..

..
Archive for June 2008

default

Laporan Kes Liwat

on Sunday, June 29, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment


“Saya Mohd Saiful Bukhari b Azlan ingin melaporkan bahawa saya telah diliwat oleh majikan saya. Perkara ini berlaku tanpa kerelaan saya. Kejadian terakhir berlaku 26/6/08 di Unit 1151, Kondominium Desa Damansara, Jln Setia Kasih, KL. Oleh itu, tujuan laporan ini dibuat untuk mendapat pembelaan dan keadilan keatas diri saya. Saya juga berasa bimbang dengan keselamatan diri dan keluarga saya jika perkara ini tersebar luas di khalayak ramai. Majikan saya Dato Seri Anwar Ibrahim - Ketua Umum PKR.”


Hakim kes liwat percaya Anwar melakukannya cuma terpaksa membebaskannya kerana masalah teknikal

“To summarise our judgement , even though reading the appeal record we find evidence to confirm that the appelants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen BUT, the Federal Court could only convict Anwar and Sukma if the prosecution had successfully proved beyond reasonable doubt the alleged offences stated in the charges based on admissible evidence and in accordance with established principles of law. “

- Hakim Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud -

default

PM minta polis siasat dakwaan liwat terhadap Anwar

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi menyerahkan kepada polis untuk mengadakan siasatan bagi menentukan kesahihan berhubung dakwaan bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat seorang pembantunya.

Katanya, siasatan wajar dibuat dan bukan hanya bergantung kepada penafian Anwar sahaja kerana sepertimana kes jenayah lain, sudah semestinya sesiapa sahaja yang dituduh akan menafikannya.

"Kalau sudah begitu pihak polislah yang kena ambil apa-apa tindakan yang sewajarnya. Laporan telah diberi, polis akan buat siasatan dan tentukan bahawa benda itu betul atau tidak betul.

"Apa yang Anwar kata bukan kita boleh tentukan...dia tentulah buat penafian. Itu lazimnya begitulah. Orang yang dituduh akan buat penafian,' katanya kepada pemberita selepas melancarkan Program Bumi Hijau Warga Putrajaya Bersama Perdana Menteri di Putrajaya hari ini.

Perdana Menteri mengulas demikian merujuk kepada laporan polis di Balai Polis Travers, oleh seorang lelaki berumur 23 tahun yang mendakwa diliwat oleh pemimpin itu pada 26 Jun lalu di sebuah tempat di ibu negara, demikian menurut laporan Bernama.

Dalam reaksi balasnya, Anwar menafikan dakwaan meliwat pembantunya itu sambil menyifatkan dakwaan terbaru itu "hanya rekaan semata-mata" yang bertujuan untuk menyekat kebangkitan karier politiknya selepas pakatan pembangkang mencapai kemenangan besar pada pilihan raya umum Mac lalu.

Abdullah yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) menafikan dakwaan bahawa BN merancang untuk menyekat kebangkitan karier politik Anwar dengan melemparkan berbagai-bagai tohmahan terhadap bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

"Umno tak terfikir nak kacau dia macam ini. BN pun tak terfikir nak menyusahkan dia, nak kacau atau nak timbulkan perkara yang macam ini kerana nak buat sesuatu yang tak baik pada dia.

"Tidak ada niat seumpama ini...tak terlintas dalam fikiran saya langsung untuk nak khianati dia. Saya dan kawan-kawan saya, Datuk Seri Najib (Tun Razak) pun tak terfikir macam itu.

"Orang yang berkenaan yang buat laporan, kita nak buat apa lagi. Dia ada hak untuk buat laporan. Kita tidak boleh menegah dia buat laporan. Kita tidak ada sebarang rancangan untuk membuat sesuatu pada dia (Anwar) kerana dia katadia sudah pulih balik dalam politik," katanya.


Ditanya adakah Anwar akan ditahan polis, Perdana Menteri berkata: "Saya tidak mahu kata apa-apa mengenainya, cukuplah...tiada spekulasi, tiada."

"Apa yang saya tahu ialah satu laporan telah dibuat kepada polis dan polis akan tentukan apa yang mereka mahu lakukan dan bagaimana," kata Abdullah.

malaysiakini.com

Kita tunggu dan lihat ,adakah 16 sept akan berulang semula reformasi 98 ..Pak Lah bukan seperti Mahathir ..Pak Lah tidak akan mengkhianati Anwar sebegitu rupa.
Hidup Pak Lah !!!

default

LIWAT LAGI ????

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



June 29, 2008 by admin

Liwat lagi? Jika angin tidak bertiup dan beruk-beruk tidak mengconcangkan pokok, masakan pokok akan bergoncang lagi. Bangkai kerbau akan tetap berbau walau di tutup. Siapa dan mengapa? Ini persoalan yang bermain di benak fikiran rakyat dan banyak spekulasi yang timbul kini dengan berbagai definasi.
Anwar menafikan, pembantu peribadinya yang berusia 23 tahun telah membuat laporan polis, Anwar pula menyatakan itu hanya dakwaan belaka yang bermotifkan politik keran kerana mahu menyekat akan kejayaan beliau membimbing PR yang telah menawan 5 buah negeri.

Siapa yang mahu sabotaj Anwar? Yang membuat laporan adalah pembantu peribadi beliau, bukan Perdana Menteri mahu pun pihak Polis. Alasan menyekat kerjaya politik beliau, bermakna adalah tuduhan yang akan di lemparkan kepada Perdana Menteri. Mengapa perlu Perdana Menteri mahu melakukan sesuatu yang kotor sebegini, biar keadaan dan masa menentukan kerana pembantu peribadinya kini akan membuat pemeriksaan asid deoksirbonukleik dan DNA di hospital besar HKL hari ini. Jika sahih terbukti kes ini sebenarnya terjadi, sekalai lagi kerajaan akan menghadapi satu kesukaran lagi untuk melaksanakan undang-undang kerana pasti Anwar akan menafikan dengan alasan peristiwa 1998 berulang lagi. Hanya jauhari yang kenal manikam, hanya Wan Azizah yang mengenal suaminya.

Pembantu Khas Awar begitu muda berusia 23 tahun????? Pembantu khas bahagian mana? Banyak persoalan yang bermain di benak fikran rakyat, ada juga spekulasi yang menyatakan bahawa ini juga kemungkinan satu spin yang besar yang akan dimainkan oleh Anwar agar dia tetap menjadi isu yang sentiasa panas.

Macam spekulasi yang timbul, ada yang berkata kemungkinan besar Anwar sendiri yang meminta juak-juaknya membuat laporan untuk membangkitkan lagi kemarahan rakyat kepada Perdana Menteri jika sekiranya beliau akan ditangkap sekali berhubung kes liwat, Anwar mahu mengulangi keganasan Reformasi tahun 1998 supaya dapat mengoyahkan kerajaan BN.

Kami pasti Pak Lah lebih bijak menangani kes ini seperti mana beliau menangi kes-kes lain dengan cara beliau sendiri, Kita tunggu akan perkembangan seterusnya, yang pastinya, Anjing jika tidak makan taik, tetap akan meghidunya. Kita tunggu akan reaksi Nik Aziz, Karpal Singh dan Lim Kit Siang.

kpmu.com

default

Pemuda Persoal Kerajaan Perak Amal Tender Ikut Pintu Belakang

on Saturday, June 28, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Oleh Haris Razali

Ipoh -- Pemuda UMNO Perak menolak alasan yang dikemukakan oleh kerajaan negeri berhubung tender pembelian keperluan makanan untuk 5,000 keluarga miskin tegar di negeri terbabit yang dianggarkan RM500,000.

Ketua Pemudanya, Zainol Fadzi Paharudin berkata alasan Menteri Besar, Datuk Seri Ir Nizar Jamaluddin bahawa mereka kesuntukan masa untuk melakukan secara tender terbuka adalah alasan yang tidak masuk akal.

Malah tegas beliau lagi, keengganan kerajaan negeri untuk mendedahkan nama-nama syarikat yang mendapat kontark berkenaan juga menimbulkan satu persoalan kepada umum akan ketelusan yang dikononnya dipratikkan kerajaan negeri.

"Ke mana perginya janji mereka untuk melaksanakan tender terbuka seperti yang terkandung di dalam janji manifesto pilihan raya umum ke-12 baru-baru ini. Kita bertanya perkara ini kerana mereka berjanji kepada rakyat untuk melaksanakan apa jua projek kerajaan secara tender terbuka.

"Pemuda Perak bukannya mahu mencipta isu untuk kepentingan politik, tetapi ianya adalah hakikat yang perlu diperjelaskan oleh kerajaan negeri seiring dengan prinsip mereka yang kononnya memperjuangkan ketelusan", katanya.

Beliau berkata demikian kepada laman webPemuda sebagai mengulas isu pembelian keperluan makanan untuk 5,000 keluarga miskin tegar di negeri terbabit yang dianggarkan RM500,000.

Zainol yang juga ADUN Sg Manik seterusnya berkata langkah kerajaan negeri untuk membantu rakyat miskin adalah dialu-alukan.

"Kita tidak berniat untuk menghalang mereka untuk membantu keluarga miskin. Namun apa yang kita persoalkan ialah pemberian tender untuk membeli keperluan makanan berkenaan yang tidak dibuat secara tender terbuka.

"Membantu keluarga miskin bukanlah satu tindakan yang perlu dilakukan secara tergesa-gesa seperti bencana banjir, kebakaran sehingga kerajaan negeri tidak sempat untuk membuka tender tersebut.

"Malah syarikat yang dapat membekalkan barangan tersebut juga cukup misteri kerana kerajaan negeri seperti takut untuk mendedahkan nama syarikat tersebut", katanya.

Beliau seterusnya berharap kerajaan negeri melaksanakan janji lain sepertimana yang terkandung di dalam manifesto pilihan raya mereka baru-baru ini.

"Kita akan pantau dan teliti satu persatu apa yang belum dan apa yang telah dibuat oleh kerajaan Perak. Ini janji mereka dan manusia berpegang kepada janjinya", ujar beliau.

default

Melayu perlu kuat - Jangan sampai terima nasib terpaksa musafir di bumi sendiri – Raja Nazrin

on Wednesday, June 25, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 2 Comments



KUALA KANGSAR 21 Jun – Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah bertitah bangsa Melayu perlu kuat daripada segala aspek supaya terus gagah, berhati cekal, bersemangat waja dan berupaya mendaki gunung tinggi serta bertenaga menyeberangi lautan luas.

Titah baginda, adalah malang jika bangsa Melayu menerima nasib bagaikan dagang di kampung sendiri dan terpaksa bermusafir di bumi sendiri.

“Anak bangsa yang telah berjaya, janganlah berperangai seperti si Tenggang, terlalu cepat bersifat angkuh, terlalu mudah berlagak bongkak, hingga melupakan asal keturunan, hingga memisahkan diri dari akar bangsanya, menjadi rakus, menjadi gopoh, hingga tergamak menebang pohon tempat bernaung dan mencantas dahan tempat bergantung,’’ titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada majlis Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Maktab Melayu Kuala Kangsar (MCKK) 2008 di sini hari ini.

Raja Nazrin bertitah, kejayaan anak bangsa pada masa sekarang adalah atas pengorbanan, keringat, kesusahan dan usaha generasi terdahulu.

Titah baginda, bangsa yang dapat meneruskan kelangsungan dan mengekalkan tamadun agungnya adalah bangsa yang tidak memutuskan diri dengan akar sejarah, malah senantiasa menghargai pengorbanan generasi terdahulu.

Baginda bertitah, MCKK menjadi kampung cerdik pandai Melayu yang terpilih daripada kalangan yang paling cerdas berasaskan prestasi pencapaian akademik.

‘‘Di sinilah asuhan, di sinilah bimbingan dilakukan dalam usaha membina modal insan untuk meneruskan kelangsungan bangsa di bumi warisan turun temurun.

“Permata-permata bangsa ini diserahkan untuk digarap, dicanai oleh barisan para pendidik. Garap dan canailah permata-permata bangsa ini supaya dapat menyinar cahaya kepada bangsanya dan negara.

