandaskan Islam.

Sehubungan dengan ketetapan itu pertemuan telah diadakan lagi di bangunan Parlimen yang melibatkan timbalan presiden PAS dan YAB perdana menteri, yang telah dilaporkan kepada saya dan Majlis Syura Ulamak.

PAS bersedia bagi menjayakan muzakarah dengan Umno ini demi kebaikan umat islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Presiden PAS
20 Julai 2008

malaysiakini.com

default

Keterbukaan pilihan Shabery perjuang pendirian kerajaan

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Oleh Hishamuddin Aun (hishamaun@nstp.com.my)

Orang ramai boleh buat pertimbangan bersandarkan hujah dan penjelasan

LAMA sesudah selesainya debat kenaikan harga minyak malam Selasa lalu, telefon bimbit Datuk Ahmad Shabery Cheek tidak henti-henti menerima SMS. Pada hitungan terakhir, lebih 300 pesanan ringkas diterimanya hingga keesokan hari.

“Macam baru menang pilihan raya,” katanya.


Blognya, notashabery.com, turut tersenarai antara lima tertinggi paling kerap dilayari, kecuali ia tidak hanya memuatkan ucapan syabas selain kupasan terhadap butir bicaranya, malah juga caci-maki.
Menteri Penerangan itu, yang terkenal murah senyum - malah ketika berdebat pun turut tidak lekang dengan senyuman - masih mampu terus tersenyum. Baginya, tiada langsung sebab untuk bermuram.

Di Parlimen keesokannya, ramai penyokong kerajaan mengucapkan tahniah. Kalau pun ada sindiran atau renungan tajam dari barisan pembangkang, itu dianggapnya lumrah. Lagipun, bukan wakil pembangkang yang diharapkannya untuk dimenangi hati mereka.

Demikian juga beliau menyimpulkan keputusan debat ‘Hari Ini Membentuk Kerajaan, Esok Turun Harga Minyak’ anjuran laman web AgendaDaily pada malam itu ? sebahagian memberi kemenangan kepadanya, manakala sebahagian lagi kepada Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim, tergantung kepada kecondongan masing-masing.



“Saya tidak terlalu tersentuh dengan pandangan bahawa Anwar yang unggul pada malam itu,” kata Shabery di pejabatnya kelmarin. “Seperti mana-mana debat yang ada pencadang dan ada pembangkang, saya rasa saya sudah melakukan tugas saya.”

Cuma yang berbeza ialah Anwar yang menjadi pencadang dan Shabery pula pembangkang ? berlawanan dengan keadaan sebenar.

“Saya bukan berdepan sembarangan pendebat. Jika saya dilihat berupaya merobek sedikit (kekebalan) Anwar, saya anggap itu satu pencapaian. Dan saya juga rasa berjaya membuat Anwar kelihatan kerdil walaupun untuk seketika,” katanya.

Seperti dikatakannya sebelum debat berkenaan, tujuannya hanyalah untuk mempertahankan dasar dan keputusan kerajaan selain memanfaatkan peluang menyerlahkan Anwar bukanlah hebat sangat.

“Kalau nak cakap soal siapa menang dan siapa kalah, maka bukan Anwar yang jadi lawan. Saya boleh cabar Ketua Penerangan PKR untuk berdebat,” katanya.

Dalam pada itu, Shabery yang mempertaruhkan jawatannya selaku Menteri Penerangan andainya dianggap gagal dalam debat berkenaan di sebalik sedar ia tugas amat berat, mengakui harus tersilap percaturan.

Persiapannya kurang seminggu, itu pun sekembalinya dari satu persidangan di Venezuela, 9 Julai lalu.

“Saya tidak duga ‘point’ Anwar (cadangan turunkan harga minyak cuma 50 sen seliter daripada RM2.70 sekarang berbanding ucapannya berasaskan RM1.92 seliter sebelum Pilihan Raya Umum 8 Mac lalu) semudah itu.

“Seketika saya rasakan debat itu tidak harus dilanjutkan tapi tak mungkin saya boleh buat begitu. Lihatlah Anwar boleh mengubah-ubah modal perbahasannya sedangkan jika dirujuk ucapannya sebelum pilihan raya, dia patut cadang harga lebih rendah dari itu,” kata Shabery.







Keduanya, dengan bermirip kepada debat pemilihan Presiden Amerika Syarikat, tanggapannya ialah tidak salah untuk menyerang kredibiliti lawan kerana itu juga suatu kekuatan perdebatan.

“Saya tidak serang secara peribadi. Tapi saya nak ingatkan penonton apa yang Anwar cakap atau buat ketika dia pemimpin pelajar, ketika dia dalam kerajaan, dengan apa yang dikatakannya sekarang.

“Bagi seseorang yang menjanjikan itu dan ini sekarang, dia harus mempertahankan apa yang dikatakannya pada masa lalu.

“Anwar tidak pun punya kredibiliti untuk pertikai soal IPP (Pengeluar Tenaga Persendirian), malah dia tidak lakukan apa-apa untuk pinda AUKU (Akta Universiti dan Kolej Universiti) ketika jadi Menteri Pendidikan.

“Apabila saya bangkitkan soal itu, saya jangka orang ramai boleh terima, rupa-rupanya tidak, saya dikatakan main kasar. Debatnya saja mirip pemilihan Presiden Amerika tetapi saya lupa audiensnya tidak,” katanya.

Menoleh ke belakang, Shabery menganggap debat itu menyingkap lembaran baru dalam erti keterbukaan dalam menyuarakan pendapat ? tanpa perlu demonstrasi jalanan, tanpa kata nista dan cacian.

Orang ramai boleh membuat pertimbangan sendiri bersandarkan kepada hujah dan penjelasan, antaranya subsidi minyak lebih tinggi bukanlah kaedah terbaik membendung inflasi.

Keterbukaan, katanya, tidak semestinya memungkinkan pergaduhan atau sifat perkauman.

“Kerajaan tidak akan tumbang hanya kerana satu atau dua debat dibenarkan,” kata Shabery yang mempertahankan pendiriannya itu adalah konsisten dari zamannya sebagai pelajar, ketika di dalam Semangat 46 mahupun hingga kini.

Diberikan sedikit kuasa, keterbukaan seperti ini yang akan saya perjuangkan agar pada masa depan, saya dapat tunjukkannya sebagai ‘track record’ saya. Generasi masa depan lebih saya beratkan,” katanya.

Jika benar dianggarkan 4.4 juta menonton ? ketiga terbesar tahun ini di belakang Anugerah Juara Lagu dan Anugerah Bintang Popular ? Shabery harus semakin dikenali melalui debat malam itu walhal ia bukan pun acara hiburan.

Harus beliau sendiri amat terperanjat keesokan selepas debat itu apabila doktor sebuah klinik di Jalan Imbi, Kuala Lumpur yang ditemuinya untuk merawat luka kecil dicakar kucing di kakinya, enggan menerima bayaran.

“Saya berkeras untuk membayar tapi doktor itu juga berkeras enggan menerimanya dengan alasan: ‘Saudara sudah menjalankan kerja dengan baik malam tadi’.”

Nadanya tidak pun berbeza apabila Shabery menghadiri mesyuarat mingguan Kabinet di Putrajaya pagi kelmarin, untuk menerima ucapan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi: “You did a good job.”

Apakah kesan positif kepadanya menjelang mesyuarat agung bahagian Umno, Oktober nanti yang disusuli perhimpunan agung parti, dua bulan kemudian?

“Saya tidak berganjak daripada pendirian untuk tidak bertanding sebarang jawatan kerana debat ini bukan untuk kepentingan politik peribadi,” katanya.

Di sebalik senyumannya yang terus meleret, harus tersembunyi kecekalan.