‘‘Bisikkan kepada mereka akan petua orang- orang tua bahawa kiambang adalah kiambang, biduk berlalu bertautlah ia.

‘‘Pesankan kepada mereka jangan terlalu cepat bermusuh dengan kawan dan jangan terlalu ghairah bersahabat dengan musuh kerana sejak zaman dahulu lagi, terlalu banyak musang yang berbulu ayam, terlalu banyak sokong yang membawa rebah.

‘‘Ingatkanlah mereka akan sejarah bangsanya yang bernegara berlandaskan adat rakyat bersultan, negeri beraja,’’ titahnya.

Raja Nazrin bertitah, untuk itu, negara perlu melihat kedudukan MCKK daripada kaca mata penilaian yang berbeza dan tidak wajar disamakan dengan mana-mana institusi pendidikan lain.

Titah baginda, berasaskan akar sejarah penubuhannya, identiti MCKK daripada segi bentuk, tenaga pengajar, kurikulum dan kokurikulum harus mempunyai keunikan.

‘‘MCKK perlu senantiasa disuntik dengan nafas baru agar kekal dihormati sebagai institusi pendidikan menengah yang terunggul di negara ini.

‘‘Beta insaf betapa pentingnya kualiti, betapa mustahaknya taraf pendidikan di kolej ini ditingkatkan bertaraf dunia agar tradisi melahirkan barisan pemimpin yang berwibawa dapat diteruskan.

‘‘Dan keupayaan menghasilkan wira bangsa yang hebat berpencak di gelanggang dunia dapat dilaksanakan,’’ titah baginda.

ShareThis

default

Ezam tinggalkan Anwar kerana prinsip Islam

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Jun 23rd, 2008 oleh HangTuah · Tiada Ulasan
KUALA TERENGGANU: Bekas Ketua Pemuda PKR, Mohamad Ezam Mohd Nor semalam bersumpah atas nama Allah SWT dan Rasul akan menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim dari menjadi Perdana Menteri kerana ‘prinsip seorang Muslim”.

Ezam yang berceramah di sini, semalam dilaporkan berkata, beliau sedia untuk ‘all-out’ bagi menghalang Anwar dari menjadi Perdana Menteri ‘atas sebab-sebab tertentu’.

“Saya bukan jenis orang yang suka mengaibkan orang lain, tapi jangan cabar saya,” kata Ezam di Dewan Tunku Abdul Rahman di sini.

Dalam ceramah bertajuk ‘Mempertahankan Perjuangan Pengasas Bangsa’ itu, Ezam menjelaskan politik cara Anwar Ibrahim akan menghancurkan kestabilan negara dari segi keselamatan dan ekonomi.

Dalam ceramah sulung di pentas UMNO itu, Ezam yang pernah berkhidmat sebagai setiausaha politik Anwar berkata, tindakan beliau meninggalkan bekas boss nya itu semata-mata atas dasar prinsip.

Menurut beliau, biarpun ada dakwaan kononnya beliau disogok jutaan ringgit serta jawatan tertentu oleh UMNO, namun hakikat sebenarnya adalah beliau hilang kepercayaan pada perjuangan PKR.

“Dengan nama ALLAH saya tinggalkan Anwar atas prinsip sebagai seorang Muslim yang berpegang kepada prinsip Islam yang tidak membenarkan saya membantu beliau menjadi pemimpin dalam apa cara sekalipun,” kata Ezam.

Jelas Ezam, sejak mengumumkan menyertai UMNO, beliau menjadi mangsa fitnah pihak tertentu.

Katanya, beliau tidak gentar sama sekali dengan fitnah-fitnah tersebut bahkan beliau memberi amaran bahawa kesabarannya ada batas.

“Saya tidak suka aibkan orang, tapi kalau terus memfitnah saya akan gempur habis-habisan,” katanya.

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Farid Wan Salleh.

ShareThis

default

Maipp kecam Karnival Hari Belia PP jual arak

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


TASEK GELUGOR: Majlis Agama Islam Pulau Pinang (Maipp) mengecam kerajaan negeri kerana membenarkan penjualan arak secara terbuka di Karnival Hari Belia Pulau Pinang 2008 di Juru Autocity, Bukit Mertajam, kelmarin.

Yang Dipertuanya, Shabudin Yahaya, berkata Maipp kesal dengan kerajaan negeri kerana tidak peka dan mengabaikan sensitiviti belia Islam yang turut menghadiri majlis itu. Katanya, tindakan penganjur itu seolah-olah menggalakkan belia mengamalkan gaya hidup bebas dengan minum arak di khalayak ramai.



“Maipp membantah dan kesal dengan tindakan kerajaan Pakatan Rakyat selaku penganjur karnival itu kerana membenarkan arak dijual secara terbuka,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Karnival sehari bermula jam 12 tengah hari hingga 11 malam itu dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Komuniti negeri, Ong Kok Fooi, manakala penutupan dibuat Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Satu-persatu penghinaan terhadap Kaum Melayu dan Islam terus berlaku…. Tidakkah Lim guan Eng sedar yg majlis tersebut akan dihadiri oleh kaum melayu?… dah nama pun Karnival Hari Belia tapi kenapa perlunye pernjualan arak (siap diberikan diskaun lagi tuh) dan ada peraduan….apa motif syarikat arak dan DAP? adakah bertujuan Karnival tersebut utk mendedahkan Belia dengan ARAK? menambahkan lagi masalah sosial kepada para Belia….

Shabudin berkata, lebih menyedihkan lagi arak dijual pada harga promosi iaitu hanya RM3 untuk dua tin bagi menarik pengunjung mendapatkan tiket bagi menyertai peraduan yang disediakan.



Katanya, gerai menjual arak pula terletak bersebelahan pentas utama karnival dan beberapa meter saja dari gerai pameran Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang yang memaparkan poster ‘Belia Benci Dadah’.

Gerai terbabit juga tidak meletakkan tanda amaran melarang remaja bawah umur membeli arak, sekali gus menunjukkan penganjur menggalakkan perbuatan meminum arak di tempat awam seperti perkara biasa.

“Saya akan menulis surat bantahan rasmi kepada Menteri Belia dan Sukan, Datuk Ismail Sabri Yaakob berhubung perkara itu dalam sehari dua ini supaya tindakan sesuai boleh diambil,” katanya.

Shabudin yang juga exco bayangan Barisan Nasional (BN) bagi portfolio Hal Ehwal Agama, Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penerangan dan Perhubungan Masyarakat, berkata perkara itu dibiarkan berulang.



Katanya, perkara seumpama itu tidak pernah berlaku sepanjang kerajaan BN memerintah Pulau Pinang walaupun bukan Melayu yang menjadi Ketua Menteri.

Serentak itu, beliau mencabar wakil rakyat dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Pas supaya mengemukakan pendirian mereka berhubungnya kerana karnival itu anjuran kerajaan negeri Pakatan Rakyat.

“Saya cabar pemimpin Pas yang mendakwa memperjuangkan agama Islam dan pemimpin Melayu Islam dalam PKR supaya menyatakan pendirian mereka berhubung isu ini.

“Pemimpin PKR dalam Pakatan Rakyat yang mendakwa mahu melindungi kesucian dan kemurnian Islam perlu bersuara dalam hal ini dan jangan asyik mencari kesalahan orang lain,” katanya.

Apa kata PAS yg selama ini memperjuangkan ISLAM…. baru sahaja di Kelantan beberapa undang2 baru diwujudkan… tapi die negeri lain di P.Pinang dibenarkan penjualan ARAK secara terbuka di Majlis-Majlis Rasmi….

default

Selamat Tinggal Islam Hadhari, Selamat Datang Agenda IFC

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



Selamat Tinggal Islam Hadhari, Selamat Datang Agenda IFC



June 17, 2008 by Pendeta
Jika diimbas kembali di antara tuntutan-tuntutan Interfaith Commission (IFC) ada menyatakan bahawa “Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadah orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid-masjid.”

Dan pada 9 Jun 2008 yang lepas, tuntutan IFC ini telah berjaya dan akan dilaksanakan di Negeri Selangor.

IFC adalah satu gerakan anti-Islam yang didalangi oleh beberapa pemimpin dalam Pakatan Rakyat antaranya adalah Sivarasa a/l Rasiah (Naib Presiden PKR), Tian Chua (Ketua Penerangan PKR), Ronnie Liu (Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan Kerajaan DAP Pusat , Elizabert Wong Keat Peng (Ketua Penerangan Wanita PKR) dan juga NGO-NGO yang lain.

Pada 9 Jun 2008, kerajaan campuran Pakatan Rakyat negeri Selangor yang terdiri daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas telah membuat pengumuman untuk menghapuskan peraturan menghadkan rumah ibadat bukan Islam boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi di negeri itu.

Keputusan ini diumumkan oleh Dr. Xavier Jayakumar (Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Naib Presiden PKR) bersama Ronnie Liu (Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Exco DAP Pusat)

Xavier ketika mula-mula mengangkat sumpah Yang Berhormat di Selangor menjanjikan tapak yang lebih luas berbanding sekarang ini iaitu 0.4 hektar sahaja.

Xavier turut berjanji menambah peruntukan tahunan sejumlah RM3 juta kepada rumah ibadat bukan Islam. Bukankah perkara ini ada di dalam salah satu daripada tuntutan IFC?

Di Selangor jumlah penduduk Islam adalah lebih kurang 4 juta orang dengan jumlah masjidnya adalah sebanyak 380 buah. Manakala penduduk yang beragama Hindu ialah berjumlah 700,000 orang dengan jumlah kuilnya sebanyak 1,000 buah. Apakah pula pendirian orang Melayu dalam PAS dan PKR tentang perkara ini?

Biarpun Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim seorang yang beragama Islam tetapi dia tidak mempunyai kuasa apa-apa untuk menegur atau menghalang tindakan Xavier Jayakumar dan Ronnie Liu. Sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu sendiri.

Siapakah MB sebenarnya? Sama juga dengan kes beliau meluluskan ladang mega ternakan babi di Sepang, Selangor. Adakah jawatan Menteri Besar semata-mata sebagai “Pak Turut” dengan mengikuti segala kehendak DAP tanpa ada hak untuk mempertikaikannya?.

Mereka juga menuntut supaya keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan. Sebab itulah Ronnie Liu juga mencadangkan agar diadakan pilihanraya di peringkat PBT.

Apakah Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjadi Penasihat kepada pakatan Pakatan Rakyat tidak dirujuk tentang cadangan Xavier ini? Kalau Anwar Ibrahim tahu sekalipun apakah Anwar akan menegur Xavier dan Ronnie Liu agar jangan berbuat sedemikian. Atau Anwar lebih percaya kepada Guan Eng berbanding Khalid Ibrahim?

Sama juga dengan sikap tidak ambil peduli Anwar Ibrahim ketika menghadiri satu jamuan makan malam sempena menyambut hari Krismas di sebuah restoran di Bandar Di Raja Kelang hujung tahun lalu.

Ketika Irene Fernandes mempertikaikan kenapa pihak Gereja Katolik tidak boleh menggunakan perkataan “Allah” dan bahasa Malaysia di dalam buletin dan bible mereka, Anwar Ibrahim sekadar berdiam diri sahaja.

Baru-baru ini dikhabarkan, Dr Dzulkefly (Ahli Parlimen Kuala Selangor) juga telah membaca ayat Al Quran di sebuah gereja di Selangor. Dr Dzulkefly menyatakan bahawa Islam memelihara hak semua orang tanpa mengira kaum.

Seorang lagi Exco dari pemimpin Pas, Datuk Dr Hassan Ali pula menyatakan Islam Hadhari diharamkan di Selangor.

Manakala Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad semasa berucap di sebuah gereja di Shah Alam menyatakan bahawa masyarakat Kristian tidak perlu takut untuk menggunakan terjemahan “Allah” untuk merujuk kepada kalimah “God” dalam Kristian dan ajarannya.

Khalid juga berpendapat bahawa perkataan “Allah” hanya terjemahan kepada perkataan “God”. Beliau juga mendakwa pihak gereja di Negara Arab juga menggunakan perkataan “Allah”.

Apakah pula pendirian Hassan Ali, Dr Dzulkefly dan Khalid Samad sebagai mewakili Pas dengan keputusan Xavier ini? Adakah sekadar diam seribu bahasa.

Inilah padahnya membiarkan Pakatan Rakyat memerintah Selangor, selepas membuat kandang babi di Sepang, mereka membenarkan pula agenda IFC dilaksanakan di Selangor.

Torashah

default

KHAIRY MENJELASKAN LAPORAN POLIS

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



June 25, 2008 by dewiarjuna
Tuduhan bermotifkan politik dan pembohongan yang nyata, sekali lagi dilakukan oleh Raja pencetus kontroversi iaitu Raja Petra Kamaruddin. Kali ini tuduhan beliau melibatkan Perdana Menteri dan Timbalannya dalam kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shariibu.


Raja Petra dalam akuan bersumpahnya mendakwa ada tiga orang hadir pada tempat dan masa berlakunya pembunuhan Altantuya iaitu Rosmah, Pemangku Kolonel, Aziz Buyong yang juga seorang pakar bom C4 dan isterinya yang juga pengawal pengiring Rosmah, dikenali sebagai Norhayati.

Raja Petra dalam akuan bersumpah itu juga mendakwa beliau dimaklumkan oleh sumber yang boleh dipercayai secara pasti bahawa Perdana Menteri sudah menerima satu laporan perisikan tentera mengenai perkara itu dan laporan itu kini dalam simpanan menantu Perdana Menteri, Khairy Jamaluddin yang juga Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia.

Khairy yang sebelum ini pernah ditanya berkenaan isu berkenaan berkata beliau akan membuat perbincangan dengan peguam beliau memandangkan ia melibatkan implikasi undang-undang sebelum beliau mengambil sebarang tindakan mengeluarkan sebarang bentuk kenyataan.

Pada jam 10.30 malam tadi (24 Jun 2008), Khairy telah membuat satu laporan polis berkenaan pertuduhan yang diterimanya itu. Khairy telah menjelaskan dengan terperinci bahawasanya tuduhan Raja Petra itu merupakan satu pembohongan semata-mata untuk menjatuhkan kredibiliti Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri dan dirinya sendiri.

Khairy menyatakan bahawa dia tidak pernah menerima apa-apa bentuk laporan berkenaan kes Altantuya sepertimana yang dilaporkan oleh Raja Petra dalam akuan bersumpah beliau itu. Raja Petra hanya membuat satu akuan palsu yang tiada bukti kesahihan sumber demi memburukkan nama mereka yang dikatakan terlibat terutamanya dirinya dan Pak Lah.

default

Kedudukan MB Selangor Goyah, Gerakan Anti Khalid Bermula

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Oleh Adnil Mohd

Shah Alam -- Pakatan pembangkang di Selangor yang diterajui pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tan Sri Khalid Ibrahim semakin goyah berikutan isu rasuah yang berlaku di pejabat Menteri Besar berkenaan baru-baru ini.

Ekoran dari laporan serta siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR) telah membawa kepada penggantungan pegawai kanan Menteri Besar, Yahya Sahri.

Keadaan ini telah membuatkan Yahya meletak jawatan atas alasan "hilang keyakinan terhadap kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim".

Menurut laporan laman web pembangkang selangor, kira-kira 200 orang penyokong aktivis Parti Keadilan Rakyat, Yahya Shari malam tadi, menyerbu Kediaman Rasmi Menteri Besar Selangor mendesak Tan Sri Khalid meletak jawatan.

Lapor laman web itu lagi pada mulanya kumpulan ini tidak dibenarkan masuk ke kawasan kediaman rasmi. Pintu gerbang dikunci dan beberapa orang Polis kelihatan berlegar menjaga keselamatan kediaman tersebut.

Bagaimanapun sekitar tengah malam kumpulan ini dibenarkan masuk. Menurut sumber, banyak isu yang dibangkit meliputi soal pentadbiran kerajaan negeri yang nyata tidak memuaskan hati mereka.

Malah ada yang secara sinis memperli Tan Sri Khalid dengan berkata, "jika macam ni lebih baik Khir Toyo sahaja jadi MB semula."

Dipercayai beberapa siri perhimpunan anti-Tan Sri Khalid Ibrahim akan terus diadakan bagi mengenakan tekanan ke atas Menteri Besar ini agar melepaskan jawatannya.

Sebelum ini satu perhimpunan yang sama telah diadakan di Gombak Square pada dua malam lepas.

Difahamkan antara punca utama kemarahan penyokong PKR ialah dasar pentadbiran Tan Sri Khalid yang mementingkan kumpulan tertentu sahaja.

Selain itu, ada yang tidak berpuas hati dengan isu projek babi mega dan juga sikap MB yang dikatakan elitis dan jauh dari kalangan penyokong PKR.

default

Isu gaji pemain -Presiden FAP tak buat apa untuk bantu

on Saturday, June 21, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments



FAM akan bantu pasukan tenat

Oleh SAYED HESHAM IDRIS

KUALA LUMPUR - Masalah kewangan tenat yang dihadapi oleh beberapa pasukan dalam Liga Malaysia (Liga-M) dijangka reda apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) bakal mengagihkan baki 50 peratus peruntukkan geran tahunan kepada semua pasukan.

Setiausaha Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad (gambar) berkata, baki separuh daripada peruntukan penuh geran tahunan itu akan dibayar hujung bulan ini.

Menurutnya, jumlah geran tahunan itu berbeza mengikut status liga yang disertai oleh pasukan dalam Liga-M.

Katanya, geran tahunan bagi pasukan dalam Liga Super adalah RM250,000, Liga Perdana RM150,000 manakala Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Polis masing-masing RM100,000.

''FAM akan membayar baki geran tahunan itu pada hujung bulan ini.

''Kita bukan sengaja menahan bayaran penuh geran tahunan tersebut kerana kita menunggu peruntukkan daripada penaja,'' katanya selepas majlis penyerahan tajaan sempena Siri Jelajah Asia 2008 kelab Liga Perdana England (EPL), Chelsea ke Malaysia di sini, semalam.

Sebelum ini Sarawak dibelenggu masalah kewangan serius.

Terbaru skuad Perak dikatakan menghadapi masalah yang sama apabila para pemain tidak bergaji sejak tiga bulan lalu.

Mengenai masalah kewangan skuad 'Seladang' yang mungkin menjejaskan persediaan pasukan itu untuk perlawanan suku akhir Piala AFC, Azzuddin menjelaskan, FAM sedia memberi bantuan.

''FAM akan memberikan bantuan secara spontan mengikut keperluan pasukan Perak,'' katanya.

Skuad Seladang akan menjadi tuan rumah dalam perlawanan pertama suku akhir Piala AFC menentang Safa SC Lebanon di Stadium Perak, Ipoh pada 16 September diikuti perlawanan kedua, 23 September.

Azzuddin turut mendedahkan selain Sarawak dan Perak, terdapat sebuah lagi pasukan yang menghadapi masalah kewangan namun enggan mendedahkannya.

Pasukan itu ialah Pulau Pinang !!!

akhirnya...aku terpaksa bersuara jugak untuk menerangkan keadaan sebenar players dan juga isu FAP.

untuk pengetahuan semua...FAP dah pon dapat bantuan daripada FAM sebanyak "00"K ringgit malaysia. namum begitu, perkara yg paling menyedihkan adalah dimaklumkan bahawa FAP hanya mampu memberikan advance payment sebanyak 1K kepada players dan yg selebihnya untuk membayar hutang fasilitis dan ongkos lain yang sudah lama tertunggak. dengan kata lain, FAP masih lagi belom menyelesaikan masalah gaji players yg hampir masuk 4 bulan, dan secara tidak langsung, moral players yang datang pada masa latihan harian sudah menurun dengan dimaklumkan hanya 8-11 players sahaja yang turun pada masa latihan rutin. dan ada diantara mereka sudah pon bekerja secara sambilan sebagai despatch mahu pon juga sebagai kerani di sesetengah pejabat guaman di sekitar bandaraya georgetown.

Lebih memalukan dan malang lagi apabila sesi perlawanan persahabatan antara kita dgn negeri lain terpaksa dibiayai oleh pihak lawan dan mendapat wang ehsan sebanyak puluh ringgit malaysia kerana sudi hadir untuk perlawanan yang telah diaturkan.

beberapa ahli tertinggi FAP juga telah menyatakan keengganan mereka untuk berkhidmat dan menabur bakti pada FAP lagi gara-gara kemelut yg semakin parah ini.

dan diberitahu juga mengenai status pemain import kita yg. saya rasa agak simpati apabila hanya mampu makan roti dan juga air kosong untuk mengalas perot sblm mati katak di pulau penang. hasrat mereka untuk kembali ke tanah air juga turut terbontot karena masalah kewangan yang membontotkan mereka untuk mendapatkan tiket balik walaupon masih ada kontrak bersama FAP.

kesimpulannya, kerajaan negeri skarang mmg teruk kerana takmo tolong langsung FAP dengan pemberitahuan faks daripada CM untuk FAP berusaha sendiri untuk mencari ongkos pembiayaan dan kebajikan players.

last but not least, *** to fairus n guen eng
!

sumber : forum haria penang.com

default

Keimanan dan kesabaran Pak Lah mengatasi segalanya

on Thursday, June 19, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments






Berbagai cara dan cubaan yang dilakukan untuk menjatuhkan Presiden UMNO dan Perdana Menteri Malaysia namun semua dapat diatasi . Tidak dinafikan , walaupun semua ini dapat ditangani ianya sedikit sebanyak memberikan kesan kepada parti dan moral Perdana Menteri. Masalah yang timbul sekarang bukannya datang dari pembangkang tetapi masalah yang kita hadapi sekarang adalah dikalangan ahli UMNO yang mengejar kedudukan dan kepentingan. Oleh kerana kita sibuk melayan kerenah-kerenah mereka ini, kita telah membuka ruang yang luas untuk pembangkang mara ke hadapan tanpa sebarang tekanan dan akhirnya mereka begitu tenang dan hanya memainkan permainan yang sedang kita mainkan dengan keadaan yang begitu terkawal sekali.

Masalah dalaman yang kita hadapi ini berpunca dari satu punca yang benar-benar tidak puas dan hari -hari cuba menghakiskan kepercayaan rakyat agar rakyat membenci Perdana Menteri. Jika kita fikirkan apa yang berlaku hari ini adalah satu proses perjalanan pemerintahan yang biasa yang sering akan dihadapi oleh mana-mana pemerintah dengan keadaan krisis yang global ini. Keadaan menjadi buruk apabila ianya saban hari digodak untuk membayangkan keadaan yang buruk sedang berlaku dalam kepimpinan sedangkan proses ini adalah proses normal yang pernah berlaku kepada pemimpin yang lalu.

Bayangkan betapa setiap hari ada saja kesalahan dan kesilapan yang dicari oleh orang yang tidak bersetuju dengan Perdana Menteri , pasti mereka akan ketemui kesilapan berkenaan , jangan tidak ada kesalahan pun akan dijadikan juga sebagai satu kesalahan . Perdana Menteri terpaksa mengahadapi situasi yang getir ini disamping terpaksa menghadapi tohmahan dan tuduhan yang dilemparkan kepada beliau.

Selagi Pak Lah tidak meletakkan jawatan selagi itulah tohmahan akan dilemparkan dengan satu niat yang jahat untuk melihat akan kepimpinan Pak Lah jatuh berkecai dan mereka akan bertepuk tangan dan mengambil alih pucuk kepimpinan daripada Perdana Menteri, barulah mereka akan merasa puas. Namun seperti yang kita ketahui , kepuasan ini tidak akan lama, kerana mereka juga akan memberikan masalah kepada kepimpinan yang baru sekiranya kepimpinan ini tidak memberikan mereka ganjaran kerana telah menaikkan mereka di tempat yang tertinggi dan sekali lagi proses menjatuhkan yang baru ini akan bermula kembali. Mujurlah Pak Lah ada kekuatan dan kesabaran sendiri untuk menangani maslah ini dan tekanan yang diberikan kepada Pak Lah hampir - hampir menekan mereka sendiri dan ada seketika mereka pula yang hampir putus asa dan bercelaru seketika.