(Rencana ini tersiar dalam Berita Minggu 20 Julai 2008)

default

Mesyuarat Umno Cawangan bermula ...

on Sunday, July 20, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment




inilah kali pertama saya terlibat dengan mesyuarat peringkat UMNO cawangan di bahagian permatang pauh . sebagai ahli pemuda ,mesti la melalui mensyuarat pemuda cawangan terlebih dahulu. jelas seperti yang abah saya beritahu tiada apa2 pertandingan ,semua dicalon dan disokong terus sebulat suara setuju. nama2 untuk peringkat bahagian pun kita tidak kenal tetapi nama itu di bagi dalam sekeping kertas terus dicadangkan . Walau bagaimanapun , ini diperingkat cawangan dan perkara ini sudah biasa dari dahulu dalam perlantikan jawatan ..jika dia rajin dan buat kerja ,namanya akan dicadangkan untuk jawatan AJK .

cuma apa yang saya hendak sentuh ini ialah senario sekarang sudah berubah di negeri2 yang ditawan pembangkang seperti cawangan saya di kubu kuat PKR . ada usul dari pemuda yang mengatakan dulu kita kita mensyuarat dalam dewan dan bangunan ,kini cuma di dalam khemah sahaja. pemohonan untuk menyewa dewan PPK kampung pun ditolak dan mungkin bos baru PPK adalah orang PKR . Jelas inilah antara kesan selepas PRU 12 kepada ahli2 umno yang selama ini selesa dan kini mensyuarat cuma dalam khemah sahaja.

saya cukup tertarik dengan semasa usul yang dicadangkan oleh wakil pemuda yang mengkritik dengan kritikan untuk menyedarkan ahli2 selepas PRU 12 ..kita tidak menjalankan kerja2 dengan baik ,meraih undi dan sebagainya .. .beliau juga turut mengkitik pemimpin2 UMNO yang berlagak dengan status elit mereka ,dengan kereta2 besar dan ia menyerlahkan lagi tanggapan rakyat yang mengatakan UMNO hanya untuk golongan elit2 .

saya juga turut mengemukakan usul agar UMNO bahagian menarik lebih ramai keanggotan ahli dari golongan muda terutama dalam pemuda dan puteri .antara faktor kekalahan UMNO dan BN adalah undi dari pengundi muda . untuk cawangan saya sendiri pun pemuda yang hadir adalah 15 orang ..hanya 15 orang ini yang buat kerjasemasa pilihanraya dulu..jadi jawatan2 AJK dan lain2 dipenuhi oleh orang yang sama sahaja . apa yang saya lihat UMNO perlu berubah dari peringkat akar umbi seperti peringat cawangan ini. tangisan dari Tuan Haji selaku Ketua cawangan sememangnya dijangka melihat keadaan senario yang berlaku sekarang ..saya menghormati beliau dan perjuangan mereka dari dahulu dengan Arwah tok wan saya ialah untuk pertahan PP dari jatuh ke tgn DAP dan ia berlaku juga akhirnya ia berlaku juga hari ini.

bagi saya , tarikh 20/7/2008 akan bermulanya perjuangan saya dalam UMNO . Dengan penerimaan surat yang berserta no ahli UMNO iaitu 04029745 dari UMNO Pusat maka bermula la perjalanan karier politik saya dan meneruskan tradisi perjuangan datuk nenek berjuang di dalam parti kebanggaan bangsa Melayu ini iaitu UMNO .

Generasi Pejuang Bangsa akan meneruskan perjuangan membela Bangsa,Agama dan Negara

UMNO Dulu ,KINI dan Selamanya

BERSATU ,SETIA ,BERKHIDMAT

default

DEBAT ANWAR- KOMEN TUN DR MAHATHIR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


DEBAT ANWAR- KOMEN TUN DR MAHATHIR


1. Saya harus mengucapkan tahniah kepada Kerajaan pimpinan Dato' Seri Abdullah Badawi kerana membenarkan debat antara Pembangkang dan Kerajaan, khususnya antara Dato' Seri Anwar Ibrahim dan Dato' Shabery Cheek.

2. Ia bukanlah satu pertandingan yang adil. Shabery sangat kurang pengalaman didalam bidang yang mana Anwar adalah jaguh iaitu bercakap. Perkara yang didebatkan pula sudah pasti meletakkan Kerajaan didalam keadaan tertekan.

3. Apabila Shabery menimbulkan apa yang telah dikatakan oleh Anwar mengenai saya pada masa lampau, ianya telah sedikit sebanyak menjejaskan kredibiliti Anwar. Tetapi adalah jelas bahawa Shabery gementar.

4. Sebagaimana yang saya katakan, Anwar boleh meyakinkan terutama kepada mereka yang mahu mempercayainya. Media Barat telah membuat kesimpulan bahawa tuduhan terhadap Anwar kali ini adalah sama dengan agenda politik yang lama yang dibuat untuk menghalangnya menjadi Perdana Menteri.

5. Pada masa lalu saya adalah sasaran utama. Dato' Seri Abdullah telah menafikan pembabitannya kali ini tetapi media Barat dan teman-teman Anwar dari Amerika tidak dapat diyakinkan dan akan terus mengaitkan Abdullah.

6. Tetapi, adakah Kerajaan sekarang sebegitu bodoh dan tidak mempunyai daya imaginasi untuk menggunakan "taktik" yang sama terutamanya memandang kepada sikapnya yang kritikal terhadap Kerajaan dahulu? Pastinya ia mampu untuk menggunakan cerita lain yang lebih meyakinkan jika ia memang merancang ataupun berkonspirasi terhadap Anwar. Ada kebarangkalian bahawa ceritanya sama kerana ianya benar.

7. Mungkinkah pihak yang membuat lapuran kali ini seorang yang cuba meniru? Agak mustahil. Tidak ramai yang sanggup kehadapan dan mengumumkan sesuatu yang amat mengaibkan seperti kena liwat. Sebenarnya, dalam peristiwa yang lalu, sekurang-kurangnya dua orang menemui saya dan membuat pengakuan mereka telah diliwat oleh Anwar. Tetapi mereka tidak sanggup membuat lapuran ataupun menjadi saksi dimahkamah. Bagaimanapun, seorang dari mereka telah pergi menemui Imam Masjid Negara (sekarang ini ahli parliamen PAS) untuk mendapatkan nasihat dari sudut agama.

8. Ada beberapa tabiat yang sukar untuk dibuang. Perokok tegar akan menyatakan sedemikian. Begitu juga penagih dadah.

9. Sudah pasti ini tergantung kepada mahkamah untuk menentukan dan inipun jika kes ini akhirnya sampa kemahkamah. Mahkamah mungkin mendapati Anwar bersalah. Dia kemudiannya boleh merayu kepada mahkamah yang lebih tinggi malahan kemahkamah-mahkamah khas yang diadakan untuknya.

10. Jika dia berjaya membuat Saiful kelihatan sebagai pasangan yang rela seperti didalam kes Azizan, maka kenyataan Saiful tidak boleh dianggap sebagai bukti yang tidak dapat dipertikaikan. Anwar akan dibebaskan.

11. Anwar telah menolak untuk bersumpah diatas Quran untuk membuktikan dirinya tidak bersalah. Tetapi Saiful sanggup untuk melakukannya didalam masjid dan disaksikan oleh alim ulamak.

12. Tetapi ada seorang Mufti yang menentang cadangan ini. Jika seseorang itu tidak bersalah mengapa dia tidak boleh bersumpah untuk membersihkan namanya.

13. Menimbulkan isu "qazaf" hanyalah bertujuan untuk megalihkan tumpuan. Ianya satu ugutan terhadap sipenuduh iaitu jika dia tidak dapat mengemukakan saksi-saksi dianya akan dituduh melakukan fitnah dan akan dihukum sebat.

14. Didalam Quran terdapat banyak penekanan terhadap keadilan. Berulangkali (sekurang-kurangnya 43 ayat) didalam Quran menyeru "bila kamu menghukum, hukumlah dengan adil."

15. Syariah itu bukanlah sekadar proses membuat penghakiman dan menjatuhkan hukuman. Undang-undang syariah bertujuan untuk memastikan keadilan dilaksanakan. Akan menjadi satu ketidakadilan jika orang yang menjadi mangsa dihukum (kerana gagal mengemukakan empat orang saksi) manakala orang yang melakukan penganiayaan lepas bebas. Ini adalah satu ketidakadilan yang ketara. Pastinya tidak mungkin undang-undang Islam mengabaikan keadilan dan cuma tumpu kepada perbicaraan dan hukuman.

16. Diriwayatkan didalam Quran mengenai Zulaikha yang cintanya kepada Nabi Yusof dan dianya dipercayai mengejar Yusof kerana baju Yusof koyak dibahagian belakang.

17. Amat jelas Quran menerima bukti-bukti bersandarkan kepada keadaan (circumstantial evidence) walaupun tidak disokong oleh saksi-saksi. Ini kerana Islam meletakkan nilai yang tinggi kepada keadilan. Proses yang diambil didalam membuat sesuatu penghakiman adalah untuk memastikan keadilan tercapai. Proses itu tidak boleh disalahgunakan dan diperalatkan untuk menyekat keadilan.

18. Kerana itu Anwar tidak harus mengelakkan diri dari diadili dengan menimbulkan soal qazaf. Dia mungkin boleh mencuba melakukannya dengan undang-undang buatan manusia tetapi dia tidak harus menggunakan hukum Allah untuk mencapai ketidakadilan. Ianya melanggar lunas Islam dan ini adalah berdosa.

baca artikel asal di chedet.com

default

Anwar tipu rakyat lagi dalam debat

on Wednesday, July 16, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Debat semalam membuktikan Anwar menipu rakyat dengan mengatakan bahawa subsidi bernilai RM 5 billion boleh menurunkan harga petrol sebanyak 30 sen.