Hari ini mereka terus melemparkan berbagai andaian dan tohmahan kepada Perdana Menteri dan lebih teruk lagi dari yang dilemparkan oleh pembangkang. Hari ini mereka seolah-olah menuduh Pak Lah mempunyai pakatan dengan pembangkang. Mereka menuduh Pak Lah punyai agenda dan perjanjian tersendiri dengan Datuk seri Anwar Ibrahim. Mereka seolah-olah takut dengan bayang-bayang mereka sendiri. Semakin lama, semakin dekat pemilihan UMNO, mereka semakin gusar dan khuatir kerana Pak Lah akan terus memimpin UMNO dengan mandat yang baru yang mana mandat ini diterjemahkan oleh ahli-ahli UMNO sendiri yang mana kekuatan Pak Lah tidak lagi boleh mereka gugat. Hari itu juga akan menyaksikan mereka yang berpihak kepada mereka akan tersingkir dari menjadi duri dalam daging UMNO dan pengaruh mereka untuk menjahanamkan kepimpinan Pak lah mungkin akan terbayang akan satu petanda kegagalan.

Hari ini sahaja , mereka hampir hilang keyakinan ,walaupun mereka mencuba sedaya upaya untuk menjatuhkan Pak Lah. Masa akan menentukan segalanya. Jika Pak lah berjaya menghadapi dugaan ini bermakna Pak Lah berjaya menghadapi apa juga dugaan yang akan datang. Kita seharusnya menyokong dan berdiri teguh dibelakang kepimpinan kita bagi memastikan segala kemelut ini dapat diatasi dengan baik . Biarkan mereka terjun dengan labu-labunya dan menyalak bagaikan anjing menyalak bukit.



semoga Pak Lah tabah dan sabar dalam menghadapi ujian ini ..insyallah segala akan baik . mujur Najib dan pemimpin2 UMNO dan komponen BN majoritinya menyokong Pak Lah .

default

YONG BONEKA ANWAR

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




Pertemuan di Hong Kong antara Yong Teck Lee dan Anwar Ibrahim telah membuktikan bahawa pemimpin ini sebenarnya dalang yang digunakan oleh Anwar untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang. Yong juga menjadi tali barut Anwar selama ini dan kini rahsia ini mula terbongkar apabila Yong terdesak kerana gagal untuk mengumpulkan 30 Ahli Parlimen melompat parti untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang.Yong dan Anwar telah berganding bahu dan bekerja keras untuk merealisasikan muslihat ini.

Setelah Yong gagal untuk melaksanakan janji kepada Anwar bahawa beliau boleh menarik 30 orang Ahli Parlimen menyertai pembangkang dan menubuh kerajaan pintu belakang. Anwar mendesak Yong untuk melakukan sesuatu yang boleh mengugat kesetabilan BN dan Perdana Menteri. Mungkin kerana terdesak dan janji -janji yang menarik oleh Anwar kepada Yong yang membuat Yong sanggup menjadi boneka kepada Anwar di dalam BN.

Tindakan Yong ini sebenarnya adalah satu tindakan yang tidak melibatkan parti SUPP tetapi ianya adalah satu tindakan yang lebih kepada keperibadian. Timbalan parti juga tidak bersetuju dengan tindakan Presiden parti SUPP dan menyatakan bahawa mereka tidak turut serta dengan tindakan Yong. Ramai pemimpin BN dari Sabah yang tidak bersetuju dengan tindakan Yong,

Yong sememangnya licik dan merupakan seorang oportunist yang mementingkan diri sendiri sebelum ini bertindak keluar dari PBS dan menyertai BN. Beliau juga bukanlah ahli Politik yang menyerlah dengan kepintaran beliau melaksanakan tugas dan tanggunjawab sebagai wakil rakyat tetapi pintar dalam putar belit politik untuk menikam teman dan rakan politik. Anwar yang kemaruk untuk menjadi Perdana Menteri menyedari dan mengenalpasti bahawa Yong adalah ahli politik yang boleh menjalankan misi beliau dan boleh dibeli telah menjalankan kerja jahat ini bersama. Pakatan Anwar dan Yong tidak menjadi kerana Yong bukanlah ahli politik Sabah yang berpengaruh. Pakatan kotor Anwar ini seolah-olah mahu manafikan kepercayaan dan mandat yang telah diberikan oleh rakyat Sabah kepada BN.

default

PEMUDA PAS DITEMPELAK DAP.MANA HERO-HERO PAS TERUTAMA SINGA MINYAK PAS SALAHUDIN AYUB !!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Pemuda DAP dan PKR menggesa rakan sepergerakannya dalam PAS agar menfokuskan agenda membentuk kerajaan Pakatan Rakyat yang bersih dan adil, bukannya melaksanakan pentadbiran Islam.Pergerakan Pemuda dua parti itu juga menggesa Pemuda PAS agar memikir kembali saranannya untuk menegakkan peraturan Islam seperti pengharaman tempat perjudian, menghadkan premis penjualan arak dan etika pakaian di pejabat.

Setiausaha Pemuda DAP, Anthony Loke Siew Fook dan naib ketua Angkatan Muda (AMK) PKR, Amiruddin Shari diminta mengulas kenyataan naib ketua Pemuda PAS, Sabtu lalu. Azman Shapawi Abdul Rani dilaporkan berkata Pemuda PAS kini dalam proses merangka agenda untuk melaksanakan undang-undang Islam di lima negeri Pakatan. Loke (foto, baju putih seperti gambar di atas ) berharap PAS menghormati gabungan Pakatan Rakyat yang terdiri daripada tiga parti, termasuk DAP dan PKR.

"(DAP) tidak bersetuju dengan mana-mana undang-undang yang dilaksanakan dari sudut agama, terutama pelaksanaan undang-undang Islam dalam masyarakat majmuk di Malaysia," katanya kepada Malaysiakini."Jangan gagalkan agenda Pakatan Rakyat

default

Yong pengkhianat dalam BN

on Wednesday, June 18, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Yong pengkhianat dalam BN
June 18, 2008 by dewiarjuna
Ahli Parlimen Parti Progresif Sabah (SAPP) - salah sebuah parti komponen BN di negeri itu akan mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Badawi apabila Dewan Rakyat bersidang Isnin ini.



Ini merupakan kali pertama dalam sejarah negara, usul tidak percaya akan dikemukakan terhadap Perdana Menteri. Sewaktu sidang Dewan Rakyat mulai Isnin ini, 23 Jun, ahli-ahli Parlimen kita akan menyokong undi tidak percaya kepada PM. SAPP mempunyai dua ahli Parlimen - Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawai) dan Datuk Eric Enchin Majimbun (Sepanggar) dan empat ahli dewan undangan negeri.



Yong Teck Lee adalah merupakan seorang politikus yang sering kontraversi di negeri berkenaan dan apa yang dilakukan oleh Yong Teck Lee ini seolah-olah mengugut Barisan Nasional dan tidak bermoral. Mereka telah mengunakan kelebihan mereka sebagai pendukung dan tunjang kepada jumlah kemenangan BN untuk memenuhi kepentingan mereka.



Yong seolah lupa akan jasa BN kepada beliau ketika beliau kalah dalam perbicaraan pada tahun 1999 atas skandal rasuah pilihanraya di mana beliau terpaksa mengosongkan kerusi Dewan Undangan Negeri Likas pada tahun berkenaan.



Beliau juga lupa apabila beliau pernah diberikan peluang oleh BN untuk menjawat jawatan tertinggi sebagai ketua menteri Sabah pada tahun 1996. Hari ini Yong Teck Lee bagaikan besar kepala mungkin lupa akan jasa BN yang telah membangunkan kembali kekuatan BN di Sabah apabila BN hanya menjadi pembangkang dahulu.Yong yang mengambil kesempatan atas kekuatan BN Sabah dan mengugut parti BN kebelakangan ini kerana Yong tahu BN amat memerlukan kerusi BN dari Sabah.



Ura-ura ingin menyertai Keadilan dan mengugut mahu keluar parti adalah satu perbuatan khianat dan ingin mengusulkan undi tidak percaya kepada Perdana Menteri di Parlimen adalah satu tindakan yang biadab oleh Yong kerana jelas Yong sebenarnya tidak berkeyakinan dengan Perdana Menteri dan Presiden BN. Tindakan serupa ini sengaja dilakukan kerana mengetahui bahawa mereka sekarang adalah ‘hot cakes’ yang diperlukan oleh kedua-dua belah parti.



Namun tindakan Yong ini seolah-olah tidak menghormati keputusan yang telah dibuat oleh rakyat dan mahu melacurkan keputusan yang dibuat oleh rakyat di negeri Sabah. Namun bukan semua parti yang komponen yang setuju dengan Yong dan juga keputusan yang dibuat oleh beliau, Walaupun Yong akan membawa SAPP keluar dari BN, BN tetap masih menjadi pemerintah . Seandainya Yong membawa usul tidak percaya kepada Perdana Menteri , insyaAllah beliau tidak akan berjaya dalam usaha ini.



Apa yang Yong lakukan ini seharusnya diberikan tentangan oleh Ahli Parlimen dari Sabah dan masalah Yong ini perlu diselesaikan oleh BN Sabah dengan berpaa segera kerana Yong adalah merupakan duri dalam daging BN di Sabah.Kerajaan tidak perlu memberikan Yong satu keistimewaan dan mengikut semua tuntutan yang dilakukan oleh Yong kerana bukan hanya SAOO sahaja yang menyumbang kepada kemenangan BN. Jika kerajaan memberikan keutamaan kepada SAPP bererti Kerajaan terpaksa melayan semua karenah dan tuntutan wakil rakyat yang menyumbang kepada kemenangan BN.



Menyokong Yong bermakna menyokong Anwar Ibrahim. Apakah rakyat Sabah sudah bersedia untuk menerima Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri dan apakah rakyat di Semenanjung sudah boleh menerima Anwar sebagai Perdana Menteri. Jelas Yong adalah pengkhianat dalam BN khusunya BN Sabah.

inilah bangsa cina yang sememangnya belot apabila peluang di depan mata ..bagi aku buang pun tak pa parti sapp ni .cukup tak guna kalau simpan

default

Bukan pengecut tapi berprinsip-Darah Pengasas UMNO

on Saturday, June 14, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Saya tertarik dengan tiga ayat yang dilafazkan oleh Timbalan Perdana Menteri.
1) “Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) saya membantu menubuhkan parti dan saya bukannya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini”. 2) Dengan itu beliau percaya peralihan kuasa mestilah berlaku secara tradisi konvensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak.

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada syarahan mengenai “Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global” di Royal Institute of International Affairs, London hari Rabu.

3) UMNO kini berada pada tahap tidak begitu baik dan sekiranya ahli-ahli terus bergaduh untuk merebut kepimpinan, UMNO akan terus lemah dan tidak akan berupaya menghadapi pilihan raya umum yang akan datang.

“Apakah yang ada dengan mewarisi kedudukan apabila anda kalah dalam pilihan raya. Saya tidak mahu memimpin parti untuk kalah,” tanya beliau.

1.Kalau ada anak Mantan Perdana Menteri yang ada akal fikiran untuk memahami ayat ini , fahamlah jika tidak teruskanlah……

2. Kalau ada orang itu yang tengah mewujudkan puak dalam UMNO faham, fahamlah jika tidak faham entahlah……

Tajam dan padat kata-kata Najib ini. Inilah sedutan dari kata luahan Datuk Seri Najib di London -

Bukan pengecut tapi berprinsip


Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak tegaskan beliau bukan pengecut apabila tidak mengambil alih kepiminan UMNO daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ekoran prestasi buruk Barisan Naisonal (BN) pada pilihan raya umum ke-12 lalu.

Sebaliknya beliau berkata : “Saya datang daripada keluarga di mana ayahanda (Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein) saya membantu menubuhkan parti dan saya bukannya anak lelaki yang memusnahkan parti. Saya mahu terus menyambung membangunkan parti ini”.

Dengan itu beliau percaya peralihan kuasa mestilah berlaku secara tradisi kovensional dan bukannya dengan mewujudkan puak-puak.
Najib berkata demikian semasa menjawab soalan seorang peserta pada syarahan mengenai “Malaysia dalam menghadapi cabaran baru global” di Royal Institute of International Affairs, London hari Rabu.

Peserta berkenaan bertanya mengapa beliau tidak mengambil alih tampuk pemerintahan ekoran prestasi buruk Barisan Nasional dan UMNO pada pilihan raya umum Mac lepas.

Pada pilihan raya umum lalu, BN bukan sahaja kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat tetapi turut kehilangan empat negeri iaitu Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah di samping Kelantan terus kekal di tangan PAS.

Menurut Najib, orang ramai boleh memberikan pandangan mereka mengenai pendiriannya tetapi itu tidak bermakna beliau tidak berani mengambil tindakan kerana tegasnya, beliau adalah individu yang mempunyai prinsip nilai teras.
“Dan saya percaya apa yang penting, apa jua langkah yang anda ambil, ia mestilah mempunyai prinsip nilai teras peribadi kepada anda,” tambahnya.

Jelas Najib lagi, UMNO kini berada pada tahap tidak begitu baik dan sekiranya ahli-ahli terus bergaduh untuk merebut kepimpinan, UMNO akan terus lemah dan tidak akan berupaya menghadapi p[ilihan raya umum yang akan datang.

“Apakah yang ada dengan mewarisi kedudukan apabila anda kalah dalam pilihan raya. Saya tidak mahu memimpin parti untuk kalah,” tanya beliau.

default

Pusat hiburan kian banyak akibat lantikan EXCO Tercemar?

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments




SHAH ALAM 23 Mei - Kerajaan negeri diingatkan supaya melaksanakan penguatkuasaan terhadap pusat-pusat hiburan dengan lebih serius bagi menangani aktiviti maksiat yang boleh memberikan kesan negatif kepada orang ramai.


Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo berkata, ingatan itu kerana pusat hiburan dikatakan semakin banyak dibuka serta beroperasi melebihi pukul 4 pagi selain aktiviti penjualan video cakera padat (VCD) lucah secara terbuka dan berleluasa.



Lebih memalukan lagi katanya, Exco Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan, Ronnie Liu dikatakan terlibat menghalang pihak polis menjalankan tugas menutup sebuah pusat pelacuran di Subang Jaya.


"Perbuatan ini perlu diambil perhatian kerana boleh menjejaskan imej kerajaan negeri kerana beliau bertanggungjawab dalam soal pihak berkuasa tempatan (PBT) sepatutnya tidak bertindak begini," katanya ketika membahaskan titah ucapan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini.


Mohamad Khir turut menyifatkan wakil rakyat Pakatan Rakyat seperti 'tinggal dalam hutan' kerana tidak dapat menerima hakikat Barisan Nasional (BN) telah banyak membawa pembangunan.


"Terimalah kenyataan yang BN telah bawa banyak kejayaan. Kalau selama ini BN gagal mentadbir, kita semua masih tinggal dalam hutan dan pakai selipar. Pakatan Rakyat seperti tidak tahu bersyukur dengan semua kejayaan ini," katanya.


Tambah Mohamad Khir, kejayaan Selangor pada hari ini merupakan bukti bahawa kerajaan BN telah memerintah dengan baik yang turut dinikmati wakil rakyat Pakatan Rakyat.


Beliau juga mencadangkan kerajaan negeri menjalinkan hubungan baik dengan Kerajaan Pusat kerana masih memerlukan peruntukan kewangan terutama peruntukan untuk PBT.


"Tidak guna kerajaan negeri berkonfrontasi dengan Kerajaan Pusat kerana Selangor memerlukan bantuan kewangan untuk mentadbir termasuk PBT yang kosnya lebih tinggi berbanding pendapatan," katanya.


Mohamad Khir turut mengingatkan kerajaan negeri supaya merujuk kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) terlebih dahulu sebelum melaksanakan cadangan cuti 90 hari bersalin kepada kakitangan awam sebagaimana yang dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lalu.


Menurutnya, rujukan dengan jabatan itu perlu dilakukan kerana cadangan sedemikian membabitkan syarat-syarat perkhidmatan, pencen, urusan lain yang mungkin menyukarkan pentadbiran di negeri itu.


"Sepatutnya, kerajaan negeri meneliti perkara ini termasuklah perbincangan dengan pihak JPA.


"Kita tidak mahu cadangan ini boleh menimbulkan masalah bukan hanya kepada kakitangan terbabit, tetapi kepada kakitangan itu sendiri termasuklah kerugian yang dialami kedua-dua pihak," ujarnya.



kisah exco menahan pihak berkuasa dari menutup operasi pelacuran seperti kisah hindustan dan filem cina hong kong.hehe Inspektor polis nak pi serbu tiba2 menteri mai halang ..hehe inilah pemimpin PKR yang kita tidak tahu latar belakang dia .. entah dia pun terbabiat sama dengan geng tu ..

default

Isu Harga Minyak : Kedangkalan Pemimpin Pembangkang Terserlah

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Isu Harga Minyak : Kedangkalan Pemimpin Pembangkang Terserlah
Posted on Friday, June 13 @ 19:37:01 MYT

Oleh Adnil Mohd

Kuala Lumpur -- Nampaknya pemimpin-pemimpin parti pembangkang betul-betul mahu menjadi jaguh di mata rakyat dengan kenaikan harga minyak baru-baru ini.

Mereka bukan sahaja lantang mengecam tindakan serta langkah-langkah yang dilakukan kerajaan bagi menangani kenaikan global harga minyak ini malah cuba menunjukkan kejantanan mereka memimpin demonstrasi jalanan yang sememangnya sudah cukup sebati dengan jiwa mereka.

Pelbagai bentuk demostrasi telah diatur juga sudah banyak program ceramah telah dirancang di merata-rata tempat semata-mata mahu mencuri peluang menyerang kerajaan dalam isu minyak seterusnya meraih populariti.

Pemimpin-pemimpin pembangkang ini cukup hebat berhujah terutama di hadapan para penyokong mereka. Bermacam-macam teori dikeluarkan dan berbagai-bagai dalil diucapkan.

Malang kehebatan mereka ini gagal diterjemahkan di gelanggang yang sepatutnya. Mereka bagai hilang suara, menjadi kurang cerdik dan teragak-agak, malu-malu kucing bila bertemu dengan ruas.

Inilah yang boleh dilihat dan dinilai rakyat apabila melihat gelagat ayam sabung mereka iaitu YB Salahuddin Ayub ketika dberi peluang berhujah di hadapan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDN&HEP), Datuk Shahrir Samad dalam satu program yang disiarkan secara langsung menerusi RTM 1 baru-baru ini.

Salahuddin bukan sahaja gagal memberikan hujah-hujah yang konkrit dan idea yang bernas malah dilihat seringkali tersasar fakta. Ketua Pemuda Pas itu juga seperti bangkrap idea dan tergagap-gagap untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan moderator rancangan terbabit.

Kegagalan Salahuddin ini bukan sahaja mengecewakan rakyat yang menonton rancangan ini malah di kalangan penyokong beliau sendiri turut berasa malu.

Hakikatnya Salahuddin jelas kurang membuat persediaan dan gagal melihat fakta sebenar terutama dalam mengatakan betapa harga minyak di Malaysia mahal berbanding negara-negara pengeluar minyak yang lain.

Mereka sering membuat perbandingan harga seliter minyak seperti berikut Indonesia=RM1.61, Iran-RM0.29, Venezuela RM0.16, Turkemenistan RM0.39, Arab Saudi RM0.19 dan Mesir RM0.81.

Untuk Salahuddin, pemimpin-pemimpin pembangkang lain serta para penyokong mereka jika mereka mahu membuat perbandingan tersebut adalah lebih baik mereka meneliti fakta di bawah ini dan buatlah penilaian yang sewajarnya.

UAE

Jumlah Penduduk = 4,380,000 Minyak dalam simpanan = 97 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 107 tahun

Kuwait

Jumlah Penduduk = 2,851,000 Minyak dalam simpanan = 99 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.5 juta tong sehari Umur simpanan = 108 tahun

Saudi Arabia

Jumlah Penduduk = 24,735,000 Minyak dalam simpanan = 260 bilion tong Jumlah pengeluaran = 8.8 juta tong sehari Umur simpanan = 81 tahun

Iran

Jumlah Penduduk = 71,208,000 Minyak dalam simpanan = 136 bilion tong Jumlah pengeluaran = 3.9 juta tong sehari Umur simpanan = 74 tahun

Nigeria

Jumlah Penduduk = 148,093,000 Minyak dalam simpanan = 36.2 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.3 juta tong sehari Umur simpanan = 43 tahun

Venezuela

Jumlah Penduduk = 27,877,000 Minyak dalam simpanan = 80 bilion tong Jumlah pengeluaran = 2.4 juta tong sehari Umur simpanan = 91 tahun

Malaysia

Jumlah Penduduk = 27,452,091 Minyak dalam simpanan = 4.8 bilion tong Jumlah pengeluaran = 550,000 tong sehari Umur simpanan = 33 tahun

default

Minyak naik! harga barang naik ! jadikan handphone anda sebagai pendapatan kedua !!!

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


a href="http://Prepaid4U.Net/eindex.php?id=francislight">Prepaid4U.Net Your Mobile Lifestyle
BILA GAJI NAK NAIK ? BILA… BILA… BILA?!!!
MAKA JADIKAN HANDPHONE ANDA PENJANA PENDAPATAN KEDUA!!



Pergi Kerja Pagi , Balik Petang……… Dapat gaji bayar hutang.
 Adakah anda ingin hidup begitu dengan cara hidup lama anda.
 Rezeki takkan datang bergolek TANPA USAHA !!!
 Jika orang lain boleh dapat RM1000-RM3000 sebulan, secara part-time kenapa Tidak Anda? Anda pun boleh…
 Jadilah pengguna bijak. Barangan yang anda beli sebenarnya boleh menjana income yang lumayan!! (Kami mepunyai senarai rekod pendapatan Agent yang mencecah puluhan ribu ringgit sebulan)

Teknik & Formula paling sistematik & terkini
1) Modal Rendah (RM65), Hanya Sekali, Seumur hidup
2) Kerja sejam dua sehari dari rumah
3) Pendapatan setiap minggu, pendapatan yang konsisten & boleh diwarisi
4) Tiada penekanan penjualan produk
5) Tiada had masa, terpulang pada kepantasan bekerja
6) Terbuka pada semua golongan termasuk pelajar.
7) Mengawasi semua transaksi melalui akaun peribadi & internet

Program apa ni? Skim Cepat kaya ke?
Tidak. Mymode merupakan sebuah perniagaan sah yang berdaftar,
diasaskan oleh Syarikat Asia Mobile Commerce Privilledge Sdn. Bhd.
yang menyediakan perkhidmatan SMS Prepaid. Dengan pendaftaran
keahlian RM65, anda sah sebagai Agent Mymode dan secara tidak
langsung merupakan ‘Tokey Prepaid Topup’ dengan kedai bergerak
beroperasi 24jam, tidak kira masa, tidak kira tempat!!

Siapa boleh sertai perniagaan ini?
1) Mempunyai handphone.
2) Tahu SMS.
3) Ada akses internet samada dirumah atau pejabat.
(Tidak wajib, tetapi satu kelebihan)


 Sudah bersedia untuk mengubah hidup anda?
Jika “YA” sila buka website ini:

http://www.prepaid4u.net/index.php?id=francislight

KONGSIKAN PELUANG KEEMASAN INI DENGAN RAKAN-RAKAN ANDA!!


Assalamualaikum,



Di kesempatan ini, I would like to give u briefing wat's prepaid4u all about. Seperti yg sedari baca di laman web saya http://prepaid4u.Net/index.php?id=francislight , ini bukanlah merupakan SATU SKIM CEPAT KAYA tetapi merupakan satu perniagaan yg sah di sisi undang2 dan merupakan satu langkah untuk memperolehi side income yg lumayan.