Ini diikut dengan kadar semasa pada 3 Julai 2008 menunjukkan harga minyak per barrel ialah US 145.00. Pakar analysis minyak, Matthew Simmons turut membayangkan bahawa harga minyak akan naik sehingga US 300 se barrel menjelang 2013. Ini bertentangan dengan fakta yang dinyatakan oleh Anwar bahawa minyak akan kekal pada kadar semasa.

default

Anwar ditahan di perkarangan rumah oleh pihak polis

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan oleh sepasukan polis sejurus menghampiri kediamannya di Bukit Segambut, Kuala Lumpur kira-kira jam 1.00 tengahari Rabu dari Putrajaya setelah memberikan keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR).

Difahamkan polis memintas kereta Anwar ketika menghampiri rumahnya dan setelah itu Anwar terus dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Kuala Lumpur dengan kawalan ketat pihak polis.

Beliau dibawa ke IPK bagi memberi keterangan berhubung dakwaan meliwat ke atasnya oleh bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan, 28 Jun lalu. Bagaimanapun sehingga berita ini ditulis tidak diketahui beliau akan terus ditahan reman atau akan dibebaskan selepas memberikan keterangan. Kira-kira jam 1.30 isterinya yang juga Presiden PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dilihat memasuki perkarangan IPK Kuala Lumpur.

Anwar akan dituduh bawah Seksyen 377C, jika sabit kealahan beliau boleh dihukum selama 20 tahun dan juga sebatan. Menurut Wan Azizah beliau risau akan kesihatan Anwar yang mana dia sekarang mengalami
sakit belakang dan pernah membuat pembedahan sebelum ini. Hampir 200 penyokong PKR juga beserta beberapa pemimpin DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan kok Wai, Fong Kui Lun and Anthony Loke berada di
perkarangan Ibu Pejabat Polis Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Angkat Muda PKR , sdr PKR Shamsul Iskandar, satu kumpulan kecil yang akan berjaga diperkarangan Ibu pejabat polis Kuala Lumpur jika Anwar tidak dibebaskan sehingga malam ini.

Sebelum itu peguam beliau, Sankara Nair tiba di IPK dan disusului dengan kehadiran beberapa penyokong Anwar termasuk beberapa Ahli Parlimen PKR. Sekumpulan pasukan polis telah menangkap Anwar dan di
bawa ke Ibu Pejabatr Polis Kuala Lumpur.

Terdahulu kira-kira jam 10 pagi, Anwar telah pergi ke Ibu Pejabat BPR di Putrajaya bagi memberi keterangan berhubung dengan laporan polis yang dibuatnya terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail kerana didakwa memalsukan bukti semasa kes beliau dipukul dalam tahanan polis pada tahun 1998. Musa dan Gani telah memberi keterangan kepada BPR 11 Julai lalu.

default

Hujah Anwar kosong dan memutarbelitkan tajuk debat

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Apa yang pasti satu sejarah tercipta apabila Menteri Penerangan muda telah berani berdepan dengan bekas Timbalan Perdana Menteri yang dipecat dan juga pemimpin De Fector PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. Debat yang diadakan di Dewan Bahasa dan Pustaka dipengerusikan oleh Johan Jaafar dan dua orang ahli panel - Pengarang akhbar Siasah, Zulkifli Sulong dan Nordin Kardi dari Universiti Utara Malaysia.

Debat yang bertajuk “Bentuk Kerajaan, Esok Akan Turun Harga Minyak”. Apa yang dapat diulas disini adalah debat ini sebenarnya tidak mencapai matlamat yang sebenarnya dan bukanlah pula gagal dalam konteks penerangan yang mana debat ini telah diselewengkan dari tajuk asal dimana Anwar tidak fokus kepada isu dan tajuk debat ini yang sebenar. Mungkin bagi pihak pembangkang dan rakyat biasa yang kurang arif dengan subjek teknikal menganggap debat ini berpihak kepada Anwar kerana seperti biasa Anwar telah banyak memutar belitkan fakta sebenar dan berjaya menyusun ayat -ayat yang membayangkan bahawa beliau adalah pejuang kepada rakyat. Dari segi isi sebenar Anwar gagal untuk membuktikan apa yang telah beliau janjikan dan gagal untuk membuktikan bahawa beliau boleh menunaikan janji-janji yang telah dilakukan pada pilihanraya yang lalu.

Anwar dari tajuk sebenar dengan menekan bahawa beliau akan menurunkan harga minyak sebanyak 50 sen. (Lari dari tajuk dan janji beliau pada plihanraya yang lalu) di mana harga minyak pada masa itu adalah RM1.92 jika kita masih mengekalkan harga RM 1.92 maka kerajaan perlu subsidi sebanyak 50 billion yang mana banyak pembangunan terpaksa dihentikan, projek seperti jalan, sekolah terpaksa dihentikan. Anwar banyak merapu dengan mengulangi perkara lama seperti bail out pewaja dan bail out bermacam-macam lagi benda lain yang tidak diterangkan.
.
Pujian patut diberikan kepada Shabery kerana berjaya memberikan jawapan-jawapan dan soalan yang membuat Anwar gelabah sehingga terpaksa membuat memek muka dan menepuk dahi. Yang menarik adalah apabila Shabery menyatakan bahawa Anwar lah orangnya yang bertanggungjawab dalam pembentukan IPP yang mengaut keuntungan seperti yang dikaitkan oleh Anwar dalam pembentangan beliau dengan mengurangkan reserve kapasiti tenaga eletrik negara dari 40 peratus kepada 20 peratus dan yang mendapat keuntungan adalah IPP.

Shabery juga menyatakan bahawa apa yang Anwar katakan bahawa kerajaan memutar belit keyataan sebenar melalui media masa dan lidah rasmi kerajaan adalah tidak benar sedangkan apa yang berlaku sekarang membayangkan kerajaan adalah terbuka dan membenarkan Anwar berdebat secara terus dipancarkan melalaui media kerajaan, ini tidak pernah berlaku di zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Shabery juga menyatakan, agak mudah untuk bercakap jika kita berada diluar kerajaan, tetapi mengapa apabila Anwar berada di dalam kerajaan dahulu dia tidak melakukan apa yang dia cakap hari ini. Jelas dalam debat ini di segi fakta Anwar gagal kerana banyak tipu muslihat yang pandai memutar kata-kata boleh memikat orang-orang kampung, petani atau nelayan.

Dari segi isi ianya hanyalah sekadar putaran hujah-hujah lama yang tidak berasas. Shabery juga manyatakan bahawa Anwar cuba mencari populariti dengan isu minyak ini dan manafi akan kemelut dan krisi harga minyak yang melanda dunia hari ini, beliau juga membuat tuduhan bahawa kerajaan BN adalah kerajaan yang mengamalkan rasuah dan menyerang secara peribadi kepimpinan UMNO dan BN.

Anwar yang menyangkakan bahawa beliau dengan mudah untuk memerangkap Shabery tetapi nampak agak terperanjat dengan jawapan dan juga soalan yang di lemparkan oleh Shabery terhadap beliau dan pada keseluruhannya, syabas kepada Menteri Penerangan Malaysia yang telah berani menghadapi cabaran ini dan membuktikan kepada rakyat bahawa media kerajaan tidak menutup pintu atau memutarbelitkan isu-isu yang dimainkan oleh pembangkang.

default

Tanah 999 tahun boleh bagi, anak melayu tuntut wang ganjaran IPT, pulang hampa…

on Sunday, July 13, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Sumber : www.utusan.com.my

IPOH 11 Julai – Seorang pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) di
Tanjung Malim kecewa selepas gagal menuntut wang ganjaran sebanyak RM1,000
seperti yang dijanjikan oleh kerajaan negeri Perak di Bangunan Darul Ridzuan di
sini hari ini.

Pelajar berkenaan, Norzyah Sabri, 20, yang baru sahaja mendaftar dalam
program ijazah Sarjana Muda Pendidikan (bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua) di
UPSI pada 29 Jun lepas yang ditemani bapanya, Sabri Puteh, 39, terpaksa pulang
hampa selepas diberitahu ganjaran tersebut tiada.

Noryzah berkata, semasa meminta bantuan petugas kaunter di pekarangan
bangunan pentadbiran kerajaan negeri itu untuk berjumpa dengan Exco Pendidikan
Perak, Nga Kor Ming, dia dan bapanya diminta pulang dan melupakan hasrat untuk
mendapatkan wang ganjaran tersebut.

“Kata petugas itu mana ada ganjaran sedemikian dan tidak perlu buang masa
jumpa Exco berkaitan,” katanya di sini hari ini.

Pada sidang akhbar khas yang diadakan di pejabatnya Isnin lalu, Menteri Besar
Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mengumumkan kerajaan negeri memberi
ganjaran RM1,000 seorang kepada anak negeri ini yang berjaya melanjutkan
pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Katanya, bagi menuntut wang ganjaran itu, pelajar perlu datang sendiri
berjumpa dengan Kor Ming dengan membawa dokumen pengenalan diri serta surat
tawaran ke IPTA.