1. Gunakan apa yang anda guna sekarang dan tukarkan kepada wang!

Cuba kita fikirkan, alangkah ruginya anda reload prepaid anda setiap bulan tetapi apa yang anda dapat? Cukup kah dengan hanya boleh menggunakan talian sahaja? Tidakkah anda mahu lakukan perkara yang sama tetapi berpeluang mendapat pendapatan yang lumayan sehingga boleh ke angka juta? Bezanya hanya satu, tukarkan tempat anda membeli sekarang dikedai dan beli terus dari SMS sahaja. Ianya bertambah mudah dari cara sekarang dan tiada sebab anda harus menolaknya. Bagaimana dengan isteri anda? kekasih? rakan-rakan terdekat? ibu bapa yang menggunakan prepaid ini? Kenapa mereka tidak boleh membeli top-up card dengan anda?


2. Mudah sangat! Semua orang boleh buat

Amat mudah untuk dijalankan. Anda hanya perlu tahu guna SMS untuk jalankan perniagaan ini. Tiada barang yang perlu dibungkus dan diposkan untuk dijual kerana produk ialah nombor pin dan serial sahaja yang boleh dihantar dengan SMS.

Boleh dijalankan dimana sahaja asal ada talian. Tidak perlu pejabat, kiosk untuk jual prepaid dan sebarang premis.

Kemudahan order reload hanya dengan SMS. Jika prepaid anda habis ditengah malam dan kedai sudah tutup, dimana anda harus dapatkan reload anda? SMS sahaja dan anda akan segera dapat nombor reload anda! Kenapa harus buat yang susah sedangkan ada yang mudah? Segalanya auto dimana segala urusan yang anda lakukan dari SMS akan terus dapat dilihat diinternet iaitu di online akaun anda. Anda juga boleh melihat network anda, bonus anda dll.


3. Murah sangat! Tiada risiko

Jika nak dikatakan rugi, anda hanya ada risiko RM41 sahaja! Itupun setelah anda membeli reload beberapa kali walaupun tanpa sebarang penajaan, sudah balik modal RM41 tersebut kerana anda perolehi diskaun. Adakah anda rasa RM41 terlalu besar untuk mulakan satu perniagaan yang berpotensi besar? Walaupun jumlah bayaran permulaan adalah RM75, RM34 adalah untuk anda membeli reload yang sememangnya anda beli juga setiap bulan. Ini bukan dikira modal atau kerugian walaupun anda tidak berjaya dalam perniagaan ini. Jadi apa yang anda takutkan?


4. Kenapa harus kayakan orang lain? Baik kayakan diri sendiri!

Tahukah anda pekedai yang menjual reload boleh mendapat keuntungan yang banyak dari jualan prepaid mereka sehingga ada yang masih boleh berikan rebate kepada anda. Kenapa tidak diagihkan keuntungan tersebut kepada pengguna prepaid sendiri? Kita pengguna prepaid (13.6 juta) adalah satu jumlah yang besar. Kita semua perlu bersatu menjadi pengguna bijak dan kayakan diri sendiri bukan orang lain. Wariskan kepada keluarga anda harta yang bermula dari RM41 tersebut. Bayangkan setiap kali pengguna seramai ini yang sekian hari bertambah reload prepaid setiap bulan dan kita mendapat keuntungan juga setiap bulan! Anda fikirkanlah sendiri adakah dengan menyertai perniagaan ini satu kerugian atau keuntungan?



Sebagai contoh, jika anda mampu menjual at least 10 keping reload card maxis bernilai RM10 sehari(termasuk yg mungkin anda guna sendiri dan kenalan rapat anda!), anda akan mendapat RM4 sehari (RM10x0.04 = 40sen, 40senx 10 keping sehari =RM4). Dlm sebulan anda memperolehi RM120!! (RM4x30hari=RM120). Inilah yg dimaksudkan KENAPA HARUS KAYAKAN ORG LAIN?BAIK KAYAKAN DIRI SENDIRI!!


5. Persaingan

Persaingan amat kecil. Walaupun perniagaan ini berbentuk networking tetapi jika anda lihat perniagaan Network Marketing lain kebanyakannya berasaskan produk berbentuk makanan kesihatan. Kini sudah terlalu banyak sehingga ada yang tidak kuat semangat dia mahu taja orang akhirnya dia pula yang ditaja orang. Syarikat Network Marketing yang tumbuh bagai cendawan merumitkan lagi usaha pemasaran dan jika ahli tidak bijak akan menghadapi masalah.

Tidakkah anda fikir semua ahli perniagaan lain juga menggunakan hand phone? Jika anda mahu menjual makanan kesihatan A, orang juga berkata "Akupun jual makanan A jugak". Jika anda jual prepaid orang akan berkata "Akupun guna prepaid tapi beli kat kedai, tak rugi masuk ni boleh buat duit lagi".

Produk prepaid tiada konflik dengan produk kesihatan. Bayangkan ahli perniagaan tentu menggunakan banyak prepaid kerana sering membuat panggilan dan SMS. Alangkah ruginya mereka jika tidak membeli prepaid cara SMS dan kaut keuntungan lain.


6. Setkan sasaran anda

Banyak bonus keuntungan dari perniagaan ini. Untuk memudahkan cerita untuk set target dan tidak mengelirukan cuba kita fokuskan kepada keuntungan penajaan sahaja. Lihat carta ini.

Business System 3
(Untuk bonus tajaan ahli baru sahaja)

Level Pendapatan
1 8 X 10.00 = RM 80.00
2 8 X 8 = 64 X 1.00= RM 64.00
3 64 X 8 = 512 X 1.00= RM 512.00
4 512 X 8 = 4096 X 1.00= RM 4,096.00
5 4096 X 8 = 32,768 X 1.00= RM 32,768.00
6 32,768 X 8 = 262,144 X 1.00= RM 262,144.00
7 261,144 X 8 = 2,097,152, X 1.00= RM 2,097,152.00
8 2,097,152 X 8 = 16,777,216 X 1.00= RM 16,777,216.00
JUMLAH RM 19,174,032.00


** Pengiraan diatas merupakan bonus tajaan yang akan diterima oleh Agent Mymode yang tidak Upgrade pangkat MP, jadi insentif tajaan level 2 sehingga level 10 hanya RM1 seorang. Tetapi sekiranya Agent berkenaan berpangkat MP, Insentif tajaan downline level 2 hingga seterusnya adalah sebanyak RM8 seorang sehingga mana-mana downlinenya naik ke pangkap MP juga.

Setkan sasaran anda mencari 2 ahli seminggu bermakna semua ahli mendapat 8 orang dalam tempoh sebulan. Ini bermakna setelah 8 bulan module pendapatan ini lengkap. Paling tidakpun jika anda mencari 1 orang seminggu setelah 16 bulan module diatas lengkap. Bukankah ianya amat pantas dan mudah? Buat lah jangan hanya baca dan terfikir sahaja. Yang penting sekali anda lakukan dan lihatlah hasilnya. Jika anda tidak berbuat apa apa sudah tentu tidak berlaku. Cuba anda lakukan SEKARANG!



default

Pengundi Melayu Selangor terima padah !!!

on Tuesday, June 10, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment



Pengundi Melayu tanggung padah

Oleh AMRAN MULUP

KUALA LUMPUR 9 Jun - Ahli Majlis Tertinggi UMNO (MT), Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi percaya orang Melayu di Selangor kini mula sedar bahawa mereka terpaksa menanggung padah kerana salah memilih kerajaan.

Menurut beliau, ini berikutan keputusan kerajaan campuran Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Pas negeri Selangor menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam di negeri itu.

Beliau berkata, walaupun Menteri Besar Selangor beragama Islam tetapi tidak mempunyai kuasa sebaliknya keputusan yang diambil ditentukan oleh barisan Exco negeri itu.

''Apabila kerajaan campuran PKR, DAP dan Pas memerintah Selangor, bidang kuasa adalah di tangan Exco kerana kekuasaan dan keputusan ditentukan oleh mereka,'' katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyampaikan anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Sijil Penghargaan Perkhidmatan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) 2007 di Pusat Belia Antarabangsa, Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Ahmad Zahid mengulas keputusan kerajaan negeri Selangor untuk menghapuskan peraturan mengehadkan rumah ibadat bukan Islam yang tidak boleh dibina dengan keluasan melebihi 10,000 kaki persegi.

Ia diumumkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin Negeri, Dr. Xavier Jayakumar bersama Pengerusi Tetap Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Penyelidikan dan Pembangunan Negeri, Ronnie Liu.

Menurut beliau, sebelum ini kerajaan negeri Selangor telah memberikan jaminan untuk melaksanakan sistem akidah Islamiah.

''Tetapi apa yang boleh dilakukan melainkan terpaksa bersetuju kerana suara mereka hanyalah suara minoriti.

''Cuma saya ingin beritahu orang Islam di Selangor, itulah harga mahal yang terpaksa mereka bayar kerana salah memilih kerajaan,'' katanya.

Beliau yang juga adalah Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata, Kerajaan Pusat tidak mempunyai bidang kuasa untuk campur tangan dengan keputusan kerajaan campuran negeri Selangor itu.

Menurutnya, keluasan sesuatu rumah ibadat bukan Islam hanya ditentukan oleh kerajaan negeri dengan melalui pihak berkuasa tempatan.

Kata beliau, wujud satu garis panduan khas kerana Islam adalah agama rasmi negara dan mempunyai garis panduan tertentu tanpa mengetepikan agama lain.



inilah akibatnya orang melayu bandar seperti di Lembah Kelang yang tahu marah tapi jelas inilah akibat dan kesannya. tak mustahil tokong dan kuil hindu nanti kat belakang umah orang melayu dan sebelah masjid seperti di Kg Rawa . boleh timbul isu agama nanti tak ambil tindakan dari awal .

default

Melayu Masyarakat Induk Malaysia

on Monday, June 9, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Sumber http://pesanan-pesanan.blogspot.com


Sejarah adalah senjata orang Melayu dalam menghadapi tuntutan, kritikan, penafian, dan tekanan dan kerenah dari pelbagai puak-puak dan kelompok masyarakat terhadap legitimasi Melayu di atas buminya sendiri, baik dari dalam atau luar negara.

Salah satu penerangan dan pendekatan yang sering efektif untuk menerangkan persoalan-persoalan ini adalah pendekatan yang di buat dalam buku Tuntutan Melayu (1981) karangan oleh Dato Prof Dr Malik Munip. Beliau adalah bekas pensyarah sejarah di Universiti Malaya dan bekas ahli Parlimen Muar.

Baru-baru ini, beliau telah membentangkan satu kertas kerja bertajuk “Melayu adalah Masyarakat Induk Malaysia” di Seminar Agenda Melayu ke III pada November 4hb, 2007 baru-baru ini. Kertas kerja itu merupakan gis bukunya itu yang memberi satu teras pendekatan sejarah dan budaya dalam menjawab tekanan-tekanan yang dihujani ke atas orang Melayu. Kertas kerja itu diterbitkan semula dalam blog ini dalam tiga bahagian.




MELAYU ADALAH MASYARAKAT INDUK MALAYSIA


A. MUKADIMAH

1. Falsafah perjuangan bangsa Melayu adalah bersendikan kepada keyakinan bahawa Melayu/Bumiputera adalah masyarakat induk/teras/ibu di Malaysia. Oleh kerana itu hak dan matlamat perjuangan adalah berbeza daripada kaum-kaum lain.

2. Sebagai sebuah masyarakat Islam yang terbuka dan mewarisi tradisi menghargai nilai-nilai Islam yang keyakinan hanya dapat dibina di atas landasan yang kukuh yang dapat menatijahkan bahawa bahawa apa yang diperjuangkan adalah sohih dan halal. Maka adaah pri penting setiap generasi Melayu menghayati prinsip-prinsip asas yang membezakan kedudukan bangsa Melayu berbanding dengan kaum-kaum lain yang lazimnya ditakrifkan sebagai masyarakat serpihan) yang terpelanting daripada masyarakat induknya di negara-negara asal mereka.