Menurut Noryzah, selepas apa yang berlaku hari ini, rasa teruja mendapatkan
ganjaran RM1,000 itu sejak empat hari lalu lenyap serta-merta.

“Wang ganjaran ini heboh diperkatakan di kalangan kawan-kawan sejak Menteri
Besar mengumumkannya. Malah, ramai guru dan rakan di universiti lain menghantar
khidmat pesanan ringkas (SMS) mengingatkan saya supaya jangan lupa menuntut
ganjaran yang dijanjikan itu.

“Dengan apa yang berlaku hari ini, nampaknya kerajaan negeri mahu aniaya
pelajar seperti saya sedangkan saya mendapatkan semua dokumen termasuk
pengesahan kemasukan dan sebagainya daripada pihak UPSI tetapi segala usaha
sia-sia,” katanya.- Utusan.

P/S : Orang yang memperjuangkan Islam tak baik menipu.

default

Altantuya: Najib bersumpah depan pimpinan UMNO seluruh negara

on Friday, July 11, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

‘ Wallahi Wabilahi Watallahi’ ... Begitulah lafaz sumpah Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa menafikan beliau pernah bertemu dan mengenali wanita Mongolia Altantuya Shariibu.

Beliau melafazkannya di depan Ketua UMNO Bahagian, Exco Pemuda, Wanita dan Puteri dari 191 bahagian UMNO di seluruh negara yang menghadiri taklimat khas Presiden UMNO di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra,Kuala Lumpur petang Khamis.

Beberapa orang yang menghadiri taklimat itu memberitahu Agendadaily bahawa Najib melafazkannya secara spontan semasa giliran beliau berucap.Sebelum itu Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyampaikan amanatnya.



Ia terus sambut dengan tepukan gemuruh pada hadirin.Dalam taklimat berkenaan Abdullah telah memberi penerangan tentang proses peralihan kuasa antara beliau dan Najib.

Mereka yang ditemui selepas taklimat berkenaan berkata lafaz sumpah Najib itu menghilangkan langsung keraguan terhadap berbagai fitnah dan dakwaan yang cuba mengaitkan Timbalan Perdana Menteri dengan Altantuya.

Ini termasuk akuan bersumpah penyiasat persendirian, P Balasubramanian semasa sidang akhbar bersama Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Khamis lalu yang kemudiannya ditarik balik pada pagi Jumaat.

“Apa lagi yang perlu kita ragu…kalau tidak …tak mungkin Datuk Seri Najib berani bersumpah begitu,”kata salah seorang dari mereka.

Selasa lalu semasa ditemui Agendadaily di bangunan Parlimen Najib berkata beliau telah melafazkan "demi Allah" tidak pernah jumpa Altantuya dan menyifatkan itu adalah pengakuan terbuka bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Beliau kata demikian ketika ditanya desakan beberapa pihak agar beliau bersumpah bagi menjawab segala fitnah ke atas dirinya.

Semasa berucap pada satu majlis di Pekan Sabtu lalu Timbalan Perdana Menteri berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Katanya hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya. - 10/7/2008


Ya allah, tunjukkan la kebenarannya...tahniah DSN kerana berani bersumpah ..** orang yang tidak bersalah sentiasa dalam keadaan tenang dan wajahnya jernih ..

default

Saiful Cabar Anwar Bersumpah !!!

on Tuesday, July 8, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


Saiful Bukhari

To:anwaribrahimdotcom@yahoo.com

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Rakyat Malaysia,Dengan ini, saya Mohd Saiful Bukhari Bin Azlan ingin mencabar Anwar Ibrahim supaya BERMUBAHALAH di hadapan para ulamak.Kepada Rakyat Malaysia yang dikasihi, Ingin saya tegaskan disini bahawa isu ini adalah ISU PERIBADI antara saya dan Anwar. Saya harap agar seluruh rakyat Malaysia bertenang dan tidak termakan dengan taktik kotor si MUNAFIK yang sedang dalam kelemasan ini. Saya terima segala tohmahan dengan hati terbuka dan tidak sesekali mempersalahkan rakyat dalam hal ini.Sebagai mangsa, saya berhak untuk mendapat pembelaan. "Yang HAK Pasti Berdiri, Yang BATIL Pasti Jatuh", Allahhuakbar.Sekian,Saiful Bukhari.

p/s: kepada Anwar, tetapkan tarikh dan masa untuk BERMUBAHALAH . Insyaallah saya akan hadir. Saya tidak gentar.

default

Perjanjian Pangkor II - Bukti Nizar hanya MB Boneka DAP

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin. Lihatlah apa yang telah berlaku sekarang bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang undang.



Perjanjian Pangkor merupakan satu perjanjian yang ditandatangani pada 20 Januari 1874 antara Sir Andrew Clarke di pihak Inggeris dan Raja Abdullah ibni Sultan Ja’afar Mua’azzam Shah.

Perjanjian ini memberi kebenaran untuk Inggeris mencampuri urusan negeri Perak. Dengan perjanjian ini ianya telah membuka kepada campur tangan Inggeris secara rasmi dalam urusan negeri Melayu. Perjanjian ditandatangan di atas kapal HMS Pluto.

Kemudian, Gabenor Sir Andrew Clarke berani bertindak menjalan dan menurunkan Sultan Ismail yang bersemayam di Tanjong Belanja, Parit dari pangkat Sultan dan membenarkan Sultan

Ismail memakai gelaran “Sultan Muda” dengan memberi pencen seribu ringgit tiap-tiap bulan. Che Ngah Ibrahim tidak lagi diakui sebagai pemerintah Larut. Ini kesan Perjanjian Pangkor yang pertama. Apa pula Perjanjian Pangkor 2?

Ianya adalah surat perjanjian antara DAP dan wakil PAS bagi membolehkan PAS menjadi Menteri Besar di Perak. Menurut beberapa orang penyokong PAS, Nizar Jamaluddin (MB Perak) telah tandatangan surat ini secara terpaksa. Di kalangan pemimpin PAS yang tahu tentang surat perjanjian ini enggan mengulas lanjut tentang perjanjian ini kerana ianya memalukan pihak PAS sendiri.


Antara isi kandungan Perjanjian Pangkor 2 ialah:


1) Nizar Jamaluddin sebagai MB Perak tidak boleh menyebut Perak akan menjalankan pemerintahan Islam.



2) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh menyebut mana mana terma yang berkaitan dengan PAS atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan lain lain lagi.



3) Nizar Jamaluddin sebagai MB tidak boleh membuat keputusan sendiri sebagai kuasa MB sebaliknya semua perkara yang ingin dibuat perlu diperakukan oleh semua Exco Perak terlebih dahulu.



4) Pembahagian Exco yang diputuskan adalah 6 wakil Exco DAP, 3 wakil Exco PKR dan 1 wakil PAS. DAP juga menuntut Speaker DUN Perak dari wakil DAP.



Perjanjian Pangkor 2 ini ditandatangi antara Nga Kor Ming (Pengerusi DAP Perak) dengan Nizar Jamaluddin. Lihatlah apa yang telah berlaku sekarang bila Karpal Singh (Pengerusi DAP) telah mula berani mencabar Sultan dan tidak menghiraukan lagi undang undang.



Apa yang Nizar buat? Hanya berdiam diri kerana sudah terikat dengan perjanjian? Kalau Dato’ Hishamuddin boleh mohon maaf kerana hunus keris, mengapa Karpal Singh yang hina Sultan ini tidak boleh mohon maaf? Bukankah tindakan Karpal ini lebih racist dari itu? Mana dia Ketua Pembangkang dalam Pakatan Rakyat? Kenapa tidak tegur pun Karpal Singh ini

pembelamelayu.com

default

Kenikmatan Ketuanan Melayu di dalam BN -

by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments




salam.. maaf saya mencelah.. rasanya kita perlu balik kepada perkara yg selalu kita lupa.. "Bersyukur".. ini apa yang saya nikmati..

saya renung balik dr hari saya lahir-hospital kerajaan.. bila saya sakit-hospital kerajaan.. bila saya sekolah- di sekolah kerajaan.. buku2- pinjaman hak kerajaan..

bila kita lanjut pelajaran- biasiswa kerajaan.. bila bekerja sekarang- di sebuah konsortium yg mengharapkan projek2 kerajaan.. (bos2 saya kebanyakannya cina, mujurlah adanya syarat dr kerajaan yg mewajibkan anak Melayu sbg salah seorg dr kalangan barisan pengurusan)..

bila saya beli rumah- adanya potongan 7% utk bumiputera..

saya dpt lihat pusingan duit rakyat tu skrg.. yg mana saya antara pembayar cukai..

setakat apa yg saya terima dr dulu hingga kini, saya yakin dgn kerajaan BN mengguna pakai wang rakyat tersebut.. sekiranya ada penyelewengan, saya percaya pd Hari Akhirat.. biarlah diadili oleh Allah..

apa yang saya mahukan adalah segala apa yg saya dapat dan saya syukuri itu, dpt dinikmati oleh anak cucu kita pula..

saya bersyukur lahir sebagai Melayu Islam.. bg saya itulah Ketuanan Melayu.. Alhamdulillah, saya bersyukur.. sama2 kita jaga.. Wallahua'lam..

forum isuhot.com

default

DEBAT ANWAR VS SHABERY 'ON'

on Monday, July 7, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Penasihat Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim Ahad malam umum dalam ucapannya di depan 30,000 orang di Stadium Kelana Jaya beliau sedia sertai debat anjuran Agendadaily dengan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Shabery Cheek.

Katanya pada Himpunan Protes Sejuta Rakyat anjuran Protes bagi membantah kenaikan harga minyak, kalau boleh beliau nak berdebat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri atau dengan setengah kabinet sekali pun tak apa.

Debat dibawah tajuk ' Hari ini membentuk kerajaan,esok turun harga minyak ' yang dicadang disiarkan secara live di televisyen itu akan diadakan pada malam 15 Julai ini di Dewan Bahasa dan Pustaka,KL.

Ahmad Shabrey sebelum ini telah menyatakan persetujuannya untuk berdepan dengan Anwar dalam debat itu.

Ini adalah kali pertama debat sesuatu isu negara antara dua tokoh pembangkang dan kerajaan akan disiarkan secara langsung di televisyen.



Berikut ialah transkrip ucapan Anwar semasa beliau sentuh hal debat :

"Kita mahu ambilalih kerajaan kerana hari ini kita ambilaih kerajaan esok harga minyak tetap turun.

Sebab itulah bila ada cadangan nak adakan debat mengenai 'Hari ini menang minyak turun' Menteri Penerangan dengan saya…saya jawab lebih baik saya debat dengan Perdana Menteri, kalau tak boleh dengan Perdana Menteri seorang, saya setuju saya seorang debat dengan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri (berdua).




Ini untuk debat pada 15 Julai nanti, saya minta Datuk Dollah dan Datuk Najib setuju bincang kalau dia kata kita tidak tahu cara nak turunkan harga minyak…




Jadi saya nak terangkan pada dia, biar dia dengar betul-betul…
Saya bukan nak bagi alasan, say nak terangkan setelah saya bincang dengan pemimpin PAS, Keadilan dan DAP tentang debat ini, kalaulah Datuk Dollah dan Datuk Najib tak sanggup…saya masih sanggup dengan Menteri Penerangan pun saya nak habaq dan saya nak jelaskan pada rakyat, bagaimana minyak boleh turun.




Jangan kata pulak, Anwar beranilah dengan Menteri Penerangan…bukan, saya dah minta debat dengan Perdana Menteri dengan Timbalan Perdana Menteri…dua-dua sekalipun boleh, setengah kabinet sekali pun boleh…
Kaedahnya saya akan terangkan pada 15 Julai, inilah pertama kali saya nak ajak saudara-saudara tengok televisyen di Malaysia ini.

Jangan dia bagi alasan pulak untuk batalkan program ini…dia cabar saya, cabar…cabar…saya tak mahu…sebab tidak mahu debat dengan Menteri Penerangan…nanti kalau menang, bolehlah dengan budak-budak lawan…mari bapa budak lawan, Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri…itu first choice …tak boleh tak apalah menteri pun menteri lah.

Ini soal debat…debat ini soal harga minyak…ada orang yang tanya saya, Anwar, are you sure conclusively that you can effectively lower turunkan harga minyak di negara kita.
Saya jawab, saya tak nafi kenyataan global sekarang...saya yakin banyak bocor..banyak ruang yang kita kumpul…kita cakap harga minyak naik pendapatan negara bertambah besar…kita tahu bagaimana perlaksanaan program subsidi yang tidak semuanya menguntungkan rakyat."- 6/7/2008

default

Allah akan tentukan kebenarannya -Najib

on Sunday, July 6, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Datuk Seri Najib Tun Razak berkata beliau tidak gentar atau takut untuk menghadapi fitnah terhadap dirinya kerana yakin kebenaran akan terbukti kelak.

Timbalan Perdana Menteri berkata hanya Allah yang akan menentukan kebenarannya kelak terhadap segala fitnah yang dilemparkan kepadanya.

"Allah yang akan menentukan yang benar, Allah yang akan membalas di Akhirat, silap-silap di dunia pun dah dapat balasannya nanti," katanya ketika berucap pada majlis perasmian Persidangan Berkelompok Tahunan Umno bahagian Pekan , Sabtu.

"Saya tidak gentar, tidak takut untuk hadapi fitnah, kebenaran akan terbukti, saya dan isteri (Datin Seri Rosmah Mansor) akan hadapi segala-galanya dan yakin kebenaran akan timbul," katanya.

"Sejarah sendiri akan menilai atau menghukum apa yang kita buat (jika kita bersalah)," katanya.

Bernama melaporkan Kenyataan beliau dipercayai merujuk kepada laporan mengenai kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Kepada Umno anggota bahagian Pekan, Najib secara berseloroh berkata: "Janganlah buat saya rungsing hati dan kepala untuk serabut fikir hal di (bahagian Umno) Pekan. Dah banyak cabaran sehari dua ini, jangan ada kerenah pula di Pekan ini," kata Najib sambil tersenyum.

Najib yang juga Anggota Parlimen Pekan turut berharap mesyuarat Umno peringkat cawangan bahagian itu pada Julai ini akan berjalan lancar tanpa sebarang masalah.

"Kita bawalah nilai baru, semangat baru, terus berjuang dengan semangat baru dan jadiakan Umno parti yang segar, dinamik, anggun dan menarik kepada masyarakat," katanya.

Sebanyak 139 cawangan Umno di Pekan akan mula bermesyuarat pada 17 Julai ini dan bahagian Pekan merupakan bahagian Umno paling ramai keanggotaannya di Pahang iaitu seramai 32,087 ahli.

Najib berkata kemenangan besar Parlimen Pekan pada pilihan raya umum lepas perlu dipertahankan bagi memastikan Pekan dan Pahang terus menjadi kubu kuat Barisan Nasional.

Sementara itu Timbalan Ketua Umno bahagaian Pekan Datuk Ishak Muhamad berkata Umno Pekan akan terus berdiri teguh di bawah kepimpinan Najib bagi menghadapi sebarang fitnah yang dilemparkan pihak pembangkang terhadapnya.- 5/7/2008

default

Awas Anwar: Dr Mahathir tak mudah lupa…

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Some say let bygone be bygone. As good Muslims we should forget and forgive. It is easy to say this if you are not the subject of Anwar's plotting and vengeance. Itu pembuka kata tulisan terbaru Tun Dr Mahathir Mohamad dalam laman blognya www.chedet.com.

Dua kali berturut-turut bekas Perdana Menteri ini tulis pasal Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sejak kehangatan kes dakwaan liwat terhadapnya dan serangan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak menerusi surat akuan bersumpah P Balasubramanian yang kemudiannya ditarik balik.
Bagi Dr Mahathir seluruh hu ha drama politik pertaruhan besar yang dipertontonkan kini kepada ramai adalah hasil komplot oleh Anwar.

"Saya tidak menagih simpati daripada sesiapa. Tetapi agak keterlaluan mengharapkan saya untuk melupa dan memaafkan sesuatu yang sedang berlaku akibat komplot oleh Anwar.

"Anwar memang berjaya menghitamkan nama saya di Amerika Syarikat dan Eropah, tetapi juga di negara-negara Islam. Mereka semua fikir saya mencampakkan beliau ke penjara dengan sewenangnya atas sebab-sebab politik.

"Beliau tidak pernah ceritakan bagaimana beliau dibicarakan, bagaimana beliau dibela oleh sembilan peguam, bagaimana hakim menulis keputusan 360-muka terhadap beliau, bagaimana rayuannya ditolak sebanyak dua kali," kata Mahathir.



Dr Mahathir menambah, "Beliau (Anwar) telah menyaman saya sebanyak RM100 juta. Beliau telah berjaya menyebabkan peguam saya hilang kredibiliti. Sekarang saya tidak mempunyai peguam untuk membela saya menentang samannya. Saya masih menghadapi saman beliau".

Anwar, kata beliau, kini mengalihkan perhatiannya kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Seperti biasa beliau (Anwar) mencari seseorang untuk membuat kenyataan yang mengandungi dakwaan terhadap orang itu. Nampak macam tidak ada kaitan antara komplot beliau terhadap saya dan serangannya terhadap Datuk Seri Najib.

Dalam tulisan pertamanya mengenai isu itu Dr Mahathir bentangkan fakta-fakta mengenai penghakiman perbicaraan kes liwat Anwar pada tahun 2000-2004 dulu yang menurutnya tidak dilaporkan dengan jelas oleh media.