3. Namun kerana keperluan teknikal perbezaan itu menjadi kabur apabila masyarakat bukan Melayu yang jumlahnya hampir separuh jumlah penduduk Malaysia diiktirafkan sebagai warga negara istilah seperti masyarakat pendatang atau imigren sebagai rujukan kepada rakyat bukn Bumiputera menjadi tidak sesuai.


B. KONSEP MASYARAKAT INDUK/IBU/TERAS ATAU “TOTAL SOCIETY“

1. Kita semua adalah “product of history” atau anak penghasilan sejarah maka suka atau tidak, sedar atau alpa, jahil atau mengetahui, tanggapan kita mengenai sejarah keluarga kita, masyarakat kita dan apatah lagi sejarah bangsa kita menjadi faktor penentu tentang apa yang dianggap hak kita atau hak orang lain. Di sinilah letaknya kepentingan mengetahui sejarah yang dapat mengelak daripada pemahaman yang dimanipulasi yang aka mengizinkan hak-hak kitatergadai.



2. Para ilmuan rata-rata menerima hakikat bahawa dari segi sejarah, Malaysia adalah sebahagian daripada alam budaya Melayu yang luas. Konsep alam budaya Melayu (geo-cultural/region) berkaitan terus kepada konsep tamaddun atau pradaban ia itu sepertilah juga tamaddun Cina atau tamaddun India yang menjadi asas kepada kelahiran alam budaya Cina atau alam budaya India yang sangat luas itu. (Datok, nenek kita peka dengan hakikat itu kerana itu mereka merujuk negeri China sebagai benua China). Satu sifat umum tamaddun agung dan besar seperti ini ialah hakikatwujudnya kepelbagaian sukuan dan puak yang berbeza-beza dalam kesatuan alam budaya yang satu seperti puak Hailam atau Teochew atau Kek dalam alam budaya Cina. Namun perbezaan-perbezaan budaya, loghat atau bahaasa bahkan kepercayaan sekalipun semuanya terangkum dan memperkaya kedinamikan khaznah tamaddun atau pradaban yang besar itu.

3. Maka seperti tamaddun-tamaddun yang besar tadi, pradaban Melayu merangkumi satu kawasan yang luas, satu gugusan pulau-pulau yang terbesar di dunia, berlumlah lebih daripada 21 ribu pulau dan mengandungi di dalamnya berpuloh-puloh sukuan dan puak dengan segala ragam loghat bhasa dan adat budaya yang berbeza-beza namun semuanya itu terangkum dalam satu kesatuan alam budaya atau satu ‘geo-cultural region’ yang dinamakan gugusan pulau-pulau Melayu, Alam Melayu, Dunia Melayu, Nusantara hatta pernah jua dirujuk sebagai ‘Malaysia Raya’. Harus diingat bahawa nama atau istilah ‘Malaysia’ sebagai rujukan para sarjana kepada kawasan gugusan pulau-pulau Melayu telah digunakan berpuloh-puloh tahun sebelum negara Malaysia merdeka dan menjadi satu entiti politik yang tersendiri.

4. Pengakuan sebagai anak Melayu pernah dilafazkan oleh ramai pemimpin negara-negara di gugusan pulau-pulau Melayu sekalipun mereka daripada puak atau suku yang berbeza-beza iaitu seperti Jose Rizal di Filipina atau Sukarno di Indonesia.

5. Istilah bumiputera juga mengandugi erti yang lebih luas daripada erti ‘native’ atau ‘indigenuous’ yang sempit. Ianya juga berkait rapat dengan konsep alam budaya atau tamadun yang wujud di satu-satu tempat.

6. Perlu diingat bahawa konsep tamadun atau pradaban sesuatu bangsa itu mencakupi erti perkembangan yang tinggi dan luas yang melibatkan bidang-bidang bahasa dan sesusasteraan, falsafah, politik, kenegaraan dan empayer. Tradisi Melayu yang kita warisi di alam Melayu mempunyai semua sifat-sifat ini, mempunyai struktur sosial yang lengkap atau ‘total society’ daripada raja-rajanya membawa kepada rakyat jelata, asas kepada kedaulatan atau ‘sovereignty’ yang diiktiraf sebagai satu bangsa yang beradab. Melayu bukan sekadar satu puak atau satu kaum di bumi sendiri tetapi diiktiraf sebagai satu bangsa yang menjadi masyarakat penentu yang mencorak warnakan perkembangan sejarahnya menjadi masyarakat ‘definitive’ yang menjadi rujukan kepada masyarakat-masyarakat asing lain yang hadir di bumi Melayu.

Dalam kontek ilmu sejarah, bangsa Melayu dirujuk sebagai faktor kesenambungan yang difinitif dan masyarakat pendatang mesti membuat ubahsuai atau adaptasi dengan merujuk kepada masyarakat penentu/atau masyarakat teras dan bukan wujud dalam bentuk asingnya yang mutlak. Sesungguhnya ini adalah selaras dengan tradisi tamadun manusia yang mempunyai nilai murni dimana “bumi dipijak di situ langit dijunjung” seperti di barat dikatakan “When you are in Rome, behave like the Romans do”.

Sesungguhnya ini adalah prinsip pri penting yang wajib diambil iktibar (terutama dalam bidang membina budaya kebangsaan) supaya proses tolak ansur tidak terjebak menjadi proses penggadaian budaya.



C. UMNO PESAKA BAHTERA PERJUANGAN BANGSA

1. UMNO adalah satu-satunya wadah pengucapan politik Bumiputera di Asia Tenggara yang berjaya (a success story). Ia tidak diasaskan di atas landasan ideologi ciptaan manusia seperti komunisma atau sosialisma yang menjadi anutan yang fashionable selepas perang.


2. UMNO ditubuhkan di atas ass perpaduan lebih 42 pertubuhan Melayu yang merangkumi persatuan Melayu negeri-negeri, persatuan sukuan seperti persatuan anak jawa atau persatun orang asli dan pertubuhan golongan professional seperti persatuan guru-guru Melayu.

UMNO disokong oleh semua lapisan masyarakat Melayu dari raja-raja Melayu membawa kepada rakyat jelata. Kita wajib mengambil iktibar dari amanah sultan Johor dalam perhimpunan awal UMNO di Istana Johor.

“Ingat UMNO bukan pertubuhan yang lahir di kaki lima tetapi pertubuhan Melayu di bumi Melayu. Dia (UMNO) ada daulat.”

3. Salah seorang elupor utama yang bertungkus lumus untuk menubuhkan UMNO ialah Pendita Zaaba (menyedihkan namanya jarang diingati).


a. Dengan cara yang halus Zaaba telah mengasaskan falsafah perjuangan bangsa yang sohih kepada parti Melayu ini. Sebagai pengerusi jawatankuasa yang bertanggungjawab mencipta nama untuk pertubuhan Melayu ini. Pendita Zaaba telah mengubah namanya supaya lebih tepat, leih teguh dan lebih berwibawa yang sekali gus membezakannya daripada pertubuhan-pertubuhan politik bukn Melayu.

b. Nama asal UMNO ialah UMO atau ‘United Malay Organisation’ yaani Pertubuhn Melayu Bersatu. Kata-Pendit Zaaba, Melayu di bumi Melayu adalah berbeza dari bukan Melayu di bumi Melayu. Melayu, di bumi Melayu adalah masyarakt induk, mayarakat teras atau masyarakat ibu. Bukan Melayu di bumi Melayu pula adalah masyarakat serpihan yang berasal daripada masyarakt induknya di negara-negara asal!

c. Kerana itu dengan penuh himah Pendita Zaaba telah menambah satu perkataan kata sifat sebagai merujuk kepada politik Melayu iaitu perkataan “Nasional” atau Kebangsaan. Maka hasilnya nama ‘Pertubuhan Melayu Kebangsaan Bersatu’ atau dalam bahasa Inggeris ‘United Malay National Organisation’ atau UMNO.

Natijahnya daripada perubahan itu ialah untuk membawa keinsafan bahawa
Melayu sebagai masyarakat induk yang lengkap yang menjadi teras kepada negara yang berdaulat dari dahulu hingga sekarang. Maka sifat Melayu, cita-cita perjuangan Melayu mempunyai status yang lebih tinggi, menjadi sifat dan cita-cita perjuangan yang bertaraf nasional dan bukan perkauman.

d. Natijah keramat daripada saranan abadi Pendita Zaaba ini ialah bahawa seluruh perjuangan bangsa Melayu ini berpaksi kepada prinsip menterjemahkan / melaksanakan kedudukan Melayu uang induk/nasional itu ke dalam semua bidang penghidupan bangsa yang merdeka:-

i) Politik Melayu mesti menjadi induk/teras politik negara.
ii) Bahasa Melayu mesti menjadi bahasa nasional.
iii) Kebudayaan Melayu mesti menjadi teras kebudayaan nasional.
Seterusnya sifat bangsa Melayu yang induk itu mesti akhirnya dapat diterjemahkan ke dalam bidang-bidang utama penghidupan nasional yang lain seperti dalam bidang pendidikan atau ekonomi. Ini ialah intipati kepada perjuangan yang hak dan legimate.
4. Penekanan kepada hakikat bahawa masyarakat Melayu adalah masyarakat induk di negara ini jua di abadikan dalam bendera UMNO. Professor Syed Najib Al Attas iaitu satu-satunya ulamak Melayu yang diiktiraf di peringkat antarabangsa (bukunya diterjemahkan ke dalam berbelas bahasa) adalah merupakan anak Melayu yang telah mencipta dan mengubah bentuk dan warna bendera UMNO itu. Maka selain bendera UMNO itu melambangkan ketinggian martabat Islam dan perjuangan memelihara tradisi kedaulatan negara, ianya jua dilabuhkan di atas prinsip bahawa Melayu dan negara tumpah darahnya adalah sebahagaian daripada bumi dan alam budaya Melayu turun temurun yang luas. Pemilihan warna-warna merah dan putih adalah warna-warna yang melambangkan bahawa akan terus wujud kesatuan dalam tradisi pradaban dunia Melayu atau Nusantara dan yang tidak mungkin diputuskan oleh kehadiran penjajahan.

default

Yayasan Hantu : Foundation For The Future

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments





Pengkaji barat melabelkan Foundation for the Future (FFF) sebagai Yayasan Hantu . Yayasan itu menjalankan operasi sulit untuk menumbangkan sesebuah negara (Istilah neocon : Regime Change) menggunakan modus operandi 'Projek Demokrasi'

Catatan dairi ditulis oleh Converger dalam Daily Kos dan laporan oleh Steve Clemons dalam The Washington Note mengupas tentang misteri 'kewujudan'Foundation for the Future (Yayasan Masa Depan).

Di sinilah tempat bekerjanya buah hati Paul Wolfowitz iaitu Shaha Riza dibayar gaji AS$200,000 setahun tanpa cukai, melalui tabung Bank Dunia.

Biar saya tambahkan sedikit fakta hasil penyelidikan awam berhubung dengan yayasan yang amat diselubungi misteri itu.

Sebelum Shaha Riza bekerja di Bank Dunia, beliau pernah bertugas di National Endowment for Democracy (NED),instrumen warisan peninggalan Ronald Reagan, yang menjadi badan perantara penaja usaha demokrasi dalam beberapa perubahan kerajaan (Regime Change )dunia termasuk parti-parti politik negara luar yang mempunyai hubungan rapat dengan Amerika Syarikat.

Menurut laman rightweb:

Pengerusi NED ialah Vin Weber, bersama ahli lembaga NED, Francis Fukuyama dan bekas ahli lembaga, Paula Dobriansky serta Paul Wolfowitz (kedua-duanya menyertai pentadbiran Bush II pada 2001), telah menandatangani kenyataan bersama tentang penubuhan Project for the New American Century.

Paul Wolfowitz, Yahudi neocon Amerika sampai bila-bila perjuangkan falsafah "We Stand With Israel". Itulah slogan pegangan kumpulan yang dakwa 'bangsa pilihan Tuhan'.Tidak akan berubah hingga kiamat seperti yang termaktub di dalam Al Quran. Jadi Yahudi neocon akan terus memperalatkan aktivis-aktivis Islam yang rela jadi tali barut mereka semata-mata untuk mendapat wang dan kuasa!