“Saya tidak hendak komen berkenaan dengan kes liwat oleh Dato Seri Anwar Ibrahim yang baru kerana saya ingin lihat samada taktik Anwar kali ini sama dengan dahulu - iaitu menuduh ada konspirasi (pakatan) untuk menghalang perjuangan politiknya.

Tetapi oleh kerana ramai yang meminta komen saya dalam blog maka saya akan beri pandangan awal saya,kata Dr Mahathir.

Menurutnya masih ramai yang percaya bahawa Mahkamah Rayuan (Appeals Court) terakhir telah menolak tuduhan bahawa Anwar telah liwat Azizan dan dengan kerana itu mendapati Anwar tidak bersalah dan boleh dibebaskan.

“Saya ingin perturunkan disini keputusan dua daripada tiga hakim yang mendengar rayuan Anwar. "Tun Jebat" pada 1hb Julai telah catatkan keputusan ini juga. Keputusan ini berbunyi;

"Even though reading the appeal record, we find EVIDENCE TO CONFIRM that the appellants (Anwar dan Sukma) were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometime, this court, as a court of law, may only convict the appellants if the prosecution has successfully proved that the alleged offences as stated in the charge, beyond reasonable doubt".

Yang jelas daripada apa yang di sebut di atas ialah hakim-hakim ini mendapati ada cukup bukti yang mengesahkan Anwar dan Sukma terlibat dalam kegiatan homoseks dalam apa yang dikatakan berlaku di Tivoli Villa, memang berlaku. Tetapi kedua-dua hakim ini mengguna selok-belok undang-undang untuk mendapati Anwar tidak bersalah.

Selok-belok undang-undang tidak dapat difahami oleh orang ramai. Yang mereka tahu ialah hakim-hakim ini berkata dengan terang dan jelas bahawa mereka mendapati bukti yang jelas yang mengesahkan bahawa perayu (Anwar dan Sukma) terlibat dengan kegiatan homoseks dan hakim-hakim ini lebih mirip untuk percaya bahawa apa yang didakwa berlaku di Tivoli Villa memang berlaku.

Hakim yang ketiga dalam panel hakim yang mendengar rayuan Anwar dan Sukma memberi alasan yang panjang dan penuh dengan rujukan kepada asas-asas perundangan dan kes-kes yang lain kenapa dia percaya hukuman yang dijatuhkan oleh hakim bicara, tiga orang hakim Mahkamah Rayuan dan tiga orang hakim Mahkamah Persekutuan adalah betul iaitu Anwar memang meliwat Azizan.

Malangnya penghakiman yang bernas ini tidak dilapor dengan jelas oleh media seperti laporan berkenaan asas-asas penghakiman dua hakim tadi.

Jika dihitung kita akan dapati kesemua 10 hakim yang mendengar kes Anwar meliwat Azizan bersetuju perbuatan liwat oleh Anwar memang benar, walaupun dua di antara mereka memberi alasan teknikal untuk tidak menjatuhkan hukuman salah keatasnya.

Dakwaan oleh orang tertentu bahawa pembebasan Anwar adalah kerana dia tidak melakukan jenayah liwat adalah tidak benar.

Sekarang kita dengar sekali lagi kes liwat oleh Anwar. Terpulanglah kepada hakim untuk mendengar dan meghukum. Awal-awal lagi Datin Seri Wan Azizah Ismail telah mengatakan ketidakpercayaannya kepada mahkamah di Malaysia. Tetapi apabila Anwar dibebaskan dengan alasan yang sukar difaham oleh masyarakat umum, Wan Azizah tidak pula berkata yang dianya tidak percaya kepada sistem pengadilan di Malaysia.

Apakah pula akan dikatakan olehnya jika perbicaraan kes Anwar menghasilkan keputusan bahawa walaupun hakim percaya dia telah meliwat Saiful tetapi kerana selok-belok undang-undang dia didapati tidak bersalah.” – 6/7/2008



agenda daily

default

Liwat: Saiful cerita segala-galanya - Najib

on Saturday, July 5, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





“Saya nampak dia seolah-olah berkata benar sebab saya nampak dia dalam ketakutan. Tangannya seram sejuk. Tetapi saya tak berani buat kesimpulan jadi saya nasihatkan awak sendiri buat keputusan. Dia ceritakanlah segala-galanya yang berlaku”.

Demikian kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak ketika ditanya apa penilaian beliau setelah pemuda yang mendakwa diliwat oleh Penasihat Parti Keadilan (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim bertemu dengannya.

Menurut Najib, Saiful Bukhri ada bertemu dengannya di rumah beliau beberapa hari sebelum laporan polis dibuat.

Katanya, pada pertemuannya itu Saiful menceritakan dia diliwat oleh Anwar. Bagaimanapun kata Najib, beliau tidak berniat untuk campur tangan dan menyerahkan kepada Saiful untuk mengambil tindakan selanjutnya.

”Budak ini datang jumpa saya kerana mengadu hal bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Saya mula-mula tidak yakin sama ada cerita ini benar atau tidak. Jadi saya menyerah kepada dia untuk serah pada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya.

"Saya terima kedatangannya atas sifat saya sebagai pemimpin dan dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu pada saya. Saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media bagi menjawab tuduhan terbaru Anwar yang menggunakan akuan bersumpah seorang penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam yang mengaitkannya dengan Altantuya Shaariibuu.

Berikut adalah transkrip soal jawab wartawan dengan Najib berhubung pertemuannya dengan Saiful yang mendakwa diliwat oleh Anwar:

Soalan: Mengapa Datuk Seri fikir Anwar serang Datuk Seri secara peribadi?

Jawapan: Saya tidak tahu. Mungkin dia anggap saya di belakang budak ini (Mohd. Saiful Bukhari Azlan). Sebenarnya tidak ada konspirasi. Budak ini datang jumpa saya kerana mengadu hal bahawa dia telah diliwat oleh Anwar. Saya mula-mula tidak yakin sama ada cerita ini benar atau tidak. Jadi saya menyerah kepada dia untuk serah pada polis untuk menentukan apa-apa tindakan selanjutnya. Saya terima kedatangannya atas sifat saya sebagai pemimpin dan dia sebagai rakyat biasa yang ingin mengadu pada saya. Saya tidak pernah mengenali beliau sebelum ini.

Soalan: Bila dia datang jumpa Datuk Seri.

Jawapan: Beberapa hari lalu, tetapi saya hanya beritahu dia, terpulanglah kepada dia.

Soalan: Beberapa hari lalu sebelum dia (Saiful) buat laporan polis?

Jawapan: Sebelum dia buat laporan polis. Tetapi saya sceptical (kurang percaya). Saya tidak pasti sama ada terdapat sebarang asas, sama ada dia berkata benar. Saya agak bimbang, jadi saya kata, terpulanglah pada dia.

Soalan: Mengapa dia datang berjumpa Datuk Seri?

Jawapan: Mungkin kerana dia memerlukan bantuan dan dia kenal salah seorang pegawai saya.

Soalan: Setelah mendengar keterangan Saiful, Datuk rasa ada asas?

Jawapan: Saya nampak dia seolah-olah berkata benar sebab saya nampak dia dalam ketakutan. Tangannya seram sejuk. Tetapi saya tak berani buat kesimpulan jadi saya nasihatkan "awak sendiri buat keputusan." Dia ceritakanlah segala-galanya yang berlaku.

Soalan: Apa yang dia cerita?

Jawapan: Oh banyak, cerita-cerita itu banyak. Satu hari nanti saya mungkin boleh cerita, tetapi selepas kes mahkamah.

Soalan: Datuk Seri nasihatkan dia buat laporan polis?

Jawapan: Tidak. Saya katakan pada dia, terpulanglah kepada dia. Saya sendiri tidak pasti sama ada dia akan buat laporan polis atau tidak.

Soalan: Datuk Seri bersedia untuk beri keterangan pada polis?

Jawapan: Mengapa saya, saya dengar saja. Keterangan daripada dia, bukan saya.

Soalan: Dulu Datuk Seri kata Saiful pernah datang ke pejabat.

Jawapan: Ia adalah dua kejadian berbeza. Dia datang ke pejabat saya untuk mendapatkan bantuan untuk mendapatkan biasiswa. Dia hanya bertemu dengan pegawai khas saya. Dia datang ke rumah saya kerana dia memerlukan bantuan kerana dia dalam keadaan trauma. Saya beritahu semua ini kerana tidak pernah wujud konspirasi kerana anda tidak boleh kaitkan dua kejadian berasingan itu dan saya tidak bertemu dalam kejadian pertama. - 3/7/2008

default

Anwar terjerat…keraguan memuncak dalam Pakatan Rakyat

on Friday, July 4, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Anwar terjerat…keraguan memuncak dalam Pakatan Rakyat


Parti Keadilan Rakyat sekarang berada dalam krisis keyakinan yang paling runcing sejak kemenangan gemilangnya dalam pilihanraya 8 Mac lalu.Ikut ceritanya angin sudah bertiup bahawa krisis ini membawa kemungkinan keadaan yang terbalik kot.

Kalau sebelum ini heboh cerita pasal adanya Ahli Parlimen Barisan Nasional yang nak lompat ke pembangkang kini jangan terkejut kalau terdengar ada Ahli Parlimen PKR yang menghitung hari nak paling tadah.
Ini adalah berikutan aduan liwat kepada polis yang dibuat terhadap pemimpin tertinggi mereka Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan juga penafian yang dibuat oleh penyiasat bersendirian P.Balasubramaniam terhadap akuan bersumpahnya yang mengandungi berbagai tuduhan dahsyat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Sri Najib Tun Razak.
Penafian itu pada pagi Jumaat telah menggemparkan seluruh negara dan sekaligus menjadi tamparan yang memalukan Anwar kerana beliau memberikan sidang akhbar berhubung dengan perkara itu atas keyakinannya kepada P.Balasubramanian.

Pemerhati pemberhati politik menganggap pihak tertentu telah mengambil kesempatan dalam keadaan Anwar berada dalam kecemasan dan kegelisahan untuk meyakinkannya terhadap suatu bukti yang akan membuka jalan mudah kepadanya bagi menjadi Perdana Menteri menjelang 16 September ini.

Keadaan cemas dan marah Anwar terlihat diwajahnya di kaca telivisyen ketika beliau memberikan sidang akhbar yang membuat berbagai tuduhan terhadap Najib. “dia jelas tidak tenteram dan tidak tenang seperti biasa” kata beberapa orang yang mengikuti sidang akhbar itu dan juga yang menghadhiri perhimpunan besar di Shah Alam Selasa malam di mana beliau membuat penafian terlibat dengan liwat bagi kali kedua.

Suatu sumber membertiahu Agendadaily bahawa Anwar telah termasuk dalam perangkap yang menyebabkan orang ramai mulai yakin kepada laporan mengenai liwat yang dibuat oleh seorang pemuda yang pernah menjadi pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Orangramai yang pada mulanya tidak yakin dengan lapuran itu sekarang mulai sangsi teruatama sekali mengapa Anwar lari ke Kedutaan Turki dan juga penafian kedutaan Turki bahawa mereka menjemputnya ke kedutaaan itu.

Orangramai juga tidak percaya kepada dakwaannya ada percubaan untuk membunuhnya dan juga dakwaaan seorang pemimpin PAS kononnya beliau mendapat maklumat dari inteligen sebuah negara jiran mengenai pekara itu.

Tidaklah mudah bagi sesebuah negara jiran untuk memberikan susuatu maklumt kepada pihak- pihak yang tidak mempunyai pertalian rasmi dan bukan kerajaan dan di Malaysia hal ini tidak mungkin akan berlaku.

Anwar berhasrat untuk menjadikan isu ini bagi mendorong rakyat untuk mengadakan perarakan reformasi besaran besaran bagi menjatuhkan kerajaan seperti yang dilakukan oleh pemuda-pemuda Indonesia terhadap Presiden Suharto.Anwar telah gagal melakukan ini 10 tahun dahulu tetapi beliau yakin akan dapat melakukan ini terhadap Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan menggunakan isu minyak dan kenaikan harga barang.

Bagaimana pun laporan liwat yang dibuat oleh bekas pembantunya telah mengecewakannya kerana menimbulkan semula banyak keraguan terhadapnya termasuk di kalangan keluarganya.Isterinya sendiri Datin Seri Wan Azizah kelihatan sedih dan tidak senang di dalam sidang akhbar selepas menemui Perdana Menteri Abdullah Badawi petang Selasa lalu.

Sumber-sumber memberitahu Agendadaily perasaan ragu telah menjalar dikalangan pimpinan PAS termasuk golongan muda dalam parti itu berikutan laporan dakwaan liwat kali kedua ini.
Mereka dikatakan mendasarkan ini kepada aksi Anwar dikaca TV dan juga tindakan tindakannya yang gopah gapah dengan lari ke kedutaan Turki,mengadakan perhimpunan meminta sokongan di Stadium Melawati, Shah Alam serta membuat tuduhan liar kepada beberapa pihak dengan tiba-tiba.

Perasaan ragu mereka jadi tambah membara bila Balasubramanian membuat penafian terhadap akuan berumpahnya.


agenda daily
Juga tidak menghairan jika tidak ramai lagi kalangan pemimpin PAS dan ahli parti itu tidak hadir di perjumpaan-perjumpaan yang bakal diadakan oleh PKR.



Bagaimanapun yang masih menyokong kuat Anwar ialah pemimpin DAP,Lim Kit Siang.Didalam blognya hari Jumaat beliau telah meminta kerajaan supaya menubuhkan Suruhajaya Penyiasat Diraja untuk membuktikan tuduhan terhadap Timbalan Perdana Menteri oleh P.Balasubramaniam walaupun Balasubramanian telah menapikan seluruh tuduhannya itu.

Didalam blognya beliau juga mencatitkan nama Najib sebagai Najis.



Pemerhati politik beranggapan bahawa Lim Kit Siang berbuat demikian kerana satu satunya harapan orang Cina bagi memperjuangkan Malaysian Malaysia ialah Anwar.



Oleh kerana bimbangkan kredibiliti Anwar akan semakin teruk,Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar hari Jumaat membuat laporan polis supaya penyiasatan diteruskan bagi akuan bersumpah yang dibuat oleh Raja Petra dan Balasubramanian.



Wakil Reuter di Malaysia juga telah melaporkan kepada dunia bahawa sebahagian besar rakyat Malaysia tidak percaya bahawa Anwar sekali lagi melakukan liwat.Laporan agensi berita asing yang mengambil angle itu memang tidak menghairankan.



Bekas Perdana Menteri Malaysia Dr.Mahathir Mohammad dalam blognya www.chedet.com juga telah mulai mengulas tentang tuduhan liwat kali kedua terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

Beliau yang membuat ulasan itu atas permintaan ramai telah menyatakan tidak percaya bahawa cerita itu sengaja diadakan oleh Anwar sendiri sebaliknya beliau mengemukakan hujah hakim dalam perbicaraan Anwar dahulu bahawa kejadian liwat oleh Anwar ada berlaku tetapi tidak dapat disahkan oleh pendakwa.



Sementara itu Pengarah Perisikan Pertahanan Leftenan Jeneral Datuk Salleh Ismail telah menafikan dakwaaan Raja Petra Kamaruddin dalam akuan bersumpahnya bahawa unitnya telah memberikan lapuran kes Altantuya Shaaribu kepada Perdana Menteri.

Menantu Abdullah,Khairy Jamaluddin juga telah menafikan ada menerima laporan itu.

Namun Dr.Mahathir dalam blognya telah mempertikaikan pandangan Khairy sebagai ‘ tak masuk akal’ kononnya Anwar sengaja menyuruh Saiful buat laporan dia diliwat dalam usahanya untuk meraih simpati orangramai. - 4/7/2008

default

mana satu yang betul ???

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


PASAL LIWAT DAN KAITAN DENGAN POLITIK MENYEBABKAN RAKYAT MALAYSIA jadi tak betul dan ada jadi betul. Yang betul tak gila dan yang tidak betul boleh menyebabkan keliru.

Yang tak betul, memang tak logik, dan yang betul memang logik. Kita sering kali keliru antara fakta sebenar dengan kenyataan (sama ada benar atau tidak) daripada pemangsa dan mangsa.

Berdasarkan pengalaman dan cakap-cakap seharian pasal liwat kes anwar, abe MIE bahagikan kepada dua

TAK BETUL- Anwar Tak buat

1. Anwar seorang manusia yang masih berakal. Logik ke Anwar hendak buat benda itu. Kita sebagai manusia yang ada akhlak dan berfikiran bodohpun tidak akan lakukan. Haiwanpun tidak pernah lakukan.

2. Usia Anwar sudah 60-an jadi takkan dia hendak buat benda terkutuk itu. Kalau melibatkan perempuan (seks bebas), abe MIE percaya dan banyak cerita yang orang melihat Anwar memang ‘kaki perempuan’. BUAYA POLITIK. Anwar bebas hendak mencari perempuan luar negeri, pergi Hawaii, Bali, Bangkok… kenapa dia hendak juga lubang ‘al-juburi’? Busuk pula tu.

3. Anwar baru sahaja bebas dari lokap, enam tahun lamanya dan kini baru sahaja dua, tiga tahun bebas. Adakah dia mahu hidup dalam lokap? Mungkin dia akan mati tidak lama lagi?Takkan dia masih berminat dengan ‘al-juburi’?

4.Anwar mempunyai pendapat yang logik dan boleh diterima, iaitu dia sebenarnya diperangkap dan terperangkap. Alasannya- kerana ada 4 orang YB BN hendak masuk PR (keluar BN), kerana tindakannya mahu bertanding dalam pilihanraya. Ada orang hendak menguburkan dan memburukkan namanya.