Bill Berkowitz, seorang pemerhati pergerakan konservatif, mendalami kajiannya ke atas NED:

Menurut penulis William Blum, NED telah membiayai "komponen penting komplot rahsia Kolonel Oliver North, iaitu rangkaian 'Project Democracy,' yang berkaitan dengan dasar luar Amerika Syarikat, mencetuskan perang, menyeludup senjata dan dadah, selain menjalankan pelbagai aktiviti hitam lain.Pada 1987, seorang jurucakap White House menyatakan bahawa mereka di NED ' menguruskan Project Democracy.' Kenyataan ini tidak benar, kerana apa yang nyata, NED adalah cabang awam untuk Projek Demokrasi, manakala, Oliver North mengendalikan operasi-operasi covert (tersembunyi) berkaitan dengannya. Walau bagaimanapun, kenyataan tersebut tidak memeranjatkan kerana perkara seperti itu sudah diketahui umum bahawa CIA pernah menjadi dalang di sebalik operasi tersembunyi (covert) itu."

Gambarajah di atas menerangkan susur galur operasi Shaha Riza melalui Projek Demokrasi. Agent terlatih itu dipergunakan oleh dua instrumen US iaitu NED (overt) dan USAID & CIA (covert). Operasi terbuka (overt) akan disusuli dengan operasi tersembunyi (covert). Operasi tersembunyi(covert) akan menyeludup masuk dalam operasi terbuka (overt)sehingga yang muncul pada diri agent itu adalah badan rasmi, NED, Bank Dunia dan Jabatan Kerajaan Amerika. Agent ini ditugaskan menjalankan Yayasan Hantu (FFF) yang tidak mempunyai pejabat dan no telefon.

Sebelum mengadakan hubungan sulit dengan Paul Wolfowitz, Shaha Riza pernah berkahwin dengan Bulent Aliriza. Bekas suaminya itu, berbangsa Turki, seorang pakar di Center for Strategic and International Studies.

Setelah dipindahkan dari Bank Dunia, Shaha Riza bekerja mengendalikan projek-projek demokrasi di Jabatan Negara Amerika di bawah Elizabeth Cheney (anak kepada Naib Presiden Amerika,Dick Cheney)

Foundation for the Future ditubuhkan dengan modal bernilai AS$35 sumbangan daripada Jabatan Negara Amerika, sementara Bahrain menyumbangkan kira-kira AS$11 juta dan selebihnya daripada beberapa sumber lain. Sepertimana yang ditulis oleh Steve Clemons bahawa Jabatan Negara Amerika sendiri dalam satu sidang media baru-baru ini, tidak dapat memberitahu secara tepat dimanakah letaknya pejabat yayasan tersebut. Jabatan itu juga tidak begitu pasti apakah peranan Shaha Riza ditugaskan di sana. Di dalam laman web yayasan itu tidak dinyatakan tempat pejabat dan nombor telefon yayasan itu.


Maklumat pendaftaran domain foundationforfuture.org adalah seperti berikut:

Admin Name: BMENA Foundation for future
Admin Organization: BMENA Foundation for future
Admin Street1: 1350 Connecticut Ave
Admin Street2: Suite 1000
Admin Street3:
Admin City: Washington
Admin State/Province: DC
Admin Postal Code: 20036
Admin Country: US
Admin Phone: +1.2022347370...
Admin Email:nstormer@hotmail.com

Alamat tersebut sama dengan alamat Eurasian Foundation. Yayasan tersebut mempunyai seorang Pengurus Projek bernama Neil Stormer. Nombor telefon yayasan itu ialah (202) 234-7370.

Presiden Foundation for the Future ialah Bakhtiar Amin. Beliau bekas pelarian Iraq, berketurunan Iraq-Kurdish yang sebelum serangan US ke atas Iraq pernah mempromosi tentang bahaya ancaman senjata pemusnahan besar-besaran kepunyaan Saddam Hussein. Setelah US berjaya menakluk Iraq, beliau dipilih menjadi Menteri Hak Asasi Manusia dalam pentadbiran Bremer/Allawi. Allawi pernah berkhidmat untuk CIA. Isteri Bakhtiar Amin, Safia Taleb al-Suhail pula pernah menjadi tetamu Laura Bush (isteri George Bush) semasa majlis ucapan State of the Union pada Februari 2005.

[Nota : Pengerusi Foundation for the Future adalah Anwar Ibrahim. Setelah Bakhtiar Amin meletak jawatan sebagai Presiden yayasan itu, Anwar memegang dua jawatan sekaligus iaitu Pengerusi dan Presiden Foundation For the Future]

default

Israel mahu serang Iran

by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments

Timbalan Perdana Menteri Israel, Shaul Mofaz berkata, negara Yahudi akan menyerang Iran sekiranya republik Islam itu meneruskan program senjata nuklearnya dalam akhbar Yediot Aharonot dua hari lepas

baca artikel sepenuhnya..

Pendapat TPM Israel itu sama dengan alasan Amerika menyerang Iraq pada tahun 2002 dengan menuduh Iraq memiliki senjata WMD (Weapons of Mass Destruction) yang sangat bahaya kepada dunia.

Tetapi sehingga Iraq dan Sadam Hussein mati digantung senjata WMD yang didakwa Amerika itu tidak ditemui.

Sebaliknya Amerika menjumpai telaga minyak dan berjaya mengawal pasaran antarabangsa hingga ke hari ini.

Walau pun gesaan serangan ke atas Iran itu daripada Timbalan Presiden Israel, tetapi peranan Israel amat berpengaruh di Amerika Syarikat khususnya Jabatan Pertahanan Negara.

Dick Cheney, Naib Presiden Amerika juga berbangsa Yahudi yang amat bersimpati dengan Israel. Malah Presiden Bush sendiri secara terang-terangan menyokong Israel melalui AIPAC(American Israel Public Affairs Committee)

Ekoran ancaman Israel itu harga minyak mentah dunia kembali melonjak mencatat rekod baru AS$138.54 setong (RM450.25) sejak semalam

Iran merupakan negara pengeluar minyak mentah keempat terbesar di dunia.

Adakah ancaman Israel itu tanda-tanda awal sebuah lagi negara Islam (Iran) akan ditumbangkan ?

default

Minyak - Pak Lah tidak mengharapkan rakyat gembira tetapi….

on Thursday, June 5, 2008 by Generasi Pejuang Bangsa
 - No Comments


Seperti yang telah dijangka kenaikan minyak akan menjadi satu isu yang hangat diperkatakan dan kenaikan harga minyak ini akan menjadi bahan politik yang akan membakar rakyat untuk membenci kerajaan BN.

Kesempatan ini bukan sahaja menjadi bahan oleh pembangkang tetapi ianya juga akan menjadi bahan kepada juak-juak UMNO yang anti kepada Presiden UMNO untuk mendesak agar Perdana Menteri meletakkan jawatan.

Hakikatnya , Pak Lah bukan tidak tahu ini akan berlaku, beliau juga akan menjadi bertambah tidak popular dengan kenaikan harga minyak ini, al-maklumlah, siapa yang suka kerana terpaksa membayar lebih dan berbelanja lebih. Bukan Pak Lah tidak tahu ini akan berlaku dan bukan Pak Lah tidak menjangka isu ini akan membuat beliau bertambah tidak popular. Walaupun perkara ini telah dibincangkan bersama ahli-ahli kabinet yang lain dan telah dipersetujui oleh semua ahli kabinet dan Timbalan Perdana Menteri tetapi Pak Lah juga yang akan menjadi mangsa keadaan ini.

Tidak ada Perdana Menteri atau pemimpin di dunia ini sebenarnya mahu menjadi tidak popular dan di maki hamun serta dicerca, namun apakah Pak Lah punyai pilihan lain. Menjadi popular tetapi dimasa yang panjang rakyat akan merana apabila kerajaan menjadi muflis. Bahana ledakan inflasi dunia tidak dapat dibendung lagi, bukan hanya di Malaysia tetapi diseluruh dunia. Kenaikan harga minyak membuat banyak negara terpaksa menanggung keperitan dan kesusahan.

Melaksanakan dan memberikan kritikan adalah dua perkara yang berbeza kerana melaksanakan adalah satu tanggungjawab yang berat tetapi mengkritik hanyalah satu kerja yang mudah yang tidak bertanggungjawab.

Sememang kita tidak dapat menyalahkan rakyat untuk meluahkan kesalan mereka, sememangnya kita tidak dapat menahan mereka dari melontarkan perasaan tidak puas hati mereka, ini semua telah dijangkakan oleh Perdana Menteri dan pasti beliau langsung tidak mengharapkan rakyat gembira dengan kenaikan ini. Selagi lagi ingin saya nyatakan , apakah Perdana Menteri suka untuk menghadapi situasi ini. Namun suka atau tidak beliau terpaksa melakukan untuk menyelamatkan keadaan yang agak meruncing sebelum ianya tidak dapat diselamatkan lagi. Pak Lah dan Sharir telah bersedia untuk menghadapi rungutan dan ketidakpuasan hati rakyat. Keberanian mereka adalah kerana kebenaran yang perlu kita berikan sedikit penghormatan.

Mengapa kita tidak mahu memberikan sedikit pengorbanan dengan memberikan sedikit sokongan kepada Perdana Menteri untuk memastikan kita tidak akan terus kecundang dalam kemelut krisis ekonomi dunia ini. Mengapa kita tidak cuba memahami akan keadaan ini dari terus menyalahkan beliau.

Bagi rakyat negeri yang dijajah oleh pembangkang , seharusnya mereka tidak perlu risau akan kenaikan harga minyak ini kerana mereka telah dijanjikan oleh parti pembangkang bahawa mereka akan menurunkan harga minyak jika mereka dapat menjadi pemerentah. Anwar Ibrahim mungkin ada formula untuk menurunkan harga minyak kerana beliau lah yang begitu hebat berjanji, kita menang hari ini, esok pagi-pagi klita akan turunkan harga minyak. Inilah masanya sekiranya anda mahu menuntut janji dan menefesto parti pembangkang. Selangor, Perak, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan sepatutnya boleh meberikan subsidi kepada rakyat mereka.

Penduduk Permatang Pauh tentu masih terbayang dan rasa nampak poster besar Anwar dengan menunding jari kepada anda dengan ayat tertulis besar, hari kini kita perentah , esok pagi-pagi kita turunkan harga minyak. Apa lagi, tuntutlah!

Tun juga akan membaca sejarah (yang baik-baik saja sewaktu pemerentahan beliau ) dan ini akan dijadikan bandingan agar rakyat terus membenci Perdana Menteri dengan kenaikan harga ini. Shahrir Samad juga akan menjadi mangsa kepada kemelut ini. Beban ini sepatutnya dipikul oleh semua ahli kebinet dan jika semua dapat memainkan peranan mereka memberikan penjelasan yang jelas, pasti Pak Lah tidak akan menanggung bebanan ini sendirian. Pastinya ini adalah peluru berpandu pembangkang yang tidak akan mereka lepaskan.

Terima lah hakikat ini dengan positif dan insyaAllah segalanya akan berakhir dengan kejayaan. (Kami di kpmu juga sudah bersedia untuk menerima segala kritikan dan tidak kepuasan hati pembaca kerana kami juga tahu sememangnya tidak siapa akan bersetuju dengan kenaikan harga ini yang melibatkan kos dan wang ringgit - anda bebas meluahkan perasaan anda diruang komen jika cara ini boleh melegakan hati anda selepas melakukannya).

oleh : OtaiSiber

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Sebarang maklumat yang hendak diberikan boleh email kepada pbpejuangbangsa@gmail.com
Hasil tulisan atau gambar yang dipaparkan di dalam blog ini merupakan pandangan peribadi penulis sebagai rakyat Malaysia dan tidak mewakili mana mana pihak. Penulis tidak akan bertanggungjawab atas kerugian disebabkan bahan bahan yang disiarkan di dalam blog ini. Terima kasih.

Followers

Created by Generasi Pejuang Bangsa. Powered by Blogger.
© GENERASI PEJUANG BANGSA. Converted by Smashing Blogger for LiteThemes.com.