5. Kesnya sama dengan kejadian 1998. Dulu Mahathir, pemerintah kuku besi. Kini Pak Lah pemerintahan ‘kuku plastik’.

6. Apabila mellihat Azizah semua orang menagih simpati kerana dia tahu siapa Anwar? Buruk-buruk Anwar suami pun, laki Azizah juga. Sudah Ada beberapa orang anak dan tak akan lakukan perkara itu.

7. Anwar melaporkan kepada polis dan akan menyaman si mangsa yang menuduhnya liwat. (Tapi dalam masa yang sama dia mengakui yang polis dan sistem kehakiman Malaysia tidak betul)??

YANG BETUL- Anwar ‘kemungkinan Lakukan’

1. Ada mengatakan buntut si mangsa ada kesan ‘lubang’.. dan abe MIE tidak pasti air mani itu ada atau tidak wujud. Air mani memang ada tapi tidak tahu ia milik siapa? SIapa bapanya.. Membazir buang begitu aje…

2. Anwar menuduh semua orang terlibat. Ketua polis, ketua hakim, PM, TPM, Isteri Najib… semua orang BN.. adakah mereka semua jahat? Adakah mereka tidak akan diadili oleh Allah bila mati nanti? Adakah mereka semua gila? Mereka juga tahu hukum -hakam dan KALAU MATI AKAN DIBALAS…

3. Kenapa pada mulanya ANwar sembunyikan diri? 1998, dia berani dan lawan Tun Mahathir yang gagah? sedangkan dengan ‘BN lembik’ dia lari? Dulu ANwar kata- lawan tetap lawan… sekarang kenapa dia tidak lawan Tun Mahathir? Yang lawannya ialah Pak Lah juga.

4. Kenapa memilih Kedutaan Turki yang kita tahu negaranya sekularnya. Kenapa tidak minta perlindungan kedutaan negara Indonesia? Iran, Pakistan, Kuwait atau negara Islam lain? Mereka juga ada kekebalan sebagai kedutaan.

5. Kenapa Anwar tidak menjawab masalah peribadinya dan menyalahkan masalah itu adalah masalah politik? Dari dulu lagi. Anwar dikenai sebagai pelakon politik yang berjaya antara yang juara. BEST NO.1

6. Kenapa Anwar tidak bersumpah berkanun macam dilakukan Raja Petra? Atau bersumpah di masjid kalau dia tiada masa? Jangan kaitkan masalahnya kini dengan masalah orang lain. Nanti kalau ramai menjawab, lain cerita dan banyak pula Anwar kena jawab.

7. Kenapa Anwar meminta bantuan barat? tidak negara Islam? Bukan maksud kedutaan, tapi melibatkan diplomasi negara.

8. Kenapa keluarga si mangsa dan mangsa sendiri diancam? Kalau Anwar tidak bersalah, biarlah mahkamah menetukan. Takkan hendak mengadili kes ini di mahkamah dunia pula? Atau diadili di USA?

9. Kenapa Anwar memburukkan negara? Badan kehakiman dan polisi? Anwar adalah satu nyawa sahaja sedangkan kita semua adalah melibatkan jutaan nyawa. Mana penting, maruah seorang atau maruah jutaan orang? Jangan samakan Malaysia macam Iraq atau ‘negara karnibal’ (orang makan orang). Anwar boleh pilih mana-mana negara yang dia suka dan boleh pilih mana-mana negara yang dia akan ditanam. Tapi jangan burukkan Malaysia yang dipimpin oleh Orang Melayu Islam. Adakah Anwar mahukan Karpal Singh, Lim Guan Eng atau Sivarasa jadi PM!!!

10.Anwar seorang kaki perempuan dan banyak gambarnya dengan perempuan lain. Itu tidak boleh dinafikan. Tun Mahathir sendiri pernah memberitahu yang Anwar berlagak alim kucing sahaja. Dia banyak mendengar masalah peribadi Anwar semasa menjadi TPM (masa itu dia YB dari BN) fikirlah sendiri.

Mana betul dan mana tak betul… Ezam sendiri memberitahu yang masalah Anwar adalah masalah dia seorang dan jangan melibatkan orang lain, agama lain, negara lain, … BENDA MACAM NIE PUN TAK BOLEH BUAT MACAM MANA NAK TURUNKAN HARGA MINYAK…

Komen dari Ptit : Lu Fikir La Sendiri

petikan dari http://pkrpasdap.blogspot.com/

default

Guard says he saw Anwar at condo

on Thursday, July 3, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

July 3, 2008 by Pendeta
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim was seen entering the Desa Damansara condominium here in Damansara Heights more than a month ago.


According to a security guard who spoke on condition of anonymity, Anwar had entered the heavily-guarded premises with his driver and bodyguard.

“Yes, I saw him enter once or twice, but this was quite a while ago. He came in a vehicle not commonly available in Malaysia. It had tinted windows. I saw who was in the car when they wound down the window to touch the card at the guard house to gain entry into the premises.”

The security guards, however, could not recall whether they had seen Mohd Saiful Bukhari Azlan, saying there were many residents entering and exiting the premises.

Security is tight at the condominium and visitors are not permitted entry without the guards obtaining permission from the residents first.
The guards also go on regular patrols around the premises.

The New Straits Times learnt that a friend of Anwar’s owns unit 1151 and had given the him access to the apartment.

A police forensics team spent about five hours in the unit on Monday.

www.nst.com.my

default

Anwar tidak nafi ada ke kondo mewah itu…..

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

July 3, 2008 by Pendeta
Anwar yang dikatakan diugut dengan ugutan bunuh semalam berdiri di hadapan 10 ribu penyokong beliau tanpa perasaan takut, apakah Anwar begitu yakin diantara 10 ribu penyokong itu mungkin ada seorang dua yang bukan penyokong beliau yang berniat dan yang mengugut untuk membunuh beliau? Tidak kah Anwar yang takut mati ini takut akan dibunuh di Stadium yang begitu sesak dengan berbagai rupa manusia ?

Anwar juga telah mengumumkan untuk membuat roadshow ke seluruh negara. Apakah ini akan membuka jalan kepada mereka yang mengugut Anwar untuk merancang bagi membunuh Anwar? Tidakkah Anwar yang takut mati ini merasa takut lagi dan apakah hanya jaminan dari kerajaan membuat Anwar terus menjadi berani. Jika benar, menagapa Anwar tidak mambuta laporan kepada polis bahawa beliau telah diugut? Anwar oh Anwar…….. Fikirlah sendiri, tidak semua rakyat boleh diperbodohkan.

Anwar sengaja mahu memperbodohkan rakyat dengan cerita ala Raja Petra Kamarudin ( Raja Mat Jenin dengan cerita dongeng) Sengaja mahu cover cerita liwat dan mahu besarkan cerita beliau diugut sehingga
berderama lari dari Qualaity Hotel ke Kedutaan Turkey, lawak betul. Apa Anwar tidak rasa bodoh ke melakukan perkara begini. Apakah penyokong Anwar tidak merasa bodoh juga, Apa Nik Aziz pun tak rasa
bodoh. Bodoh betul…….

Mengapa Anwar begitu panik sekali kali ini, apakah kerana terlalu banyak mambawa Pegawai Khas muda anda keluar negara telah membuat anda menjadi gabra dan panik kali ini. Apa istimewa Pegawai Khas anda ini sehinga anda membawa dia keluar negara mengiringi anda. Khas sangat ke pegawai muda ini dan apa istimewanya pegawai cantik ini mengiringi anda keluar negara.

Anwar juga tidak menafikan sering ke kondominium mewah itu, sebab ada rakaman cctv yang akan membuktikan Anwar ada ke Kondominium mewah itu. Ini Anwar tidak boleh menafikan. Buat apa ke sana ? Anwar akan jawab lain kali, kata Anwar. Kenapa tak jawab sekarang ? Mungkin belum ada jawapan yang sesuai untuk di umumkan kepada pemberita. Mungkiin Kak Wan boleh tolong jawabkan untuk suaminya.

Mengapa tiba-tiba Anwar menikus. Kenapa tiba-tiba saja Anwar perlukan Amerika dan kedutaan Turkey, jika Anwar bersih ,apa yang perlu Anwar takuti. Anwar tidak perlu Amerika dan Turkey. Anwar juga telah membuka pekung didada apabila mengesahkan bahawa selama ini beliau dituduh sebagai ejen Amerika dan berkawan baik dengan presiden boneka Amerika. Tuhan maha kaya, anda sendiri yang mengakui bahawa adalah Agen Amerika, Anda punyai Ekses terus dengan Amerika dan Turkey boneka Amerika.


kpmu.com


rakaman CCTV dan security guard di situ boleh menjadi alibi yang kuat jika anwar berada pada hari kejadian .dulu tivoly villa,kini kondo damansara pulak .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.